Pages

Friday, August 20, 2010

Percepatkan Pertumbuhan Ekonomi Melayu (1) : Melalui Konsortium Besar2an

Sila rujuk kpd posting 2 saya terdahulu ( a) Melayu wajib kuasai perniagaan 'essential' dan (b) Melayu : Bangsa paling hebat didunia abad ini ..

Jom  kita pandu kereta dibandar bandar di negara kita ini dan kali ini cuba lihat kiri dan kanan dan kalau boleh bawa kertas dan pen .....kita tulis ...SIAPA yg punya : kilang 2 , rumah2 kedai, wokshop kereta, kedai spare part , kedai tayar, jual beli kereta, firma akitek, guaman, kedai potong kereta, kedai jual mesin industri , kedai gambar, kedai alatulis, kedai alat sukan , kedai kasut, kedai hardware, kilang kayu , kilang kain , kilang besi , kilang batu bata , kilang minuman, kilang mee , kilang tepung ..dan beratus ratus yg lain.

Dan kita lawati pula kawasan industri berat ....pengimpot , pengekspot , kilang mesin berat , dan beratus ratus lagi ..

Kita masuk pula pasar2 raya , dah lihat kedai komputer, kedai bunga , kedai jam , kedai jual alat fon mobil ( mobile phones) ..dan beratus ratus lagi ....

Dan kita pandu pula ke kediaman  2 mewah ..bangalow , apartmen mewah dan kita lihat kereta-kereta mewah .......kemudian kita masuk pejabat pejabat swasta sperti perbankan dan lihat pekerja pekerja yg berpangkat tinggi  dan golongan professional .......

Dan kita masuk pula ke penempatan orang kita lalu kita catitkan juga ....bidang bisnes yang kita kuasai  kecik dan besar jika ada ....kita tuliskan dalam nota kita .

Pendekata ...kita tulis kan secara terperinci .....setiap bidang perniagaan ini ...SIAPA kah empunya ...adakah orang kita atau  keturunan lain ...Tentu jawapan kita dah tahu ....sebab itulah penguasaan ekonomi mereka bertambah sekian hari  dan penguasaan kita semakin mengecil meskipun dari segi jumlah penduduk kita bertambah ..

Hal ini lah yang jadi igauan pemimpin 2 kita ....kita sudah berbagai skim untuk melonjakkan ekonomi bangsa kita seperti skim prosper , pinjaman , dan lain lain ...pertumbuhan dan kemajuan ada tetapi tidak menyeluruh dan kecil saja ...Kerajaan  terpaksa melakukan sesuatu utk  menstrukturkan masyarakat agar keharmonian kaum tetap terjalin dan  faktor ekonomi lah yg paling kritikal ..Jika tidak ada keseimbangan penguasaan ekonomi maka akan terjadi suatu hari nanti jurang pendapatan antara kaum yg berbeza ...seperti di India , China dan Indonesia ....golongan kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin .


Lantas untuk merapatkan jurang kritikal ini , kerajaan harus memfokus kpd bidang 2 perniagaan "essential" ( penting ). Skim skim yang ada sekarang memang byk membantu tetapi bidang perniagaan tidak menyeluruh ...byk tertumpu kepada bidang yg kurang 'essential" ...Ini ada lah kerana peniaga peniaga kita yg membuat pilihan perniagaan yg mereka ceburi . Ini lah yg boleh menjadikan disetengah tempat perniagaan kita tertumpu pada sejenis atau perniagaan yg sama . Lantas untung  tidak akan jadi seberapa .

Setelah penulis dan rakan rakan 'brainstorming' saya ( yang berjiwa besar hendak melihat bangsa Melayu maju kedepan dan kedepan* ) mencari kaedah kaedah yg berkesan untuk kami cadangkan ..maka timbul beberapa ide yg kami rasa kerajaan harus meniliti atau pun parti terbesar Melayu  harus membuat kajian dan seterusnya mencari jalan melakukannya . Salah satu ide yg kami rumuskan ialah menubuhkan satu KONSORTIUM Melayu besar2 an !!! Ia nya berbunyi  'ambitious' ( bercita 2 besar ) ....sebab kita terpaksa berfikir secara besar ( think big ) dan melakukan yg terbesar .....untuk memercepatkan pertumbuhan ekonomi kita....sebab kita kesuntukan masa ...tidak boleh lagi membiarkan masa beredar mengikut acuan kehendak peniaga 2 kita .
Hal ini dilakukan di Korea Selatan dan Jepun selepas perang dunia kedua dan Korea selepas Perang Korea ..dimana kerajaan masing masing bertungkus lumus mahu membawa bangsa masing masing kepersada dunia agar tidak dibuli bangsa Barat lagi . Misalnya Kerajaan Korea Selatan membantu rakyatnya membuat kereta secara besar2an , dan perkapalan ..( Korea kini mempunyai industri perkap
alan di antara yg terbesar dlm dunia dlam sekelip mata ) dan Jepun apa lagi sudah menguasai kuasa ekonomi dunia yg kedua terbesar ( kemungkinan di atasi oleh negara China sekarang ) ...Hal ini memang datang dari bantuan terus dari kerajaan mereka untuk melonjak cepat (sebagai satu ' catalyst' ) ....Jadi dasar DEB bukan di negara kita saja ....cuma fokus mereka lebih kepada penguasaan bidang bidang industri besar2an dan berat berat.

Hal ini sama dilakukan oleh kerajaan kita dulu dimana terlalu ramai pelajar Melayu memilih bidang sastera dan agama dan tidak bidang sains dan bidang professional yg lain ..Lantas kerajaan mengimplementasikan  syarat 2 baru ..org melayu harus  ceburi bidang kedokteran , engineering , archicture, accountancy , sains , IT dan beratus ratus jurusan ....dan diberi biasiswa dan subsidi  belajar dan di bina berpuluh 2 institut dan universiti utk mengeluarkan  tenaga kerja berbagai bidang ...hingga keluar negara pun dihantarnya kita ..maka hari ini lihatlah suda beratus ribu anak anak Melayu yg punyai kemahiran pelbagai ....Sekarang  fokus kena beralih kpd bidang perniagaan yg penting ...sempena dgn tuntuan fardhu kifayah ....


Jadi kami rasa ...model kami ialah begini :-

a) Objektif   :
Orang Melayu mesti ceburkan dalam semua bidang perniagaan "essential" yg kita senaraikan
di pendekata dari pengimpotan hingga ke kepenggunaan ( consumption) kita mesti kusai .


b) Mengapa :
:i)  Boleh melonjak bangsa kita kepersada antarabangsa dgn lebih cepat dan tersusun
ii)  Sistem dan polisi  sekarang tidak menyeluruh dari segi penglibatan org Melayu dlm bidang
     essential
iii) Demi kelangsungan bangsa dan masa depan anak cucu cicit kita
  iv) Menjaga kerharmonian kaum             
v)  Boleh mempertingkatkan pendapatan
  vi  Mampu menjana beribu ribu pekerjaan          
   vii) Sesuai tuntutan fardhu kifayah ( kalau tidak ada orang Islam maka seluruh ummah akan
                         berdosa)

c) Bagaimana :
Melalui Penubuhan Konsortium Melayu          
  i) di terajui oleh pakar ekonomi dan perniagaan Melayu         
    ii) Konsortium merangkumi networking dari research  impot / expot, ware housing,
ransportation, wholesale , retail , financing , quality control , inspection , audit dan lain lain
                
d) Siapa  :
    i) cadangan kami UMNO sebagai peneraju menaikkan ekonomi bangsa boleh menubuhkan              
      Konsortium ini ...Lantik pakar pakar yg betul betul dan bukan ahli politik
               ii) Kena buat framework dan cari financing ...munkin boleh libatkan Brunei dan Negara Islam yg
                      lain ..untuk membeli tanah , buat rumah kedai , pengambilalihan sykt 2 asing , ..dll
                   iii ) Konsortium akan menentukan bidang perniagaan 'essential ' tadi mengikut tempat dan lokasi
                        dan fikirkan di setiap tempat itu mesti ada perniagaan org Melayu yg berbagai2 ..agar saling
                        perlu memerlukan spt pernigaan Cina dgn 'bamboo network' mereka yg sgt berkesan.
                   iii) Peniaga2 Melayu yg layak boleh terdiri dari penuntut2 , pekerja 2 , peniaga 2 berpengalaman
                       dan sesiapa yg layak. Pelajar 2 dari kolej kemahiran sgt di galakkan .
                   iv) semua mesti menghadiri kursus perniagaan yg robust ..1- .2 tahun ..kita nak betul betul punya
                        peniaga yg handal ....Kursus  mesti yg  praktikal saja...
                   v)  Cuma bidang yg 'essential ' saja ..yg tak penting sperti restoran kecuali yg besar besar saja





e) Cara nya  i) mereka yg layak akan jadi  pengurus diberi gaji dan insentif  untung
                   ii) mesti patuhi rukun perniagaan yg disyaratkan

                   iii)yg berjaya boleh membeli saham dan ambil alih sykt
                  iv) boleh menubuhkan cawangan jika berjaya
                   v) yg tidak bijak mengurus akan di beri training
                  vi) yg tidak jujur akan digantikan ..

                  viii) dan lain lain yg boleh difikirkan nanti ...


Cuba kita pejamkan mata dan bayangkan ....di pelusuk kampung dan pekan orang 2  Melayu semua bidang kita ada ....baik kecil mahu pun besar ....maka aktiviti  ekonomi kita akan berjalan laju dan akan ada  'economic spiral ' yg  makin meningkatkan .....dari industri upstream ke downstream kita pun ada ....dan Konsortium tadi akan mensyaratkan peniaga2 Melayu saja yg diberi keutamaan ...contohnya nak buat rumah kedai mesti melayu , dan ambik barang hardware kena ambik dari  melayu , transport org melayu , wholesale org melayu , engineer dan akitek melayu ....dsbnya ...lantas bila org melayu sudah ada byk job ( kerja 2 ) mereka menimba pengalaman ...dan diwajibkan disetiap penempatan Melayu mesti ada bank utk memudahkan transaksi dan penabungan .Namun peniaga 2 melayu kena cari pelanggan 2 dari kaum lain juga ..beri perkhidmatan yg lebih baik , harga yg murah sedikit dan berkualiti dan jujur ..maka mereka akan menyokong kita ..sebab ini dunia perniagaan ....

Ini cuma idea kami secara framework .....masaalah mesti  ada.....kita kena cari jalan ..Jika  kerajaan dan pertubuhan2  Melayu yg lain rasa boleh bawa ketengah dipersilakan demi bangsa , agama dan negara ...




- majufikir-

Friday, August 6, 2010

Melayu : Bangsa paling hebat diabad ini

Saya sering mengunjurkan kepada rakan rakan sperjuangan bahawa orang Melayu lah bangsa didunia sekarang yg paling hebat !

Ramai yang skeptikal , ada yg ketawa , ada yang inginkan penjelasan . Namun rata rata tidak yakin  . Namun setelah saya berikan penjelasan baru mereka percaya ..dan malah ada yang berkata .."eh ...hebat  betul bangsa ku ...kita sendiri tidak sedar " . Sememangnya ramai orang Melayu tidak sedar bahawa merekalah bangsa terhebat didunia sekarang ....Kita cuma perlu membuat analisa dengan menggunakan akal yg bebas .

Kepada yang menidakkan ...saya terus akan bertanya .."habis pada engkau bangsa apa yg paling hebat  kalau bukan Melayu ?"

Ada yg menjawap bangsa China , Jepun , Eropah , India , Arab dan tidak kurang Yahudi ....semua nya saya kata tak betul ...Kenapa ? Cuba kita ulangkaji sejarah dunia ....Utk org China mencapai status sekarang mereka memerlukan lebih kurang  10 ribu tahun ketemadunan mereka yang tercatit .Bangsa India terkebelakang sedikit mereka mengambil masa lebih dari 10 ribu tahun dan masih dibelengu dengan kemiskinan dan kedaifan  ..Bangsa Jepun hebat ..mengondoli status ekonomi kedua terbesar didunia selepas USA ..cuma 4000 ribu tahun catatan ketemadunan mereka ..Manakala  Pak Arab .... teruk ..  berpuluh ribu tahun ..asyik bertelagah sesama sendiri ..

Walhal bangsa  Caucasian (  orang kulit Putih ) Eropah  ...cuma 2000 tahun  .... Jadi semuanya tak hebat belaka kata saya ..terlalu lama untuk mencapai tahap sekarang ...

Habis orang Melayu .....? Secara relatifnya ( perbandingan) cuma 30 tahun je dah capai status sekarang !!.....selepas 13th May 1969  kerajaan memperkenalkan  Dasar Ekonomi Baru ....yang  telah memangkin orang Melayu bangun dan bangkit ....keluar dari kepompong kemiskinan dan kurang berilmu hingga mencapai tahap yang disegani didunia .

Tahukah anda pada tahun 1970'an dalam Encyclopedia Britannica ..mengatakan orang Melayu tinggal diatas pokok ?!!  Hal ini telah ditegur oleh kerajaan kita dan sudah perbetulkan . Kita tentu akan marah ,namun andaiannya ialah dunia amnya tidak mengenali orang Melayu sebagai suatu bangsa yang terkenal ..tidak sperti dizaman Kesultanan Melayu Melaka yg tersohor diseluruh dunia...( sila rujuk posting saya tentang Hikayat Hang Tuah ) .

Namun kini , anda pergi lah negara negara didunia ...dan sebut bangsa Melayu kita ...orang Jepun, orang Korea, orang Russia, USA , British ( sudah tentu lah) , orang Bangaladesh , orang India dll ...kebanyakan mereka sudah tahu . Malah di India dan Bangaladesh pun mereka sudah pandai cakap Melayu oleh kerana pekerja2 mereka datang mencari rezeki . Di China .. ramai pelajar 2 mereka mengambil sarjana Bahasa Melayu ..(berbeza sedikit dari  Bahasa Indonesia yang lebih dikenali ) .

Apa lagi di arena antarabangsa seperti di United Nation, pemimpin2 kita seperti Dr Mahathir sudah jadi mainan dibibir mereka . Ini adalah kerana kebijaksanaan orang Melayu yang mampu berfikir secara kreatif dan waras dan punyai akal dan budi bicara yang tinggi . Tentu anda tidak lupa bagaimana negara UK dahulu yg terkuat didunia "di perlekehkan" oleh Dr Mahathir dengan "buy British last policy " . Hal ini telah mengunci PM mereka ketika itu ..dan terpaksa akur dengan M'sia yg kerdil ini ...Begitu juga dengan Australia yang ingin menjadi  " Polis America " ..di Timur ...diherdik oleh Mahathir dengan bijaksana sehingga mereka hilang keyakinan.. Ini lah kebijaksanaan orang Melayu ...punyai daya diplomasi yg tinggi ...jika kita nak berperang dengan mereka tentu kita kalah ....tetapi kita mampu menggunakan akal ..mereka jadi terkunci...mereka tidak memusuhi  kita atau memboikot kita sebab tidak ada sebab . Malah mereka ingin berdamping dengan kita ...

Mari kita analisa secara ringkas ...kenapa saya katakan secara relatif orang Melayu dapat membangun dengan cukup cepat ....berbanding dengan bangsa lain didunia ini ...melalui scenario  sebelum Merdeka dan selepas Merdeka ...lebih tepat lagi sebelum Dasar Ekonomi Baru dan selepas .


Scenario pra DEB
Tanyalah pada pakcik 2 , makcik 2 anda ...bagaimana kah keadaan orang Melayu ketika itu.secara amnya ..Rata rata tidak berharta , tiada kereta , tiada motorsikal , tiada talipon , tiada tv , tidak masuk universiti , tidak pernah naik pesawat , tidak pernah pergi luar negara, tak tahu apa erti melancung, tiada simpanan duit , tiada main saham , tiada belajar luar negara, jarang yg pergi umrah dan haji , kaum hawa duduk rumah , rumah tak da kipas angin , tiada peti sejuk , dan banyak lagi kekurangan serba serbi dibandingkan dengan bangsa lain ...

Scenario pasca DEB
Cuba anda bertanya ...siapalah orang Melayu yg tidak ada kereta sekarang atau motorsikal ? sekiranya tidak ada maka kita akan kehairanan . Anda cuba lah pergi ke rumah pangsa  ....yg penghuni nya rata rata orang melayu ..sampaikan nak parking kereta dan motor pun susah ...sebab keluarga masing masing dah ada lebih dari satu biji kenderaan . Bukan sebab mewah ..tetapi sebab keperluan .Kalau dulu ..kalau sibujang tu ada vespa ( sejenis motosikal ) ..mak mak akan cuba masuk meminang mencari menantu . Sekarang ? Orang Melayu ada mercedez benz pakai kot pun kita tak hairan .Sebab semua orang boleh mampu .dan dah ramai pun . Jangan cakap lagi lah tentang fon mudah alih, aircon , tv ....dan kemampuan ini boleh terjadi oleh kerana keluarga 2 sekarang mempunyai pendapatan yang lebih dari dulu dek kerana ada nya peluang pekerjaaan dan perniagaan yang dipolisikan oleh DEB dengan cukup bijaksana dan berpandangan jauh

Dan cuba anda tanya lagi ....dibumi manakah dalam dunia ini orang Melayu tidak pernah jejak ? Semua negara didunia ini orang  melayu dah pergi ...hinggakan Artic dan Antartic yg sejuk beku tu pun orang Melayu dah pergi..ada saintis Melayu yang buat kajian ..Apa lagi pelajar pelajar kita ramai dihantar belajar keluar negara menimba ilmu ...hinggakan di USA .."kampung Perak , kampung Kelantan "  pun da ada.. Kalau dulu kalau ada seorang melayu pergi melanjutkan pelajaran keluar negara sudah dikira bertuah ...satu kampung tahu dan akan tumbanglah seekor kerbau untuk kenduri selamat . Sekarang ? Kita pun tak hairan ..bila  anak jiran kita pergi kita pun tak tahu ...sebab tak da kenduri ....dan ada orang melayu  tiap tiap minggu terbang keluar  negara atas urusan bisnes dan pekerjaan macam pergi balik KL - Kuantan layaknya... .

Gunung yang paling tinggi didunia pun orang Melayu dah panjat ..dan  mengelilingi lautan satu  dunia pun orang Melayu dah tempuh . Apa lagi ? Sekarang kapal selam pun orang melayu dan boleh bawa. Ke angkasa lepas pun orang Melayu dah pergi . ..

Sekarang enjin kereta pun orang Melayu dan pandai buat ...satelit pun Melayu dah buat ...senjata rifle , bot dan banyak lagi ....sedangkan baru 30 tahun dulu orang Melayu tak da kereta. Cuba tengok kekira kanan kita dijalan raya ...dan kira ramai tak pemandu Melayu ...Kalau pergi lapangan terbang tengok lah yg banyak melancung keluar negara orang Melayu pun ramai . Bidang professional orang Melayu bertambah ramai . Yang pilot kapal terbang pun ramai orang Melayu .

Kalau dulu golongan wanita duduk diceruk dapur  tunggu kahwin ...sekarang tengoklah majoriti siswazah di univeristi adalah golongan wanita kita ...mereka bukan saja jadi nadi penggerak ekonomi yang penting malah kini mampu  bergerak bebas dalam perniagaan , dlm sektor korporat . Inilah salah satu penyebab kecepatan transformasi orang Melayu yakni emansipasi ( emancipation ) golongan wanita ...berbanding golongan wanita di beberapa negara yang membangun dan yg mundur . Golongan wanita terbelengu dan tidak dapat memainkan peranan  dek kesempitan pemikiran pemimpin mereka dan faktor budaya .

Jika anda ada contoh contoh lain sila kongsikan ..agar anak anak bangsa kita akan tahu keadaan dahulu dan sekarang .

Semua ini orang Melayu dapat capai dalam 30 tahun saja ...sedangkan negara membangun lain masih ditakuk lama disebabkan tiada dasar perancangan ekonomi yang  menyeluruh  dan ketidakstabilan negara mereka . Dasar Ekonomi Baru rata telah menjadi katalis ( catalyst ) mempercepatkan pencapaian kita hingga kehari ini ...namun sikap keterbukaan orang melayulah untuk membangunkan diri mereka lah yang menjadi faktor penyebab utama. ..

Pendekata ...memang tepatlah orang Melayu lah yg terunggul diduia ketika ini .


Jadi kemana kita sekarang ?

Perjalanan kita memang dilandasan yg tepat ..cuma kita belum boleh mendabik dada lagi ...sebab byk lagi bidang yg kita belum kuasai ......yang penting utk ekonomi bangsa dan negara. Pendekata , orang Melayu belum lagi menguasai tahap sebenar . Kita wajib menguasai kesemua bidang perekonomian ...Apa saja yang bangsa lain ada kita mesti ada ...malah kita perlu kuasai .

Pendekata kita belum berpuas hati selagi kita tidak kuasai semua bidang penting ....dimana jika negara luar memboikot kita suatu hari nanti kita  tidak perlu gusar sebab kita pun sudah ada kekuatan dan tidak bergantung kepada sesiapa  dan setiap keluarga kita pun punyai kekayaan dan  ilmu yang setimpal

Kita sedang  mengambalikan semangat Hang Tuah sebenarnya  " Tidak Melayu hilang didunia ! " .....bukan hilang malah kitalah yang kedepan nanti ... dan inilah  maruah  empayar ke Sultanan Melayu Melaka yang kita harus kembalikan !!!! Kita tidak mahu menang slogan tetapi pencapaian yg tangible ( yang nampak nyata). tidak ada .

Jadi mari kita mengorak langkah ...apa lagi !!!

Friday, July 30, 2010

TIP 3 JUALAN : JANGAN FIKIR DAN RASA

Nah ...ini lagi satu tip yg dikongsikan pada saya ...kenapa pulak bila kita menjual dilarang berfikir dan merasa ? Pelik kan ..?

Tapi inilah salah satu amalan kawan saya yg dah pun jadi seorang jutawan...Kaedah nya begini :-

Apabila kita hendak menjual sesuatu produk atau servis ...kita jangan fikir-fikir sangat samada orang akan beli atau tidak ...kita belum mulakan lagi dah otak kita bermain-main dengan " eh orang nak beli ke produk aku ni ?" atau " ala...untung cuma rm5 je ...buat penat je aku jual " atau  " aku ingat orang ni nampak macam orang kaya takkan dia nak beli produk aku yang tak berjanama dan murah je" atau " orang ni pulak pakai selekehnya nampak mcm tak berduit ..buang masa aku je ..pergi mesti dia tak nak beli buang masa aku je " ...

Memang ada serangan2 begini akan bermain dalam benak fikiran kita ..ini perkara biasa apalagi bagi orang yg baru mula atau malu2 nak berniaga ...Untuk mengatasinya senang je ...'switch' kan 'attitude' fikiran kita kpd ..."aku tak kira orang kaya ke orang miskin ke , dato ke tan sri ke , pelajar ke pengurus ke , makcik ke nenek ke , org melayu ke org cinake  ,org india ke , mat salleh ke ...aku .belasah je ...aku akan kongsikan produk dan servis aku ni ...mereka semua adalah pelanggan aku yg berpotensi .....kalau mereka tak beli sekarang mungkin mereka akan bercerita pada kawan2 keluarga ..dan mereka akan mmberitahu ...yg aku ada menjual produk atau servis ini ...malah selalunya org yg nampak mcm takda duit lah yg akan membeli produk atau servis anda  Pada org yg berpengalaman berniaga ...hal ini memang terjadi ...jadi jgn pedulikan apa yg bermain-main dlm kotak fikiran anda ...jika ianya "negative vibes = unsur2 negatif " maka kita terus switch kan kpd yg positif .....

Begitu juga ...kita jangan merasa .. atau beremosi atau melayani perasaan kita..Misalnya ..." alamak malu la aku nak jual barang ni ...orang lain nampak ..apa diarong kata" atau " aku dulu kerja gaji lima angka sekarang aku bukak gerai pasar malam ...takut org yg aku kenal nampak ...malu lah aku " atau " hih , garangnya pelanggan sombong macam la dia ada duit " atau " aku ingat hari ni jualan kurang lah ...sebab orang tak dapat gaji lagi ..tak payah niagalah " .atau " aku jual barang wanita ni mesti orang akan ketawakan aku " dan berbagai2 perasaan  .yang   akan menghambat keyakinan anda ...bila keyakinan kurang ...maka kemeriahan anda berniaga akan terjejas...dan kemeriahan atau keseronokan ( enthusiasm ) berniaga inilah yg akan terserlah di air muka dan pertuturan anda ....bukankan  pelanggan lebih  akan respon pada pekedai atau penjual yg ceria ? yg mahu berkongsikan ketakjuban produk atau servis nya ..sudah tentu sekali ..jadi ayuh jangan layan perasaan anda ...teruskan .

Malah perasaan "apa orang kata aku berniaga ni tak glamourlah , malu lah " yg sering akan mengganggu emosi kita ...sebenarnya itu cuma perasaan kita yg orang akan mengata ...sebenarnya tidak ada ..kita je yg merasa begitu ...lagi pun orang lain tidak ada masa nak ambik tahu hal kita ...mereka pun ada masaalah sendiri ...kalau ada pun yg suka mengata ..org ini adalah paling kerdil ...jadi tak payah marah pada mereka ..kasihanilah mereka ...maka jiwa anda akan menyerlah dan positive vibes akan menguntungkan anda .

Tahu kah ...orang2 Cina yg berniaga dizaman dahulu kala dianggap sebagai amat hina dimata masyarakat ..mereka lebih hormat pada golongan bangsawan dan istana kerajaan ? Hal ini berubah kemudian dimana golongan usahawan lah yg dihormati hingga kehari ini . Dan ini lah orang kita sedang dlm proses metamorphosis ( keadaan perubahan ) utk menguasai bidang perniagaan dan turut dibantu oleh kerajaan.dalam visi untuk menstruktur masyarakat agar semua kaum dapat merasa nikmat pembangunan bersama.

Tentulah dalam kita sedang berniaga kita perlu berfikir ..secara kreatif ( creative) ...bagaimana aku nak memasarkan produk ini dgn meluas lagi tanpa mengeluarkan kos yg tinggi ..perlukan aku buat flyer atau website atau iklan dlm suratkhabar atua majalah atau perlukah aku membuat pakej ( packaging ) yg lebih menarik lagi  atau aku kurang faham ttg produk atau servis yg aku jual jadi aku mesti belaajr ttg produk dan servis ini utk menambahyakinkan pelanggan ..

Inilah salah satu tip yg diamalkan oleh kawan saya tadi ....kata nya ...jangan fikir efektif atau tidak tip ini ...buat saja .....lama2 kita sendiri akan tahu .

apa lagi cubalah !!

-majufukir -

Tuesday, July 27, 2010

Melayu wajib kuasai perniagaan 2 "essential" .

Bagaimana kah caranya utk kita perhebatkan perniagaan org kita 

Saya pasti org Melayu memang berbakat untuk berniaga dlm apa bidang sekali pun . Bakat berniaga memang ada pada  org Melayu jika kita ikuti  sejarah . Namun jenis perniagaan org Melayu kini masih  terbatas. Kalau ada pun tidak merangkumi semua aspek .

Kerajaan melalui dasar pengstrukuran masyarakat telah pun berjaya mengeluarkan orang Melayu yg rata rata hidup miskin pra - DEB yg lalu kepada tahap yg membanggakan . Namun untuk menjadikan orang Melayu bangsa GLOBAL seperti yg diwawaskan, kita harus menguasai semua bidang perniagaan : daripada pembuatan , pemasaran , peruncitan , teknology , industri kecil , industri besar, pertanian , servicing dan apa saja bidang perniagaan "essential "  ( yg sangat penting ) .Kita tidak boleh tertumpu kpd sesuatu bidang sahaja  Untuk menjadi bangsa dunia ukuran ( yardstick ) nya ialah sejauh mana kita kuasai kesemua bidang-bidang "essential " ini yg beratus ratus banyak nya .

Inilah yardstick atau ukuran sebenar kejayaan  keusahawanan Melayu yang harus kita berikan tumpuan.

Memang sudah ada  peniaga peniaga Melayu yg menceburi bidang bidang " essential "  Dan kerajaan pun ada memainkan peranan seprti penyediaan berbagai bagai skim insentif seperti skim pinjaman ,skim  Prosper dan berbagai-bagai lagi ..Namun jumlah penglibatan kita  didalam bidang 'essential ' ini   terlalu kecil  dan boleh dikatakan "negligible" ( tidak nampak) . Kita tidak perlu pergi jauh . Buka mata dan lihat kedai kedai , kilang kilang , wokshop-wokshop , bangunan2 ...siapa yg punya.

Faktor besar ketidakuasaan kita dlm bidang essential ini ialah kita baru saja melangkah ...bidang perniagaan memerlukan masa yg panjang . Kaum Tionghua sudah beribu tahun berniaga dibawa warisan perniagaan ini keserata dunia dengan budaya niaga dan kerja yg bagus. Namun itu tidak bermakna org Melayu tidak boleh . Tidak perlu bersaing dgn perniagaan mereka ...kita bersama sama bangunkan perniagaan kita bersama mereka...tolong menolong ..bernetwork dgn semua .

Saya tertarik dgn satu idea yg dilontarkan didlm sebuah blog yg saya baca...bagaimana kita hendak mempercepatkan keterlibatan kita dalam bidang perniagaan 'essential ' ini ...iaitu kita kena "fardhu kifayahkan " ekonomi kita. 
Pendekata , jika disesuatu kawasan yg kepadatan penduduk itu adalah orang islam , maka jika tidak ada produk atau services yg  org islam perlukan yg di tawarkan oleh org islam sendiri , maka seluruh penduduk islam akan "berdosa". Hal ini serupa juga dgn makanan org islam ...jika tiada siapa pun org islam yg membuat atau mengilang bahan makanan halal maka seluruh umat islam akan "berdosa" .Lantas kesannya ialah jika kita tidak hendak menanggung dosa maka kita harus ceburi bidang 2 ini ...Yg bagusnya ialah ..tidak akan ada "overlapping" business disesuatu tempat seperti bidang gerai makanan yg byk terdapat. Akan ada suatu budaya kesatuan dikalangan org islam sendiri akan memilih jenis perniagaan yg belum ada ..misalnya di tempat A ..tidak ada wokshop org islam maka semua org  islam akan berdosa...maka satu wokshop akan di tawarkan disitu. Jika disitu memerlukan klinik, kedai sparepart motor , hardware, eletrical , kedai baju kasut , kedai buah , kedai gunting , kedai kek , tusyen centre, kedai utk disewa , servis baik pulih rumah, dan berpuluh lain lagi keperluan maka org islam akan sendiri melakukan nya.

Saya cadangkan alim ulamak kita melihat perkara ini ...sebab bidang ekonomi adalah sangat penting ...selain soal akhirat ..mereka boleh memainkan peranan ...mengajak ummah menyertai bidang 2 ini sebagai satu tuntutan ummah ...dan akan mendapat pahala yg besar jika mereka ceburi selain dari untung utk perniagaan. Hal ini juga adalah  ' common sense ' ...jika semua perniagaan tertumpu pada bidang restoran ..maka untung akan terbahagi ...semua mendapat untung yg kurang ...jika perniagaan berbagai bagai maka semua akan dpt untung yg lebih ...

Munkin penyelia skim bantuan kerajaan boleh menjadi coordianator dlm pemilihan ...misalnya katakan d Gombak belum ada kedai gambar milik orang islam sedangkan penduduk islam ramai ..maka penyelia ini akan memberi khidmat nasihat pada mereka yg ingin membuka perniagaan di Gombak ...
Jika tiada penyelaiaan maka yg berminat utk berniaga tidak tahu apa yg belum ada dan boleh menguntungkan

Sila kongsikan pandangan anda ....

-majufikir -

Sunday, July 25, 2010

Filem Tamil : "Ada orang mati tapi sebenarnya dia tak mati " ?

Penulis memang "kaki " filem Tamil ...bukan apa sebab banyak terdapat pengajaran dari cerita yg  ingin disampaikan ...lebih lebih lagi ttg masaalah masyarakat . walaupun hampir semua  jalan ceritanya sama ...cinta, gaduh , kahwin ...namun filem Tamil punya keistimewaan sendiri ..yakni paparan masyarakat India ada lah di "copy and paste" didalam filem ..dimana anda akan lihat ..pelakon-pelakon pakai dhoty , selipar , t-shirt , makan bersila, nenek makan sirih , hero naik basikal ....dan lain lain sama spt yg nyata ..yg tidak realistik  ialah semasa bergaduh belum  kena tumbuk dah berbunyi tumbukan atau hero boleh  berpusing pusing diudara dan sepak terajang sekali tendang terpelanting sipenjahat 2 . dan juga apabila hero dan heroine bernyanyi dan menari ...kejap dilandasan keretapi , lepas tu di gunung .dan dilaut ...bila dan dimana tukar paakaian pun kita tak tahu ......tapi itulah keunikan filem Tamil .

Ada lagi satu keunikan yg wajip  kita jumpa ...pelakon pelakon selalu akan berdialog ...dan mesti ada pelawak ( comedian) ...yg bercakap bukan-bukan buat orang ketawa .

Yg ingin penulis kongsikan ialah sebuah filem yg saya tontoni beberapa bulan yg lalu . Ceritanya memnag biasalah ...hero miskin bercinta dgn heroine anak org kaya yg sombong ...kena marah dan di pukul org supaya jgn mengganggu gadis anak org kaya itu . Orang kampungnya di tindas oleh golongan kaya ....namun hero tetap bertegas mempertahankan hak org kampung yg miskin ..dan sanggup berkorban demi org kampung ...sehinggalah hero dianggap wira mereka ...

Berikutan itu dua orang pelawak pun berdialog dgn nada kuat macam org bergaduh ....begini kebih kurang dari subtitle yg saya baca :-

" ini orang kaya takda guna punya orang ..banyak sombong banyak kedekut  ...ini orang  bila dia mati
  org pun tak da kesah sama dia ..dia boleh pergi mati "

" dei  , apa awak cakap pasal mati ni aaaaa?!!! "

" ya la dei ...mesti cakap pasal mati ...semua orang mesti mati .....orang kaya mati orang miskin mati . orang pandei mati orang bodoh pun mati , orang mahu mati pun mati orang tak mahu mati pun mati ...semua mati ...tapi ada orang bila dia mati dia tak da mati "

" ceh ! dei , apa awak cakap ni ....mana ada org takda mati ..."

" ada la dei "

" sapa la dei .. awak gila punya orang mana ada la dei "

" ada ...itu orang tak da mati ...sebab masa dia hidup dia banyak berjasa ..kasi tolong orang susah ..kasi ajar orang ilmu , kasi pertahankan negara ..ini orang tak da mati ....Mahatma Ghandi mana ada  " mati" ...orang ingat dia lagi ...jadi dia tak da mati ...tapi orag kaya sombong dan kedekut bila dia mati ...orang tak da ingat dia ada hidup dulu ....sekarang awak faham ka dei ? "

" oh ...awak pun pandei main mainkan saya ..tapi apa awak cakap boleh pakei la dei "

Kesimpulan :

>> secara kias nya memang masuk akal ..dinegara kita nama besar sepertiTun Razak yg sgt berjasa masih dikenang2 hingga kehari ni . begitu juga P Ramlee dll
>> " harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama " peribahasa Melayu pun ada mengungkapkannya
>> " hancur badan dikandung tanah budi yg baik dikenang juga "
>>   namun ada golongan hartawan yg ternama tetapi tidak pernah berjasa dulu kita pun tidak ingat mereka wujud
>>  juga dengan pemimpin pemimpin yg belot atau derhaka pada negara ...pun akan tersisih dari ingatan

Sebab itulah agama kita menganjurkan  kita berlumba lumba membuat amal kebajikan ....kita tidak perlu jadi orang ternama utk membuat kebajikan atau me war warkan jasa kita .....bak kata orang ...jika tangan kanan yg memberi tangan kiri hendaklah  tak tahu .  bayangkan jika anda menghulurkan sedikit wang kpd seorang fakir yg memerlukan makanan dan pakaian ...tentu dia akan gembira dan mungkin akan mendoakan kesejahteraan utk anda ...dan jika anda mengajar ilmu yg berguna dgn ikhlas dan ilmu itu digunakan utk yg berfaedah tentu anda pun akan mendapat ganjaran yg besar .

Ahli2 penddik adalah golongan yg bernasib baik mendapat peluang berjasa apa lagi jika mereka sentiasa mempertingkatkan mutu pengajaran mereka agar pelajar2 mnjadi cemerlang akan dikenang hingga keakhir hayat.

Begitu juga pihak yg berwajib seperti polis dan tentera yg  berkorban utk negara adalah murni jasa mereka ..lebih harum dari bau bunga kasturi ....dan sesiapa pun yg bertugas dgn jujur dan rajin adalah pemberi jasa ......begitu juga imam dan ustaz yg mengajar agama dan tunjuk nasihat akan berlipat kali ganda jasa mereka .

Namun jika kita semasa hidup penuh dgn kepentingan diri , bangga diri, tamak haloba , berfahaman materialisma apalah erti apa lagi jika  tergolong dalam golongan orang orang yg memecah belahkan ummah , pembelot bangsa dan mengkhianati negara ....tiada apa apa yg kita dapat malah cemohan dan mungkin dosa yg bergolong golong ..

Dan orang begini seperti apa dalam filem Tamil  tersebut ....tetap akan mati walaupun secara zahirnya belum mati ..

Kahlil Gibran seorang  seniman bangsa Jordan dlm sajaknya mengajak bangsa nya yg tertindas agar bangun menentang penjajah ....bukan jadi pengecut atau tidak kisah pasal nasib bangsa mereka ....orang yg begini kata Kahlil adalah sudah lama mati  sebelum ajal mereka .

- majufikir -

Thursday, July 22, 2010

TIP 2 JUALAN : JANGAN JUAL!

Jangan jual ?

Pelik betul ....kita nak jual barang tetapi disuruh jangan jual  ...? 

Ini lah tip atau  tunjuk ajar oleh rakan karib saya en boo namanya yg dulunya seorang jurujual dikaki lima , masuk kedai , masuk restoran ...masuk ofis keluar ofis . layaknya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kadang 2 katanya lebat hasilnya dan dilain masa mengecewakan . beliau tidak pernah kekolej , tidak pandai berbahasa inggeris langsung dan cakap melayu pun bahasa pasar . namun beliau kini seorang usahawan sykt sendiri belum jutawan lagi katanya. tetapi tak lama je lagi ...tapi dah pakai bmw ....dulu tonggang 'kapcai" saja .

kejayaannya  bermula apabila beliau menjual barang 2 komputer dari kedai kekedai dan selalunya gsgal membawa pulang komisen  yg berbaloi .  Mula mula beliau bersedih hati sebab terasa kekurangan diri  yakni tidak fasih berbahsa inggeris sedangkan di pejabat 2  bahasa pilihan ialah BI. Azam nya tetap mahu berjaya dan beliau mula belajar BI dgn menghadiri kelas malam  dan beliau "belasah" je cakap BI ....lama2 katanya BI nya ada kemajuan walaupun  hanya yg basic saja ...itu pun sudah memadai sebab dlm bidang jualan kita  perlukan seni  komunikasi yg efektif yg akan membawa hasil .

Ada sedikit peningkatan katanya setelah mula menguasai BI ..namun katanya hasil masih jauh lagi tidak mencukupi untuk menyara anak isteri .  Terus beliau berfkir kenapa orang tak ramai beli produk jualan nya ." adakah sebab produk ni  tak da kualiti , atau memang aku ni tak pandai menjual " Itulah sering dia bertanya pada diri sendiri.

Akhirnya dia dapat jawapan  setelah di teliti dari pengalaman nya...begini :-

a) pelanggan tidak suka membeli  - pada mereka duit kena keluar , mungkin kena tipu penjual , barang tidak
    berkualiti ...dsbnya ..dan mereka tidak suka mendengar perkataan  spt  beli, diskaun, murah , lelong ,jual ...pada awal  ayat yg dikeluarkan oleh jurujual ....kalau kita dlm restoran dan ada jurujual dtg ...selalunya
   mereka akan  menggunakan perkataan diatas ...terus kebanyakn pelanggan akan melambai tidak minat ,
  sudah ada  , dan ada yg buat tak tahu , dsbnya.

   jadi apa cara mengtasinya  : jgn guna perkataan 2 tersebut ...gunakan perkataan kongsi , nak tunjuk , nak
   beri try , dll  jadi dlm kepala  otak  kita ialah kita mahu berkongsi produk yg kita jual dgn pelanggan ...dan
   apabila pelanggan mula   menunjuk ingin tahu atau mula membelek produk baru lah kita jelaskan
   penggunaan ..jgn sebut harga dulu ...kita kongsikan faedah produk ini pada pelanggan ...contoh nya "
   assalamulaikum bang ...abang nampak  seperti seorang executive yg hebat ..jika abg pakai pen ni ..memang
   sesuai utk abang..." tentu dia akan  menoleh dan memegang pen tersebut ....inilah taktik menarik minat yg
   pertama ...jika kita sebut  " bang pen   ni murah bang ..." saya rasa tentu dia akan gelengkan kepala ...walaupun pen tersebut murah atau bergaya ...sebabnya kita menjual ..  pelanggan akan rasa selesa jika kita
   tidak menampakkan yg kita bukan nak kan  duit ...dan kita nampakkan yg kita nak kongsikan faedah
   produk atau servis kita ...mari kita praktiskan ..

   TIP 3  dan TIP 4 akan tersusul kemudian ...

Wednesday, July 21, 2010

Iklankan bisnes orang kita . Jom sokong!!

 Kalau kita membaca akhbar berbahasa Melayu sgt kurang iklan  tentang perniagaan org kita berbanding dgn surat khabar berbahasa lnggeris atau Tionghua ..Selain dari faktor  tuntutan komersial itu sendiri , kemungkinan peniaga peniaga kita kurang jelas betapa pentingnya mengiklankan perniagaan mereka.

a) Saya terkejut baru  baru ini  bila saya bersembang dengan seorang kawan  yg duduk ditaman yg sama yg beliau pun buat secara part time perniagaan perkhidmatan anti anai anai sejak hampir 3 tahun yg lalu . Sebabnya saya baru mengupah sykt lain  yg berpejabat 10 Km dari tempat saya . Tidak tahu nak cari sykt antai anai anai yg  berhampiran saya pun rujuk pada yellow pages ( ruang iklan pernigaan- tiada satu pun sykt orang kita) .

Apabila saya ketahui yg beliau pun memberi perkhidmatan yg sama dan harga pun kurang sedikit saja saya terus "membidas" kenapa tak beritahu saya . Katanya dia cuma buat part time.Belum yakin lagi . Saya tidak kisah itu ...Pada saya sebab kita tidak punyai modal  besar dan kurang pengalaman mulakan lah dgn secara part time - tidak mengapa. Mulakan dgn kecil ...lama lama jadi besar. Yang penting mulakan . Itulah kunci nya. Apabila  sambutan mula menggalakkan dan wang dan pengalaman mula terkumpul baru lah kita buat sendirian..

Apabila saya tanya ada tak buat iklan dimana mana ? Dia kata tidak ada ...dlm  sebulan dia dapatlah 2  pelanggan secara purata. melalui mulut kemulut ...Itu tidak cukup kata saya  ..saya cadangkan agar dia iklankan  dgn cara "flyer" hantar rumah kerumah / paku dipokok/ dikereta / di kedai runcit  / selit dlm surat khabar dll .dikawasan perumah kita dulu .  Murah dan mudah buat permulaan . Dia pun mula terfikir dan berjanji akan melakukannya. Sambil tu dia terfikir utk membuat kad dan beri pada kenalan kenalan dan jiran ..pokoknya lagi luas pengetahuan ttg bisnes nya lagi byk peluang dia akan mendapat pelanggan. ..dan lagi ramai pelanggan lagi byk keuntungan = dan bila untung sudah byk boleh sewa kedai  tak perlu buat dirumah =;.bila untung bertambah lagi = boleh buat sepenuh masa ..gajikan pekerja =.jadi dpt memberi khidmat pada anak bgsa mencari rezeki =.bila sudah yakin maka war warkan keluar kawasan =;Jadi pasaran bertambah besar  boleh dapat kan pelanggan tidak kira keturunan =.jaga kualiti kerja agar pelanggan berpuas hati ..jgn kira sgt ttg  untung saja .Sambil itu terus belajar seni perniagaan secara disiplin  = akhirnya kita akan tempa kejayaan dan org kita juga bisa bersaing .

b) Satu lagi saya jenuh mencari workshop kereta org kita ...di rumah rumah kedai dijalan utama tidak nampak kelihatan ...tetapi apabila saya masuk ke sebuah  kampung ( berdekatan) ternampak lah sebuah workshop dibelakang rumah tersorok dari pandangan org. Kecil saja .cuma  ada satu kereta ketika itu ..Lalu saya bertanya apa jenis perkhidmatan yg ada . Kata empunya workshop semua jenis servis dan ketok dan cat kereta pun ada.  Bila ditnaya dah berapa lama kata nya dah lebih 20 tahun ..dan pelangaan tetap ada tetapi tak ramai . Serupa juga contoh yg diatas beliau pun tak buat iklanan...dan tak tahu bagaimana ..Jika beliau mampu menarik lebih ramai lagi pelanggan untung akan bertambah dan beliau boleh menyewa rumah kedai di tepi jln dimana org lalu lalang akan tahu kewujudan wokshop nya .Beliau mula sedar yg  mengiklankan produk adalah sgt penting. Beliau juga berjanji akan buat "flyer" dan hantar kekawasan taman berdekatan yg rata rata org kita. Sebenarnya dari pengamatan saya ramai org org kita yg mahu menyokong perniagaan org 2 kita cuma mereka tidak tahu dimana sebab byk yg tersorok . Tidak mengapa tersorok diceruk mana pun janji kita kena beritahu orang ramai .

c)  malah byk jenis bisnes yg org kita buat ...sperti  makcik makcik yg mengambil upah menjahit  yg buat dirumah ; tukang gunting rambut ; kedai kedai buku , kedai buat kunci pendua; fotostat ; kedai komputer / baiki ; sewa kereta / lori ;kedai hardware ; tusyen centre ; tusyen dirumah; lesen memandu ; kedai gambar ; kedai baiki motosikal / basikal ; kedai dobi; kedai kek ; sewa kanopi ; alat alat sukan ; kedai frame ; kedai cetak / buat kad ; kedai peralatan /baiki letrik / pendawaian ; bina renovasi rumah ; kedai besi / pagar ; kedai koperasi ; klinik ; klinik gigi ; bersalin ; belajar silat ; kedai hobi ; kedai perabut ; kedai cermin mata ; jual kereta terpakai ; tiket pelancungan ; servis centre / tayar /bateri  ; pejabat konsultanci ; servis akaunting ; guaman ; kitar semula ; kedai kasut ; songkok ; baju melayu ; alat ganti kereta ; alat aksesori kereta ; dan baratus ratus lagi .....TIDA KIRA KECIL ATAU BESAR ; PART TIME ATAU FULL TIME ; DAH ADA LESEN ATAU BELUM ADA LESEN ( SELAIN YG PERLU LESEN ) KENA IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA . sebab rata rata peniaga 2 kita bersepah sepah ..jadi ramai org kita tidak tahu ...jadi war warkanlah ....SEKARANG ORG MELAYU MULA SEDAR BETAPA PENTINGNYA MENYOKONG PERNIAGAAN KITA SENDIRI . ..DAN PENIAGA 2 KITA HARUS CELIK DAN BERI SERVIS YG TERBAIK  DAN HARGA YG BERPATUTAN .. kita mampu mengorak langkah


d) saya cadangkan agar  KEMENTERIAN berkenaan kemajuan ekonomi Melayu tampil kedepan mencari jalan untuk menampilkan perniagaan 2 disebut diatas selain dari gerai makan dan pasar malam . Mungkin kita boleh :-

>> satukan perniagaan 2 ini ditapak dimana kepadatan penduduk Melayu adalah tinggi ... lantas apa yg pendukuk melayu setempat perlukan harus di tawarkan ( supply ) oleh org melayu sendiri .  Ini bukan persaingan dgn kaum cina yg jauh lebih maju ..malah perniagaan kita boleh wujud secara parallel dgn mereka

>> surat khabar contohnya utusan malaysia boleh memainkan peranan mengiklankan dgn kadar iklan yg lebih murah dan mengadakan iklan sisipan . Jika tiap tiap hari dikeluarkan maka  sisipan iklan ini akan menjadi lebih popular ..( namun iklan seperti MLM  tidak boleh sebab ia bukan perniagaan yg "essential " )

>> Parti Melayu Bahagian boleh mengambil peranan  me war warkan iklan dlm bentuk "yellow pages" dan dihantar ke rumah rumah di kawasan bahagian masing masing ...buat permulaan tak perlu caj . buatlah ini sebagai membantu bangsa sendiri .  Bila Melayu maju dlm perniagaan essential maka perjuangan parti melayu pun berjaya .

SEKIAN ..

- MAJUFIKIR -






>>

Saturday, July 17, 2010

"Fatwa" songsang vs "fatwa" loyar buruk

Sekali dengar tentu ini "fatwa"  gila atau orang yg beri fatwa ni dah tak siuman....namun inilah cerita loyar buruk arwah bapa saya .Tujuannya bukan untuk bermegah atau meninggi diri cuma sebagai teguran membina agar jika ilmu kita sedikit jgn membuat fatwa atau ajaran yg mengelirukan orang ramai.

Begini ceritanya.......alkisah

Suatu hari bapa dan rakan rakan minum minum petang diwarung  kopi bersama rakan di kampung ...sembang punya sembang terkeluar bab agama..lantas salah seorang kawannya dengan bangganya mengatakan gurunya ber"fatwa" kalau kita dah ambil wuduk dan tiba tiba  terkeluar angin maka tidak batal wuduk boleh terus bersolat.....kawan nya menjelaskan fatwa yg sama  berkali kali ...dan tidak hirau didengari orang yg lalu lalang....dia bangga mengatakan bahawa gurunya memang tinggi taraf nya ...bapa saya dan kawan2 yg lain terdiam ..tak tahu nak cakap apa .

Begitu dilaungkan lagi ..maka bapa saya yg tidak suka bincang hal agama didepan orang ramai jika topik itu lebih mengenai  soal yg tidak mudah dijawap oleh orang yg kurang ilmu ....berkata " Guru hang ( kau ) tak hebat ...guru aku lagi hebat ....kalau guru hang cuma setakat terbuang angin ..guru aku lebih hebat lagi " ..."hah ...macam mana hebat ..? " tanya yg mengeluarkan " fatwa" tadi. .

" hangpa dengar betul betul ....guru aku kata ...kalau hang dah ambik wuduk ..hang nampak bini orang lalu hang terus peluk tak batal wuduk " .....Yg lain pun tersentak  dan mengherdik bapa saya " apa hang cakap merepek ni ...hang ni gila ka ? " "Siapa kata aku gila ....hang dengar lagi sekali ...kalau hang dah ambik wuduk hang nampak bini org lalu ..hang peluk dan cium dia ..tak batal air sembahyang ..hebat tak guru aku ?" .

Yang lain memprotes " hang ni mmg gila la ..bukan saja terbatal wuduk malah lagi berdosa ada lah " . Bapa saya masih memepertahankan  " aku cakap betul ...hangpa tak percaya ? " .

" Hang kena mengucap ni dah terkeluar landasan ni ..sesat " .....yg lain menasihatkan .....namun bapa terus tetap dgn pendiriannya ...dan kawan2 lain mencabar .." kalau lagu ni ...kita kena pi jumpa tok imam ( seorang imam kampung yg dihormati ) ..tengok apa dia nak cakap " . " "boleh ...takda hal " ..kata bapa saya penuh keyakinan...

Lalu mereka sekawan pun pergi kerumah Tok Imam ...dan menceritakan apa yg bapa saya katakan tadi ....Terus tok imam pun terkejut ...." betulkan hang cakap lagu ni tak batal " tanya tok imam pada bapa saya ..." betul tok ..." . " eh apa hang cakap ...ni mana ada hukum dah lah hang peluk hang cium bini orang tak batal air sembahyang ...ini lagi berdosa " ...." tak berdosa tok imam " tegas bapa saya..." apa pasai hang kata tak batal dan tak berdosa ? " .

Lalu bapa saya pun menjawap  ..." mana nak batal bini orang tu mak saya !!!" .

" Ceh ...hang mainkan kami  rupanya ...punya loyar buruk !! ." mereka pun tergelak  terbahak bahak ...lalu bapa saya mengingatkan kawan kawan nya ..." maksud aku lain kali kalau kita nak cakap "fatwa" yg pelik pelik kalau kita kurang ilmu jgn didepan orang ramai ..boleh mengelirukan orang ..orang yg tinggi ilmunya tidak akan bermegah menonjolkan diri ..."

Sekali imbas ianya memang loyar buruk ...tetapi yg tersirat itulah yg kita perlu ambil iktibar ....soal hukum hakam tidak boleh main main ...bukan utk di gunakan utk meninggikan diri atau utk mencapai sesuatu tujuan ...apa lagi kalau kita mudah menghukum orang lain kafir , ahli neraka  dan lain lain ......siapalah kita yg kerdil ini di bumi Allah yg cuma sekolonet noktah  di tengah tengah alam semesta yg  infinit ( infinity - tak tahu apa penghujungnya ) .

Lagipun pepatah Melayu yg tidak lekang dek zaman ada berkata " ikutlah rasmi padi ..makin  tunduk makin menjadi " ..bermaksud ..lebih tinggi ilmu kita lebih tawaduk dan berisi ...bukan sombong atau takbur . seperti juga yg lazim kita dengar  " the more i know  , the more i don't know " / lagi banyak ilmu aku tahu , rupa2nya lagi banyak ilmu aku tak tahu ...dan terus akan mencari lagi ilmu

- majufikir -

Tuesday, July 13, 2010

TIP 1 JUALAN : GULI TEKNIK - satu kaedah membantu perniagaan / pembelajaran

 Guli Teknik- satu kaedah yg membantu perniagaan/ pembelajaran

Bunyi nya melucukan !

Anda mungkin tidak pernah mendengar namun percayalah Guli Teknik ini adalah salah satu alat yg sangat berkesan. untuk melajukan pencapaian objektif anda. Ramai peniaga peniaga jualan langsung dan ajen insurans yg berjaya menggunakan teknik ini . Mungkin mereka gunakan bentuk yg lain selain dari guli . Apa pun konsep nya sama . Kita lihat nanti.

Malah teknik guli ni bisa saja digunakan untuk apa apa saja waimma seorang pemimpin negara dan ahli politik atau pendakwah .  Contohnya seorang pemimpin hendak turun padang berjumpa dgn rakyat jelata boleh pakai teknik ini ...dan seorang pendakwah  hendak menyibarkan suruhan Tuhan  pun boleh pakai teknik ini . Ia nya adalah alat pendisiplinan  diri . Anda tidak perlu keluar satu sen pun  - pendek kata ianya "cost-free" .

Katakan anda seorang jurujual  . Dan anda perlu me war warkan produk anda kepada pelanggan . Atau juga seorang ajen insurans . Pelanggan potensi anda adalah seluruh pasaran yg ada . Jadi anda mesti ada plan ( rancangan) pemasaran yg berkesan  . Kalau tidak ada plan bermakna kita tidak ada disiplin..Dan didalam perniagaan disiplin diri adalah yg paling utama . Tentu ada pernah mendengar madah yg berbunyi begini? :-

   " A person who fails to plan , plans to fail   / Orang yg gagal membuat rancangan memang merancang untuk  gagal " 

Jadi bagaimana kah cara nya ?


 Katakan anda seorang jurujual . Objektif anda ialah untuk menjual 5 barang esok hari . Hari ini anda buatlah rancangan . Katakan utk menjual 5 barang selalunya anda kena berjumpa 20 pelanggan potensi . Jadi hari ni juga anda buatkan senarai nama-nama pelanggan (jika ada) .  Esoknya sebelum keluar rumah ...anda ambil 20 guli kecil simpankan kedalam saku poket seluar  kanan ...dan terus anda pergi berjumpa pelanggan pelanggan tadi . Jika anda sudah berjumpa org yg pertama  -samaada dia beli atau tidak  - anda keluarkan sebiji guli dan masuk kan kedalam poket kiri . Bila jumpa lagi seorang anda masukkan kedlm poket kiri ..begitulah seterusnya ..sehingga habis... Menurut seorang rakan saya - jurujual insurans yg berjaya   - beliau tidak akan balik rumah jika tidak selesaikan tugas mencari dan berkongsi ttg produknya  kpd  jumlah target nya .


Jika anda seorang wakil rakyat  ..nak turun padang  ..nak jumpa 5 orang satu hari ..gunakan kaedah ini ...secara  disiplin. Jika anda lakukan kaedah ini anda tidak perlu risau kerusi anda  akan hilang pada piliharaya akan datang . Yang perlu bimbang ialah yg tidak turun padang ..bila nak piliharaya baru nak tunjuk muka ..


Teknik ini juga saya pernah gunakan dlm mengajar tusyen pada anak murid saya untuk mempercepatkan penguasaan BI mereka .Keputusan nya sangat berkesan .


Pengunaan guli ni cuma sebagai satu medium saja . Anda boleh gunakan apa saja  asalkan sesuai dgn anda. Batang aiskrim , biji saga , batang mancis, tak kisah . Ataupun anda lebih suka gunakan buku nota kecil pun boleh ... buat senarai ...dah jumpa  pangkahkan . Pendekata , anda MESTI tunaikan objektif yg anda letakkan dlm perancagan harian anda.


Apa lagi cuba lah ...


- majufikir -

Hang Tuah : Lambang Wira Melayu Unggul

Hang Tuah : Lambang Wira Ilmuwan Melayu 

Tahu kah anda , sejak akhir-akhir ni banyak dipersendakan oleh artikel artikel sejarah picisan ( murahan tiada kualiti sering mengandai  tanpa bukti ) bahawa Hang Tuah adalah seorang yg berasal dari negara  China  sebab perkataan Hang Too Ah tu bunyi seperti perkataan Cina ..Sungguh melucukan.

Saya baru melawat sebuah  pameran  Hikayat Hang Tuah yg sedang berlangsung .di Perpustakaan Negara . Memang hebat kerajaan Melayu Melaka zaman dahulu ..Jika kita menyelami tamadun tamadun dunia seperti China, Rome , dan lain-lain ...kerajaan Melayu Melaka memang tidak kurang hebatnya . Bukan saja bidang perdagangan , seni bina , perhubungan diplomasi antarabangsa , teknik peperangan, pertahanan, seni reka senjata, alat alat pertukangan , alat alat dari tembaga , pembuatan kapal kapal besar sehingga 7 tingkat utk pelayaran lautan besar  dikausai orang  Melayu Melaka ketika itu .

Hang Tuah bukan saja hulubalang Melayu yg ulung berlawan senjata malah terkenal di benua Keling ( di  India ketika itu ) , Siam , China , Majapahit hingga ke Rom sebagai utusan kerajaan Melaka yg bijak dan handal .

Hang Tuah cukup tinggi ilmunya ..bayangkan hulubalang ini fasih bertutur dalam 12 bahasa !!. Yang tercatit ialah bahasa Arab, Kelinga  , China, Siam dan Jawa...( Saya tidak nampak catitan samaada Bahasa Inggeris dan Rom pun beliau fasih ) .Beliau belajar dibawah bimbingan guru guru bahasa tersebut  dan dengan mudah mengusai kesemua bahasa bahasa tersebut .Ini menunukkan ketajaman akal nya menimba ilmu .

Beliau dihantar sebagai utusan ke negara China , benua Keling ( India ) , Rom untuk menjalinkan  hubungan kerjasama perdagangan dan poilitik .. Malah pernah Raja Benua Keling meminta bantuan Kerajaan Melaka  agar Hang Tuah diutuskan ke China oleh kerana kefasihannya bertutur bahasa China yg dipelajari bagi menjalinkan hubungan benua Keling dgn China.

Hang Tuah juga memang terkenal sebagai pendekar handalan mewakili orang Melayu ..terdapat dalam hikayat Hang Tuah bagaimana beliau dapat menewaskan 5 orang Jepun ( pahlawan samurai ) didalam satu pertarungan di negeri Siam . 2 lagi samurai cabut lari . Dahulu kala memang kebiasaan sudah jadi cabaran ..samurai samurai akan keserata tempat untuk mencabar sesiapa yg ingin beradu ...untuk membuktikan siapa lebih kuat . Mengikut riwayat yg terkandung dlm sebuah novel lama , samurai samurai tersebut dapat mengalahkan pendekar pendekar China yg handal berkungfu,  lalu merantau sampai  ke Siam dan mudah mengalahkan pendekar pendekar Siam .

Hang Tuah juga telah dikerahkan ke Rome utk membeli persenjataan canggih yg besar yaitu bedil ( meriam) untuk memperkukuhkan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang terdapat riwayat bagaimana semasa serangan Portugis terhadap Melaka ,  Melaka tidak mudah tumbang ...oleh kerana kebijaksanaan taktik pertahanan  dan semangat juang tinggi pendekar pendekar Melayu . Namun  oleh kerana  perbuatan khianat oleh  pengkhianat bangsa  yg membuka pintu strategik Melaka kpd soldadu Portugis lantas  Melaka dapat ditewaskan  . Maka  bermulalah kejatuhan kerajaan Melayu yg ulung itu dan Raja -raja Melayu kemudian tidak bersatu menentang ...dan akhirnya seperti kita tahu seluruh tanah Melayu dijajah .( Untuk catatan : Bukan tanah melayu saja dijajah malah tanah Jawa  ,India , Burma , Indochina , Filipina dan China yg besar pun di lanyak oleh kaum penjajah Barat . Modus operandi ( kaedah / cara) mereka  lebih kurang sama ...pecah dan perintah  dan rasuah dan bagi negara China pegawai pegawai China habis di sogok dan diberi ganja...mereka ini dikhayalkan ..maka  dgn mudah mereka menceroboh .Apabila  emperor China melawan , mereka terus menggunakan  senjata canggih - terkenal dgn "gunboat policy"  yg mampu meranapkan negara ) .

Setelah berkurun orang Melayu dijajah , kini  selepas pasca merdeka org Melayu bangun untuk menebus maruah. . Dari segi  perspektif boleh kita katakan semangat juang Hang Tuah yg tidak tahu erti takut mati , pantang mengkhianati bangsa dan raja sendiri , sentiasa mencari ilmu , kini seolah olah menuntut agar maruah org melayu ditebus kembali .

Tentu madah Hang Tuah yg terkenal " tidak akan Melayu hilang didunia " bukan setakat slogan kosong . Ianya lebih kepada kehilangan maruah ..maruah bangsa itu teratas dlm perjuangan . Sesebuah bangsa itu jika tidak ada maruah diibaratkan seperti kata Kahlil Gibran pada kaum bangsa ( Jordan) sudah mati . Jika semangat Hang Tuah benar benar di resapkan pada perjuangan Melayu dah tentu orang Melayu akan lebih cepat kepersada dunia .Namun kita pasti setuju sedikit sebanyak warisan semangat Hang Tuah sudah pun terserlah di kalangan pemimpin kita diarena antarabangsa. Kini nama Malaysia disebut sebut warga dunia.

Sebagai merumuskan , diantara sifat sifat positif Hang Tuah yg boleh kita profilekan untuk dijadikan panduan agar anak bangsa Melayu bangun  mempertahankan maruah bangsa ialah :-
a) berani , tidak takut mati , tidak takut musuh
b) sentiasa mendalami ilmu baru ..seperti mengusaai 12 bahasa 
c) suka mengembara keserata dunia
d) sentiasa berlatih bersilat agar tubuh badan sihat
e) siap siaga untuk berjuang pada bila bila masa 
e) setia pada raja
f) bijaksana dlm melakukan tugas


- Majufikir -

Sunday, July 11, 2010

Ahli Fikir dan Pendita Yang Dikagumi : Confucius

" Tuntutlah ilmu walaupun sampai kenegeri China " ..sabda  Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadith .Ianya kerap dilafazkan tetapi kurang di dalami atau dipraktiskan . Tentu saja maksudnya bukan kita kena pergi negara China ..itu analoginya ...tetapi kita kena sanggup mengalami cabaran demi  menuntut ilmu .

 Terseru dengan sabda junjungan kita agar kita ummat Islam menuntut ilmu saya  banyak dan masih  membaca tentang sejarah tamadun dunia  termasuklah ,  sejarah ketemadunan Islam , Melayu , Barat , Jepun , India , China dan lain-lain lagi . Salah satu yang pasti kita tidak lepas adalah sejarah dan kisah para pendita , ahli fikir , ulamak-ulamak muktabar , ahli kaji , ahli astronomi, ahli fizik , ketua negara, ahli falsafah , ahli seni , pendekar  dan pengkarya pengkarya yg agung . Mereka inilah mencipta laluan sejarah  yang mempengaruhi ketamadunan hingga kehari ini .

Salah seorang yg saya kagumi ialah Confucius . ahli fikir yg agung zaman tamadun China yg tercatit beribu tahun . Confucius di lahirkan 2500 tahun ( 27 ogos 551 sm - 11 feb 479 sm ) yang lampau zaman yg penuh dgn kekacauan dan peperangan . Namun kata kata dan ajarannya  sehingga kehari ini masih dipelajari dan digunapakai bukan saja di negara China malah di Barat juga.

Catitan kata-kata dan riwayat hidup Confucius terkandung dalam  the Analects - sebuah rekod yg terkenal yg dikompilasikan oleh  anak-anak murid nya setelah beliau meninggal dunia . Analek -analek ini memusatkan tentang konsep "perbuatan baik dan kemanusiaan" seperti berikut :-
  • ide politik - memerintah dgn adil . pemerintah harus bersikap adil dan memberi contoh teladan yg baik pada rakyat jelata 
  • ide pembelajaran - polisi memastikan semua org dapat peluang belajar .cara mengajar yg betul dan hormat sesama manusia
  • ide etika - filial piety  atau hormat dan tanggung jawap pada ibu bapa serta menganjurkan keikhlasan, hormat dan rasa terima kasih sesama insan .
  • ide kekayaan material - beliau tidak menentang mencari kekayaan tetapi harus diperolehi dgn cara yg sah bukan cara yg salah . Manusia yg baik dan bermoral tinggi tidak akan terganggu akal budi samada ianya miskin atau kaya .
Nah , cuba kita bayangkan pada zaman China yg sentiasa bergelora dgn peperangan dan kekacauan yg tidak pernah berhenti , timbul seorang pemikir yg mahukan keamanan ..beliau mengajak manusia sebagai individu berbuat baik dan sebagai pemerintah berlaku adil dan memberi contoh teladan . Beliau juga menganjurkan agar kita mencari ilmu dan merasakan nikmat keseronokan menimba ilmu .

Ilmu tidak terbatas pada sekolah dan diuniverisiti malah selagi kita hidup timbalah ilmu dimana jua hingga keakhir hayat ..Memang ini jugalah tuntutan ajaran Islam . Seharusnyalah ummah Islam kedepan dengan sikap suka belajar , mengkaji seluruh genre ilmu . Namun perpustakaan awam kita masih lagi lengang ...yang ramai berkunjung ialah penuntut penuntut  mengulangkaji utk peperiksaan , tidak seperti dinegara Barat dan Jepun . Mereka punyai kadar membaca yg cukup tinggi sesuai lah dengan tahap kemajuan negara mereka. Kalau mereka boleh kenapa kita tidak .

Saudara boleh membaca buku -buku mengenai Confucius  atau mengenai  analek -analek beliau di perpustakaan awam atau beli di gedung gedung buku .

Antara madah Confucius yg kerap kita jumpa tercatit dalam buku-buku , dinding , book-mark dll ialah " The longest journey starts with the step "  ada juga saya jumpa " Journey of a thousand miles start with the first step " . Yang mana satu pun maknanya serupa  yakni "perjalanan paling jauh bermula dgn langkah pertama " .

Dan sekiranya kita betul betul sambut seruan Rasullullah agar kita ummat Islam menuntut ilmu maka mulalah langkah pertama .

Soalan : Apa cadangan anda supaya lebih ramai lagi pemuda pemudi kita berkunjung ke perpustakaan awam sebagai salah satu cara untuk memertabatkan bangsa kita sebagai bangsa membaca . Saya lihat ada kempen membaca terpahat di bill board di Perpustakaan Negara tetapi masih lagi tidak nampak sambutan  yg menghangatkan .





- majufikir -

Petua Mamak Berjaya

Petua Mamak Berjaya Dlm Perniagaan

Saya memang ramai kenalan  berbagai keturunan ...kira kira layak di gelar  pengpraktis" 1 Malaysia" . Kawan kawan dari kalangan India Muslim yg lebih mesra di panggil mamak di negara kita pun ramai juga gara gara selalu minum teh tarik di gerai mamak dan bersolat jumaat di Masjid India .

Yang ingin saya kongsikan ialah petua mereka berjaya dlm perniagaan ..baik sebagai pengusaha restoran, pengurup wang ( money changer), pekedai runcit , yg punya wholesale market, kedai kain , dll . Yg jadi perhatian saya ialah kira-kira setahun dahulu didalam internet  riuh pasal restoran mamak dikatakan menggunakan jin, toyol , mantra sebagai pelaris ..tak kurang juga ada yg mengatakan menggunakan najis , seluar dalam , ganja dan lain lain . Sebab itulah dakwa mereka restoran mamak sentiasa laku ..pelanggan jadi ketagih .Saya tidak mahu berpolemik  pasal betul atau tidak mengenai dakwaan ini .

Namun menurut kenalan saya seorang pemuda mamak  berumur lebih kurang 30'an...sudah berjaya dlm dunia perniagaan...pengurup wang  dia juga, restoran pun ada, jual beli property  pun dia buat ,kilang printing pun ada ..dia seorang yg warak ..sembahyg tidak pernah tinggal . masuk solat jumaat tutup kedai . versi petua nya adalah lain belaka. Kalau dilihat dari gayanya kita tidak akan percaya dia seorang jutawan ..pakaian nya simple , tidak berjenama. Tidak ada beza gayanya dgn pekerja  yg membancuh teh tarik di restoran mamak. Tapi sepanjang perkenalan saya dia memang  kerja keras  dan rajin mencari pelanggan dan agresif menghidu peluang.

"Iqbal ,  kalau bukan dakwaan mamak menggunakan cara yg tidak etika yg aku sebut tadi aku nak tahu  dari mulut seorang mamak yg berjaya seperti engkau  apa petua petua nya  ?" Pada mulanya , beliau keberatan utk menjawap setelah dicabar berkali kali akhirnya akur juga .

" Ok lah petua kebanyakan kami begini , terpulanglah kalau kau  nak percaya "  ....(.Dia beri 2  sahaja) :-

a) konsep besedekah dan berzakat kami lah yg jadi kami cepat maju ....kami percaya jika nak masuk syurga kenalah buat seberapa byk amalan dan kebajikan . Lagi byk kebajikan lagi byk peluang. Lantas jika kami byk bersedekah dan berzakat maka lebih byklah pahala yg diberi Tuhan.  Jadi , untuk .byk sedekah dan zakat kami perlu lebih byk untung dlm perniagaan . Untuk lebih byk untung kami kena berkerja keras ..kena kembangkan perniagaan .....maka itulah hasilnya yg kamu tengok rata rata kami  berjaya dan setidak tidaknya bertahan lama ..., yang kedua ....

b) setiap sebelum subuh kami amalkan membaca ayat suci Al- Quran ..bukanlah untuk untung berniaga ...ikhlas kerana Tuhan .kalau tidak dapat satu surah pun tak pa ...janji amalkan selalu .....fadhilatnya insyaallah segala rutin harian termasuk berniaga akan dipermudahkan Tuhan . Kami tidak mengamalkan membaca Quran pada bulan tertentu seperti bulan Ramadhan sahaja tetapi setiap hari ..ia seakan akan  membuka pintu rezeki utk hari itu ...

Saya cuma kongsikan .apa yg kawan mamak saya ungkapkan ...terpulanglah  kepada anda utnuk menilai ...namun saya rasa konsep (a) betul betul " makes a lot of sense" . cukup bagus jika semua peniaga Islam amalkan sebab ia mampu menjana kebaikan untuk semua ...baik peniaga itu sendiri dari segi perniagaan dan amalan nya utk akhirat dan juga masyarakat apabila lebih byk sedekah dan zakat terkumpul utk diagihkan kepada yg memerlukan. Ianya ibarat punyai 'push factor' yg kuat . Jika org kita  mengamalkan secara 'collective' saya rasa secara tak langsung ia akan merangsangkan lagi perkembangan perniagaan dan syiar Islam di negara kita. "

Selain dari petua diatas saya pasti  petua yg lain ialah " business ethics " mamak sendiri ..seperti servis mereka yg cepat , harga yg murah , pekrja 2 yg responsif , sanggup kerja masa yg panjang, kedai sentiasa buka , dan lain lain ..

Apa pendapat anda ? 

p/s - saya akan sentuh perkara tentang servis kedai mamak secara terperinci utk dijadikan panduan di posting akan datang


- majufikir -






..

Saturday, July 10, 2010

Petua Kejayaan : 2 kali konar ( corner)

Petua : 2 kali konar ( corner)

Ini lagi satu petua yg saya "turunkan" dari arwah bapa saya ...sebagai pemanas minda dan untuk kita fikir-fikirkan bersama.

Suatu ketika ,saya yg menetap dikuala lumpur kebetulan sibuk dengan kerja hampir 3 bulan tidak balik kampung walaupun kerap juga  menalipon bapa bertanya khabar berita.

Suatu hari sambil  berbual dgn bapa  melalui talipon ..bapa saya bertanya : " Hang ni bila nak balik kampung dah lama tak balik awat ( kenapa ) ni ? "  " saya sibuk lah bah ..kerja banyak terpaksa kena habiskan " kata saya lagi ..

" Hang sibuk lagu ( macam ) mana pun tak kan tak sempat balik sekejap kut ..bukan nya susah  dua kali konar ( corner ) je ..bila hang bawak kereta ...hang konar kiri , hang konar kanan  2 kali saja sampai lah  ...tapi kalau hang 'gostan ' ( asal bahasa inggeris 'go astern' - patah balik sekarang kita cakap 'reverse') memang takkan sampai" .

Terus saya terpaku . ....tak boleh nak jawap ibarat kalau main catur ( 'chess' )..dah kena 'checkmate!' Memang ini  loyar buruk tapi disimpulkan dengan sindiran yg halus . Hujung minggu  itu terus saya tidak fikir panjang dan balik kampung .

Berbagai kesimpulan ( inference)dan iktibar kita boleh ambil mengikut keadaan .  Terpulang kpd masing masing . Paling tidak pun kepada siapa yg masih ada ibu dan ayah ..jangan fikir panjang selagi mereka ada didunia pakai petua " 2 kali konar" . Jauh lagu mana pun cuma 2 kali konar saja. Jangan gostan kebelakang...takkan sampai .

Begitu juga bisa diambil iktibar kalau kita nak berjaya ..jangan anggap masaalah sebagai penghalang atau terlalu berat nak dipikul lantas kita  tidak maju kedepan  Kalau kita bersikap positif  yang nampak berat akan jadi ringan .

Cuma yg harus dilakukan ialah langkah pertama ...langkah pertama itulah kunci segalanya . Bak kata pendita Cina yg hidup lebih 2000 tahun lalu Confucius ..." Perjalanan yg paling jauh bermula dgn langkah pertama" .( The longest journey starts with the first step) .Misalnya , jika kita nak berniaga dan bervisi nak berjaya sedangkan kita bekerja ..jadi .apakah langkah pertama yang harus dilakukan ..kalau kita berangan angan dan tidak ada langkah pertama sudah pasti  perjalanan kita tidak akan bermula dan visi dan misi ( vision and vision) walaubagaimana hebat pun tetap diawangan  Dan menurut org yg sudah berjaya langkah pertama akan tersusul dgn langkah langkah seterusnya ......jadi jom kita angkat kaki dan mulakan langkah pertama .

- majufikir-

Friday, July 9, 2010

Petua Kejayaan : Modal 2 ribu

Petua : Modal 2 ribu 

Sebagai mukadimah, saya  ingin berkongsi sebuah petua yg di rekodkan saya  dari mulut arwah bapa saya sendiri. Ianya sentiasa menjadi panduan  saya hingga ke saat ini .

Untuk dijadikan cerita , suatu petang Raya Eidil Fitri .. di sebuah kampung pencil Kg Matang Gelugor, Taiping ...kami adik beradik serta sedozen anak2 buah balik beraya dikampung ...meriah dan riuh pikuk tidak terkira ..berada disamping ibu bapa tersayang . Sambil menjamu selera di serambi rumah ...dan berbual hangat dari satu topik ke satu topik dari isu hangat politik semasa ke isu agama dan bermacam-macam lagi . Biasalah semua memberi pendapat seperti professor jaguhan layaknya .

Pabila tiba isu bagaimana bangsa kita nak bersaing dan  maju dalam dunia perniagaan ..dan jadi jutawan dan hartawan ....masing masing dengan teori sendiri  tak da yang mahu kalah ...ada yang berasaskan  teori ekonomi , ada yang dengan teori politik , ada yang teori agama ...ada yang kata kena ceburkan dlm dunia  jualan langsung , ada yang kata kena budayakan teknik perniagaan dulu , ada yang kata kerajaan kena buat itu , buat ini  dan bermacam macam lagi ...

Bapa saya ..seorang bekas nelayan dan bekas polis pencen yang cuma bersekolah atap saja...kali ini  dengan selamba mencelah  : " Hangpa ni  ni semua nama ja  mengaji pandai sampai universiti , tapi petua yg sebenarnya kalau  nak berjaya pun hangpa tak tahu" ..kami pun  bertanya : " petua macam mana Abah ? " . " Kalau nak berjaya , hang  nak jadi jutawan ke , hang nak jadi billionaire ke , hang nak jadi professor paling 'terror' ke ....semua kena pakai modal 2 ribu tak perlu pakai teori teori hangpa tu  " kata bapa saya...

" Mana boleh modal 2 ribu Bah ...2 ribu tu kecil sangat  ...nak buat stall burger pun kena pakai modal dlm 10 ribu , " saya  mem-protes.. yang lain pun setuju dengan saya ...namun bapa saya masih bertegas .." Itulah hangpa kurang cerdik ...buat apa modal lebih ..modal lebih pun ramai yang dah lingkup ...modal 2 ribu cukup tak payah lebih ! " ... Ternyata ketegasan intonasi  dari bapa saya  tersebut membuat kami terpinga-pinga .....dan kami pun  bertanya  " macam mana ni Bah ...2 ribu boleh cukup ...tak faham la kami ni "

Sambil tersenyum  bapa saya memberi 'fatwa'nya  : " Ha....hangpa dengar baik baik modal dia bunyi begini : "Kalau hendak 1 ribu daya , kalau tak nak 1 ribu dalih nah campur jadi  2 ribu " "...Tersentak dan mati kutu  kami dengan jawapan loyar buruk dari bapa ....dan kami pun ketawa terbahak bahak .. sampai nak pecah perut ....

Namun setelah di teliti memanglah tepat  " modal 2 ribu "  ini ....kalau kita nak berjaya dan kalau betul berazam dan betul betul buat kerja tidak setengah jalan tiada lagi alasan. Yang jadi penghalang ialah diri kita sendiri ..Ramai jutawan2 dan cerdik pandai didunia ini baik di negara kita mahupun diluar negara ramai yang bermula dengan tiada harta ...ramai yg berlatarbelakangkan dengan kemiskinan ...namun setelah berazam , kerja kuat tidak tahu  penat lelah , tidak tahu erti kekalahan , tidak gentar mencuba dan cuba ..akhirnya berjaya jua ..tentu anda boleh berikan contoh nama mereka yang ternama ini kan.

Petua ni saya turut semat didalam dada ..dalam menghadapi rutin harian .  Ya ,  " modal 2 ribu": ..tak da lagi alasan untuk malas , tak da alasan untuk tangguh tangguhkan  kerja  , tak da alasan untuk  malu  ,tak da alasan kalau modal tak cukup , takda alasan nak kata masa tak cukup  ,  tak ada alasan  jika kita nak kuasai ilmu , tak da alasan nak salahkan orang lain , tak da alasan nak belajar lagi , tak da alasan malu bertanya kalau tak tahu  , tak da alasan untuk membaiki kelemahan diri ..pendek kata semuanya dalam diri kita sendiri ..dan modal yang sebenar itulah diri kita sendiri ..yakni sikap dan sikap boleh diubah , boleh dibentuk dan boleh dilentur .Positifkan sikap kita dan bertindak terus . Jangan pandang belakang terus kedepan .

Majufikir 


 











.

Monday, June 28, 2010

Majufikir2020

Salam semua,



Majufikir2020  adalah sebuah blog  berkonsepkan mencari penyelesaian ( solutions) sesuatu isu melalui perkongsian dan percambahan ide ( brainstorming) yang mendasari  ilmu yang mantap.

Lantas penulis bervisi utk menjadikan laman ini sebagai pencetus atau penjana ide-ide yang bernas dari anda semua.

Cara nya mudah : Saya akan lontarkan sesuatu isu atau ide melalui sesebuah topik . Anda kemudian lanjutkan dengan memberi pendapat berserta  cadangan anda  . Pendapat anda pula akan dicambah lagi oleh ide ide dari orang lain . Dgn ini kita akan lihat cetusan percambahan ide-ide yg boleh berkembang secara tersusun .

Dari pengalaman penulis dalam teknik "brainstorming" di tempat kerja dan organisasi kesukarelaan, selalunya saya  dapati akan ada ide-ide yg bernas yg akan timbul yg tidak pernah terlintas dibenak fikiran kita selama ini . Ini lah salah satu faedah atau keistimewaan menjana  fikiran yang lebih fokus .


Moderator
Penulis akan memainkan peranan sebagai moderator  agar sumbangan pendapat-pendapat cuma terurus kpd penyelesaian dan bukan terkeluar landasan seperti menghina atau  mencaci orang lain .



Rumusan

Lantaran itu setiap pendapat yg kritis terhadap sesuatu isu mestilah di dokong dengan apa cadangan anda dan bagaimana ia nya dapat menyelesaikan sesuatu isu atau masaalah yg di ketengahkan .Dengan cara begini ..kita akan dapat elakkan budaya polemik yang tidak ada penghujung yakni penyelesaiannya.


Ide-ide yg terkumpul kemudian akan di analisa dan dibuat rumusan . Dan penulis akan ketengahkan rumusan ini kepada pihak sasar seperti kerajaan dan lain-lain untuk dipertimbangkan dan lebih bagus boleh digunapakai 



Rujukan ilmu

Bukan ini saja malah penulis juga akan cuba menenengahkan berbagai genre ilmu yg bermunafaat baik dari tulisan sendiri atau sumbangan anda atau petikan  dari sumber2 yg  terbaik  .Antara bidang-bidang ilmu yang dicadangkan ialah ekonomi, sosial, sejarah , perniagaan, politik ,agama , falsafah , ketamadunan ,kebudayaan dan lain-lain.


Terima Kasih

Maju fikir