Pages

Saturday, December 24, 2011

Siri Kejayaan 3 : Pak Bakar berhati mulia pada ibu yang memisahkannya

Ini adalah kisah Pak Bakar yang aku kenali . Beliau adalah tokoh perniagaan yang dihormati dan berjaya. Berumur dalam lingkungan 40'an . Punyai seorang isteri yang taat dan rajin beribadah dan sentiasa membantunya ketika jatuh dan bangunnya ...dan dikurniakan seramai 7 orang anak yang kesemuanya pandai pandai belaka ...ada yang sudah bekerja dengan gaji yang lumayan , ada yang sedang mengikuti kursus kedoktoran , ada yang masih dibangku sekolah. Yang pasti kesemua anak anak ini baik baik belaka dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka ...dan membantu mereka menjalankan perniagaan . Ahhhh .....apa lagi yang mahu diidamkan ...Pak Bakar sentiasa senyum dan keceriaan sentiasa terpancar di muka nya. Kata-kata kesyukuran pada Ilahi tidak pernah lekang dibibirnya bila berbicara.

Namun disebalik kejayaan ini ....ada pengalaman getir yang dilaluinya. Dikongsikan pada penulis dengan nada sayu .......apabila dilahirkan ...dan masih kecil lagi ...ibu dan bapa nya ditakdirkan bercerai. Masing-masing ikuti haluan masing. Namun bayi kecil ini tidak dibawa bersama.Tiidak deceritakan kenapa .

Lantas , neneknya lah yang menjaga Pak Bakar ..disekolahkannya ...dan disiramkannya dengan kasih sayang . Entah kenapa , kedua-dua ibu bapanya tidak datang menjenguk nya jauh sekali bermesra layak ibu bapa dan anak. Oleh kerana nenek yang menjaganya ...dan cuma nenek saja yang Pak Bakar kenali dan dipanggil ibu ...sehinggalah ketika dia mencapai belasan tahun baru kedua ibu dan bapa kandungnya - yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing - datang menziarahinya. Kata Pak Bakar dia terima hakikat itu dengan sayu namun apa boleh dikatakan . Sudah tersirat . Hatinya cuma menyayangi neneknya yang dianggap ibu nya.

Kemiskinan tegar nenek tidak menjadi halangan buat nya membesarkan Pak Bakar. Dengan peluh keringat membanting tulang menoreh getah dia menyekolahkan bakar sehinnga ke universiti dan mencapai kejayaan. Pak Bakar ingat lagi dia juga turut membantu menoreh dan melakukan apa saja untuk mencari rezeki . Oleh kerana secara tak langsung Pak Bakar punyai pengalaman dan kepandaian ..seperti memasak , menjahit , bertukang dan lain lain ..

Hal ini membuat Pak Bakar cekal . Memang tepatlah apa orang kata jika kita pernah lalui zaman susah dan perit ia bisa menjadi benteng buat kita harungi masa masa getir yang mendatang. Dan jika kita tidak pernah rasai susah , mungkin kita akan menggelabar pabila diuji dengan permasaalahan kelak.


Setelah bekerja sebagai pegawai di sebuah badan kerajaan , Pak Bakar menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Perniagaan nya maju dibantu oleh isteri ..namun kegawatan !998 ekonomi global ketika itu menjatuhkan nya dengan teruk sekali .


Namun oleh kerana terdidik dengan kepayahan semasa kecil ..beliau cekal ..dan menyusun semula perniagaan . Dan hasil kesabaran dan kerajinannya ...sehingga kini perniagaannya berkembang pesat .

Pak Bakar dalam sibuk menjalankan perniagaannya ...selang 2 minggu akan pulang kekampung menemui neneknya yang walaupun sudah menjangkau 80'an masih tegap dan sihat. Jika tidak pulang Pak Bakar akan tidak lelap matanya ..Akan dirindui neneknya ..dia tidak lekang daripada bertanya khabar dan memastikan segala keperluan neneknya terurus.

Walaupun kata Pak Bakar dia tidak dapat untuk memujuk hatinya untuk menyemai perasaan sayang pada ibubapanya oleh kerana perjalanan waktu yang terpisah yang panjang dan perasaan itu sudah tersemai pada neneknya , bila pulang kekampung beliau akan melawat ibu ( bapanya sudah lama pulang kerahmatullah) . Tiada perasaan dendam atau amarah pun ada dalam hatinya.


Baru baru ini, Pak Bakar menceritakan bahawa ibu kandungnya jatuh sakit yang kronik dikampung.Tidak boleh bangun . Anak anak ibunya tiada siapa yang mahu menjaganya ...cuma seperti batuk ditangga sahaja.


Tiada apa lagi yang bermain dihati Pak Bakar selain tanggungjawapnya pada ibu nya . Beliau sanggup bawa ibunya ke kuala lumpur dan bela nya dirumahnya. Akan di gajikan seorang pembantu menyelenggarakan ibunya ketika dia kepejabat. Begitu jua isterinya turut menyokong niat suci suaminya

Pendekata, Pak Bakar tidak perlu berfikir panjang ..katanya ibu tiada duanya. Kasihnya ibu membawa kesyurga. Walaupun pernah dipisahkan begitu lama , dia tiada dendam dan marah .....malah padanya ...tanggungjawap itu lebih besar dan sekiranya manusia tahu akan kelebihan menjaga ibu dan bapa semasa tua dan sakit mereka sudah tentu mereka akan berebut untuk menjaga mereka...

Moral cerita Pak Bakar boleh kita simpulkan bahawa ...kemiskinan bukan penghalang buat kita berusaha mencapai kejayaan . Dan apabila berjaya jangan lupa kan tanggungjawap pada kedua dua ibu bapa. ...dan semaikan lah rasa kasih dan kemaafan ...dan hindarkan perasaan dendam dan marah...kita pasti akan lagi berasa tenang dan bertambah senang....

Sunday, October 23, 2011

Siri Kejayaan 2 : Nelson Boo dari kuli keow teow jadi top salesman

Kesah benar siri kejayaan yang aku paparkan bukanlah tentang orang orang yang kaya raya seperti Bill Gates atau Ananda Kumar yang mereka pun tidak kenal aku . Semua orang sudah tahu betapa kaya nya mereka.

Kesah yang aku kongsikan adalah mengenai manusia-manusia yang aku kenali dengan rapat yang aku boleh jadikan contoh. Mereka tidaklah kaya raya . Cukup dengan perbedaan latar belakang mereka yang dulu susah dan miskin kini melonjak dalam hidup dan selesa .

Jika siri pertama mengenai kesah Nathan , kali aku ceritakan kesah Nelson Boo . Kawan aku keturunana Tionghua.

Semasa aku kenal dengan beliau , beliau ketika itu beru melonjak naik . Sudah pakai kereta Mercedez baru . Oleh kerana kami sama-sama berniaga walaupun dalam bidang berbeda , namun oleh kerana keserasian kami sering makan sarapan atau tengahari bersama apabila ada masa lapang.

Suatu hari , beliau mengajak ku makan tenghari di Subang Jaya . Naik kereta nya lah. Sedang kami dalam perjalanan kerestoran , talipon mobilnya berdering. Dia cakap dalam bahasa Kantonis. Lalu katanya " Gua minta izin bolehkah kita pergi hantar barang kesungai buloh sebab pelanggan gua baru call mintak gua hantar barang dengan segera " . Aku kata boleh sebab aku pun tidak ada hal penting selepas itu.

Terus Neslon Boo memandu laju kesungai buloh .Rupa-rupanya sebuah kedai komputer . Tauke tersebut harus jual kepada pelanggan nya yang akan datang dan beliau kehabisan stok. Nelson adalah salesman syarikat besar pembekal alat-alat komputer . Kedai komputer ini merupakan salah satu daripada berpuluh puluh outlet yang menjual alat-alat komputer yang di bekalkan syarikat Nelson Boo bekerja.Padahal yang dipinta cuma sebuah alat yang harga nya cuma rm60.

Aku cuba mengorek pandangan nya : " Kenapa lu kecil punya barang pun mahu hantar ke , jauh ma , duit minyak dan duit tol pun tak lepas ma" . Terus jawapnya : " Itu tarak hal punya , customer punya hal mesti datang dulu baru diaorang akan suka sama kita . Lain kali dia mesti ingat kita bila mahu barang. Servis ada bagus " Aku angguk tanda setuju .Satu pengajaran yang bagus . Sikap inilah yang membuat Nelson jadi salesman yang top sekali .

Selepas hantar barang kami pun makan. Sambil berborak , aku tanya dia : " Last time ah you study in which college ? " kami sering bercakap alam Bahasa melayu atau Inggeris . Oleh kerana Nelson ini tidak fasih dalam Bahsa Inggeris dia main hentam saja bercakap tak kira grammar betul atau tidak , aku pun bertutur ikut cara nya .

" Haiya , myself where go to university one. Up to form three only ma ..father don;t have money ma " ( ini bukan bahasa inggeris Oxford tapi peduli apa janji Nelson bercakap .ia tidak malu . Jika dulu langsung tak boleh .

Cerita Nelson lagi. Dia mula cari kerja untuk menampung kehidupan ...Lama lama dia jadi "kuli" di restoran Cina. Kerja basuh pinggan dan kerja kerja dapur. Oleh kerana BI dan BM pun teruk apalagi tidak ada kelulusan hidup nya payah . Akhirnya dia belajar memasak . Dan terus jadi tukang masak restoran Cina tersebut . Dia handal memasak keow teow goreng katanya. Lama juga dia bekerja disitu hingga kahwin . Walaubagiamanapun upah nya cuma rm800 sebulan . Tak cukup untuk lebih lebih melainkan cukup makan diri sendiri , isteri dan seorang anak yang baru lahir. Kereta tidak mampu cuma pakai motorsikal.

Suatu hari kawannya seorang salesman datang melawat nya . Lalu beliau menghasut Nelson ..." Buat apa lu kerja jadi ku li ...gaji kecik ..lu ikut seperti gua ...kereta ada ..ada style lo "

Puas dia hasut Nelson ..lama-lama Nelson terpengaruh dan letak jawatan ..ikut kawannya jadi saleeman . Isteri marah padanya : " Lu mana boleh lu tak pandai cakap BI , Melayu pun gagap , macamana nak jadi salesman " Apa nak buat beliau sudah letak jawatan .

Maka jadilah Nelson Boo seorang saleman . Betul kata isterinya ...dia tidak mampu,dia gugup dan hilang kepercayaan diri . Oleh kerana sebagai salesman tiada gaji , Nelson tidak dapat apa apa tiap tiap bulan sebab jualan nya kosong. Balik rumah kena maki dengan isteri .Duit susu anak tidak ada . Isterinya suri rumah.

Kata Nelson lagi ..beliau menangis sendirian. Rasa nak cabut lari .Tapi mengenangkan anak yang kecil beliau harus bekerja keras. Selama tiga bulan kata Nelson tidak ada duit !

Masuk bula ke empat, beliau kata jika begini tidak boleh ...Beliau kaji apa yang mmbuat org lain boleh dan dia tidak boleh ? Terus dia dapat jawapan . Yang lain boleh cakap BI dan BM serentak. Jadi aku mesti belajar .

Yang kedua , aku tidak ada target. Maka aku kena ada target setiap hari berapa banyak duit aku mesti bawak balik rumah setiap hari . Jika tidak dapat dia tidak akan balik rumah.

Lama kelamaan , beliau berubah .Dah pandai cakap BI dan BM .Dan sudah belajar seni atau teknik jualan .Tak sampai setahun nama beliau melonjak naik dalam carta Top Performer syarikat . Dan boss pun beri kepercayaan padanya kembangkan sayap nya ke negeri negeri lain.

Nelson Boo tidak lepaskan peluang . Komisyen dan bonus yang diraihnya mencecah rm40 sebulan ketika itu .

Kata Nelson lagi , kini isterinya tidak berleter lagi ...rumah sudah cukup kelengkapan , anak pun lebih selesa . Nelson pun senang hati kini. Jelas terpancar kepuasan dan rasa berterima kasih di raut wajahnya . Jika dulu beliua menangis ...berkat ketabahan dia dan isteri menempuh saat saat kesukaran dan beliau berhempas pulas mencari jawapan kenapa dia mula mula gagal dan akhirnya terjawap ..kini Nelson Boo megah disamping Merceeznya .

Sekian ..

Monday, September 19, 2011

Siri Kisah Kejayaan 1 : Nathan dan besi buruk

Baru-baru ini ,aku terserempak dengan seorang kawan sekolah ku yang sudah berpuluh tahun tidak ku temui ketika kami berurusan di sebuah bank .Aku tidak cam mukanya walaupun sekali pandang seperti pernah nampak . Tapi apabila beliau mula menegurku : " Excuse me sir , are you mr so and so from the so and so school ? " . Lalu aku jawap : " Yes, i am ...but you are ? i'm so sorry i can't remember " . Terus dia menjawap : " i'm nathan lah ...mr so and so ...tingkatan 3 G ...you were in different class ..the cream of the school and you were so popular dulu a top performer " Pujinya se seakan menyindir pun ada .

Ah ..baru aku ingat si Nathan ini ...setahu aku dia ni tidak lulus periksa ..memang aku jangka pun sebab disekolah dia memang lembab dan dalam kategori murid yang pasti gagal . Dia berasal dari keluarga miskin ibu bapa bekerja disebuah estet. Aku ingat lagi Nathan ni dulu kurus kering ,sentiasa berpakaian selekeh , rambut tidak bersikat dan selalu ponteng kelas . Mukanya memang muka tidak yakin diri dan dia selalu menyindiri tidak bergaul dengan orang lain .Namun perwatakan nya memang orang baik .Aku tidak rapat dengan nya tapi memang kenal sedikit sebanyak tentang dirinya

Ketika aku terserempak dengan beliau disebuah bank tempuh hari , dia berbaju kemas dan segak dan nampak seperti orang yang berjaya dan bertutur pun seperti orang yang terpelajar. Lantas aku tanya dia selepas tingkatan 3 mana dia pergi sebab dia tidak sambung belajar . Kata nya dia memang gagal peperiksaan ..tapi apa yang menyebabkan dia gagal adalah kerana kemiskinan tegar kelauarganya.

Dia menceritakan lagi ...sejak sekolah rendah lagi dia sudah mula bekerja sambilan untuk menampung keluarga nya yang miskin. Selepas habis sekolah dia akan ikut pakciknya mencari besi buruk . Dia akan ikut lori kecil pakciknya dan angkut besi buruk dari kilang kilang atau longgakan sampah untuk dijual pada kilang kilang besi . Katanya upahnya sedikit tapi kerja sampai teruk tapi apakan daya demi hendak membantu ibubapa mencari sesuap nasi . Sebab itu katanya dia tidak kecewa sebab gagal dan tidak sambung pelajaran ketingkatan 4 sebab dia boleh lakukan kerja manual ini sepanjang hari untuk mendapat upah yang lebih .

Terus aku menempelak : " But look at you now ...totally different ...what did happen and what on earth are you doing now that you look so out of this world ?!! "

" Tunggu dulu ...nanti saya cerita lagi " kata Nathan padaku yang tak sabar nak tahu seperti aku tak percaya melihat dia berbeda sekali .

" Selepas tamat tingkatan 3 , aku terus buat kerja seperti dulu ikut pakcik aku naik lori cari besi buruk ..hujan dan panas tak kira...selama 9 tahun .Memang upah pakcik aku bagi kecik sekali ...tak cukup untuk makan sekeluarga ......."

" Tapi suatu hari setelah 9 tahun aku ingat lagi semasa termenung diatas lori ...dengan debu , panas dan hujan ..tangan jadi kasar ....tiba tiba datang ilham dibenak fikiran aku "
Katanya lagi .

" Hah , ilham apa tu ? "

" Tiba tiba ...hati ku berkata ...aku lihat pakcik aku bertambah kaya ..tapi upah aku tetap sama kecik aku kerja macam nak mati untuk dia tapi upah tidak memadai sama sekali ...dia cekik darah aku "

" kalau aku protes takut dia marah dan komplen kat bapa aku ( adik pakciknya ) . dan jika aku berhenti mak bapak aku lagi susah ..sebab mereka berharap pada aku "

" Timbul idea ...pakcik aku pun serupa juga macam aku tidak berpelajaran dan dulu pun miskin tapi apa yang boleh buat dia senang sekarang ...jika pakcik aku boleh maka aku pun boleh . Jadi aku kena kaji bisnes yang dia buat ini ..."

" Dalam diam aku selidik cara cara dia kendalikan perniagaan ini ...apa yang perlu ada ...dan berapa modal ...rupa rupanya modal tak banyak janji kenal contact di kilang kilang yang nak buang sisa logam seperti besi, aluminium, tembaga, wayar, plastik , kotak pun boleh apa saja lah yang boleh dikitar semula maka itulah peluang .....kemudian aku boleh cari pekerja pekerja sambilan yang nak upah ..dan aku sewa lori ....bila ada benda nak angkut dikilang kilang aku akan cepat cepat rebut ...."

" Dalam diam ...aku terus lakukan ...pakcik aku tak tahu ....tapi setelah 6 bulan aku sudah ada pelanggan tetap ...dan modal aku sudah cukup ....sejak itu aku tidak toleh belakang...aku buat bisnes aku sendiri "

" Nathan aku tak percaya ..jual besi buruk boleh berjaya...boleh kau tunjuk kat aku ..? aku nak tengok pejabat engkau dan cara kau buat bisnes ini " ...nathan menyahut cabaran aku ....

kami aturkan pertemuan seminggu kemudian ...ia sperti lawatan sambil belajar.....aku dibawa melihat pejabat urusannya , kakitangannya dan beliau buat briefing tentang contact diluar negara seperti papua new geuniea , new zealand , indonesia dll .Katanya dia kerap keluar negara atas urusan bisnes. Pejabatnya lengkap dengan kelengkapan komunikasi moden ....Petang aku dibawa melawat kilang pembeli besi buruk di sungai besi , melihat cara cara jenis jenis logam di asingkan dan di gredkan dan dikompakkan untuk jualan pada pembeli ....dan beramah mesra dengan pengurus kilang.....setelah selesai nathan mengajakku makan nasi kari kepala ikan ....

Oh ya kereta nya ....Honda baru ...memang ada kelas ...Beliau tinggal di bangsar sebuah bangalow besar bersama isteri sayangnya belum ada anak lagi . Dia sudah pun mencapai taraf jutawan ....bayangkan dari budak kurus kering balik sekolah kutip besi buruk boleh jadi jutawan !!!

Terus aku tabik padanya....dan ucapkan tahniah dan syabas ...katanya itulah kekuatan ilham yang didapati ketika berpanas berhujan diatas lori dulu ..

Fikir fikirkanlah moga kita dapat iktibar dpd kesah benar nathan dan besi buruk .......

Sunday, September 18, 2011

Jadikan Kuala Lumpur hub fesyen pakaian orang orang Islam

Jika kita bersiar siar  di  Bukit Bintang yang lebih terkenal sebagai pusat beli belah yang ternama di ibukota , kita akan dapati ramai pelancung-orang Arab termasuk wanita dan kanak-kanak sibuk membeli belah atau menjamu selera atau . Malah terdapat juga beberapa restoran Arab yang kini tumbuh macam candawan yang sentiasa penuh .

Mereka memilih negara kita untuk bercuti salah satu sebab adalah oleh kerana negara kita terkenal sebagai negara Islam yang progresif dan merupakan "halal hub " yang diiktiraf oleh dunia Islam . Timbul pertanyaan jika begitu kenapa kita tidak jadikan Malaysia sebagai hub pakaian Islam ? Kita harus menggunakan "lateral thinking" untuk mencipta peluang dan ruang untuk bukan saja mengeluarkan pakaian pakaian orang Islam malah menaikkan satu taraf lagi yakni menjadikan pakaian-pakaian orang orang Islam serba dinamik .

Misalnya kita sedia maklum wanita wanita Islam pun suka pakaian yang cantik , pakaian untuk kepejabat , pakaian bersukan , ke majlis majlis , kepasar dll ....tetapi oleh kerana kriteria yang sesuai untuk wanita Islam sangat terhad dipasaran dan tidak ada penciptaan yang sentiasa berubah ...maka kita terpaksa membeli dan memakai apa yang ada di pasaran . Seharusnya kitalah yang mengeluarkan , mencipta, mengedar pakaian kita ....agar ia sesuai dengan kehendak agama dan yang pasti jika ini berlaku sekali gus kita boleh menjana pekerjaan dan pendapatan  ummah .

Tentu anda pernah mendengar ungkapan kota romantik Paris disebut sebagai   "the mecca of fashion " (selain dariapda "  shopping haven " )  ....oleh kerana Paris menjadi tumpuan pereka-pereka dan peminat fesyen antarabangsa selain daripada menjadi pusat jual beli barangan pakaian yang ternama , berkualiti tinggi dan menarik .

Malah Paris berjaya menambat hati pelancung pelancung asing yang fashion-conscious , juga model-model terkenal untuk menggayakan fesyen terkini .Sudah pasti media-media fesyen yang berpengaruh berkerumun dibandar ini ....Ia menjadikan Paris sebagai  " must see " bagi pelancung pelancung yang ingin melancung ke Eropah . Lantas dunia fesyen ini mampu menjana pendapatan yang  tinggi buat negara Perancis oleh kerana "spin-off effects " ( seperti perhotelan, pekerjaan , pengangkutan , dll) yang tercetus dari industri fesyen ini


Pada pendapat penulis ..Malaysia mampu melakukan sesuatu ..yakni menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah hub ...fesyen pakain orang Islam ...terutamanya pakaian muslimah ....apa yg ada sekarang fesyen 2 tidak berkembang ...cuma sekadar  bila ada musim perayaan . Kenapa tidak kita kumpulkan pereka2 fesyen orang 2 Islam ...di suatu tempat di kuala lumpur ?  Agar pelancung pelancung terutama dari Asia Barat akan berkunjung ke tempat ini untuk membeli pakaian pakaian orang orang islam yang cantik, berkualiti dan ber fesyen

Satu cadangan ialah dengan menubuhkan sebuah agensi pakaian islam ....yg merupakan 'think-tank' untuk mempercepatkan pertumbuhan industri fesyen pakaian org islam . Kita tubuhkan pusat yang besar dimana terdapat pereka pereka fesyen orang orang Islam dari seluruh dunia boleh datang mencipta fesyen fesyen yang baru . Dibawah bumbung ini juga kita adakan outlet outlet retail seperti butik ..agar produk produk ini senang dibeli .

Pereka pereka fesyen ini boleh mencipta sebarang jenis pakaian dan pelbagai aksesori yang sesuai untuk orang orang Islam termasuk lelaki dan kanak kanak.

Seorang wanita muslim yang mahu bersenam malang nya tidak ada pakaian yang sesuai ...mereka terpaksa memakai tudung yang sama mereka ke pejabat . Hal ini tidak sesuai ...namun tiada siapa pun yg pernah mereka fesyen yang sesuai yang berfungsi , berkualiti dan nampak canggih . Begitu juga pakaian untuk ke pasar, berenang, berkelah , berkebun dan lain lain ...tiada pakaian yang khusus yang penah tercipta.

Jika kita dapat laksanakan perkara ini dengan cepat dan tersusun ...penulis yakin Malaysia akan jadi " the fashion centre atau hub " buat orang orang Islam dan dengan itu kita boleh menjana ekonomi ummah sendiri .dan kita akan lihat pelancung pelancung Islam dari seluruh dunia akan memilih negara kita untuk melancung , belajar dan berniaga ...Dengan itu kita akan boleh  bersaing dengan kota kota fesyen ( bukan Islam ) yang handal didunia.sambil menunaikan tanggung jawab kita bahawa pakaian dan makanan biarkan lah kita yang keluarkan sendiri .

sekian .....

Friday, August 26, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang !

Hari ulangtahun  Kemerdekaan negara kita yang tercinta akan muncul tidak lama lagi ....Oleh kerana tanggal 31 hb Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri  tahun ini , kerajaan telah  menunda upacara sambutan nya ke bulan September  .Tepat dan bijak keputusan ini oleh kerana Hari Kemerdekaan adalah sangat penting untuk diraikan juga.

Masakan tidak sejak merdeka negara kita telah mencapai berbagai kejayaan dengan pembangunan yang pesat dan keharmoniam hidup rakyat berbilang kaum dan agama terjamin. Tidak banyak negara didunia ini bertuah seperti kita...Ini bukan slogan kosong . Jika tidak percaya pergilah merantau kenegara lain kita akan terpegun bila mengetahui negara kita sentiasa di sebut sebut sebagai negara Islam contoh yang maju dan harmoni .

Ia bukan datang bergolek malah digembeling secara langsung atau tidak langsung oleh semua "stakeholders" ( pemain -pemain yang mainkan peranan masing masing ) dari kerajaan , golongan ulamak , guru guru , golongan pelajar , polis , tentera , petani -petani , pekerja kilang , pembantu kebersihan jalan , pembantu angkat sampah , pemandu  teksi , pemandu lori , babu jual roti , pengilang, malah oleh ibu ibu yang tidak bekerja yang menjaga rumah tangga. Semuanya memainkan peranan yang besar . Jika tidak percaya , cuba kita bayangkan jika tidak ada golongan ini apa akan jadi pada negara.

Contohnya , jika tidak ada tukang angkat sampah apa akan jadi ...tentu sampah sarap akan bertebaran di merata tempat. Kita pun jijik dengan keadaan ini dan akan jadi masaalah kesihatan , seperti keadaan di slum areas ( kawasan terbiar ) di India malah di bandar bandar negara maju pun ada . Maka kita perlu hormat pada pekerja pekerja ini . Jangan anggap pekerjaan mereka hina . Malah jika mereka berniat dengan  ikhlas maka itu pun ibadah . Tiada satu pun pekerjaan yang halal dan yang tidak bercanggah dengan undang undang yang hina walaupun gajinya kecil . Yang hina adalah orang yang memandangnya hina.

Bayangkan lah ketika negara India menganjurkan Pesta Sukan Asia baru baru ini ....para atlit dari negara maju yang datang terkejut apabila mendapati najis najis manusia dan sampah sarap  bertebaran di kompleks sukan !!! Kata seorang kawan saya yang berkerja  di India selama 5 tahun hal ini memang benar  " Jamban terbuka" adalah jalan raya dan landasan keretapi mereka . Mereka membuang najis dimerata tempat .....satu sebab kemiskinan yang melarat kedua sebab kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan  awam dan rumah mampu milik untuk rakyat yang miskin . Padahal dinegara kita hampir setiap rakyat dapat menikmati kemudahan kemudahan ini . Ada penulis Barat mendabik dada mengatakan India adalah negara demokrasi yang terbesar didunia namun apa guna demokrasi ini jika najis manusia bebas di buang merata tempat dan sampah sarap adalah pandangan biasa dikota kota mereka.

( Baru baru ini saya melawat negeri Hang Tuah yakni Melaka ...terpegun dengan keindahan bandar  ....bersih sekali . Bukan satu dua tempat malah di sepanjang jalan ...Kampung kampung halaman pun cantik dan bersih yang amat hingga terpesona pemandangan dibuatnya . Ini adalah sebab selain dari peranan kerajaan Melaka yang telah berjaya mencatat peningkatan mendadak pelancung dari luar negara sekali gus meningkatkan kemasukan wang asing  , adalah kerana sikap penduduk 2 Melaka sendiri yang pentingkan kebersihan ...Syabas )

Bayangkan pula jika tiada petani yang menanam beras apa akan jadi pada kita. Bergantung harap semata mata pada beras impot . Apa akan terjadi jika negara negara pengekspot memulaukan negara kita atau menghadapi masaalah cuaca yang menghalangi tanaman mereka . Maka tabiklah pada golongan petani petani kita dan kerajaan mesti sasarkan "out put"  yang lebih tinggi dan berkualiti untuk masa depan.

Apa akan terjadi jika tidak ada polis yang menjaga keamanan . Sedangkan sekarang pun kadar jenayah masih tinggi disebabkan arus pembangunan apa akan jadi jika polis tidak menjalankan tugas ? Tentu penjenayah penjenayah akan bermaharajalela sepanjang waktu. Sebab itulah kita perlu memberi bantuan dan kerjasama pada badan kepolisian sebab adalah mustahil polis boleh menjaga semua tempat untuk mencegah jenayah. Contohnya , saya terdengar keluhan seorang penduduk taman yang asyik komplen tentang polis peronda yang jarang datang meronda diwaktu malam . Sedangkan beliau dan jiran jiran nya tidak memasang lampu depan rumah dan belakang gara gara mahu menjimatkan bil letrik padahal saya lihat unit penghawa dingin masing masing 3 - 4 biji sebuah rumah ! Ini adalah sikap mereka yang suka komplen dan selfish (pentingkan diri sendiri ) ...dan tidak melihat apa mereka boleh buat untuk membantu keadaan . Jauh sekali lakukan kawalan kejiranan seperti Rukun Tentangga

Jangan lupa pula golongan tentera kita . Seperti polis mereka walaupun bergaji kecil tidak pernah membuat demonstrasi tentang kenaikan gaji atau kepuasanhati . Mereka tetap fokus pada kerja mereka. Kita perlu memberi tabik hormat . Apa akan terjadi jika tentera kita masuk politik dan berpuak ? Tentu akan punah keamanan yang kita kecapi . Sebab itulah kita perlu sentiasa ingat akan golongan tentera , akan pengorbanan mereka yang lalu dan balu balu mereka ...walaupun pendapatan kecil namun taruhan nyawa mereka untuk memastikan negara kita aman tidak ada tandingannya . Cuma orang yang tidak berfikir dengan waras atau egoistik akan memperkecilkan atau  tidak mahu endahkan akan nasib pejuang pejuang dan keluarga mereka. Cuma orang orang yang pentingkan diri mereka akan suka mencerca orang lain dan negara sendiri jika mereka tidak dapat apa yang di mahukan nya .

Orang orang begini yang suka mencerca negara sendiri dan tidak peduli apa akan terjadi pada negara , bak kata Kahlil Gibran seorang penyair Lebanon yang tersohor adalah pada hakikatnya sudah lama mati walaupun mereka masih bernafas dan mengejar impian nafsu mereka. Dan bak kata pendita China Kon fu tze ( baca posting saya yang lalu) adalah umpama orang kerdil yang berhati kecil yang hidup mereka tiada makna mengejar awan ( kebendaan ) yang berlalu padahal mereka tidak peduli akan orang lain dan masyarakat ..mereka mengejar kekayaan untuk perut sendiri dan akan komplen bila kekayaan mereka terganggu . Malah orang begini akan berkira jika terpaksa beli bendera yang berharga rm5 . Padahal kekayaan yg mereka kecapi adalah disebabkan oleh negara ini dan peranan semua orang lain!!!!!!

Lantas warganegara  yang berhati mulia adalah yang tetap berterima kasih dan bersyukur . Mereka ingatkan pada diri sendiri akan kata kata hikmah oleh Presiden America John Kennedy : " Jangan tanya apa negara boleh berikan pada anda , tanyalah apa yang anda boleh sumbangkan pada negara "  ( mengikut kajian saya kata kata ini adalah origin nya terdapat dalam syair Kahlil Gibran ) .

Jom  , apa lagi mari kita tunjukkan rasa syukur dan taat setia pada negara . Kita kibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang !!!!




 .

Memori Aidil Fitri zaman kanak kanak riang dan kasut Elvis

Hari Lebaran Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa kian menjelang .....sungguh cepat rasa nya masa berlalu .

Aku baru pulang dari pasar malam yang kini dipanggil Uptown bersama seorang sahabat . Bukan tidak mampu membeli pakaian yang berjenama di gedung 2 besar dibandar . Tetapi  sejak adanya pasar Uptown yang beroperasi hingga  ke empat lima pagi berdekatan taman , kami rasa lebih selesa dan tidak perlu buang masa. Lagi pun banyak terdapat barang barang yang diperlukan untuk ber hari raya . Harga pula murah . Ah , itukan pilihan masing masing.. Namun bagus juga kita sokong sebab kaum sebangsa ramai yang berniaga di Uptown. Jika kita tidak sokong nak harap siapa lagi ?

Dalam jenuh berjalan singgah dari satu gerai kesatu gerai ....aku lalu sebuah gerai yang menjual kasut kanak kanak . Ku lihat ada beberapa pasangan ibu bapa sibuk melayani anak anak mereka memilih kasut baru . Teringat lah ketika aku sezaman mereka ..ketika Hari Raya menjelang aku akan ditemani ibu dan kakak kakak mencari pakaian di Jalan Tuanku Rahman ...yang terkenal sehingga sekarang sebagai gedung pakaian untuk semua golongan ...Tentulah tidak setanding The Harrods atau pun Lot 10 ..tapi siapa peduli itu semua janji yang miskin pun dapat merasai membeli pakaian baru khusus untuk menyambut Hari Lebaran yang penuh bermakna. Pendekata apa yang keluarga mampu itulah yang saya akan pakai .

Cuma yang lucunya , ketika itu fesyen kasut yang diminati adalah kasut Elvis ..boot tinggi yang berzip . Entah kenapa orang panggil kasut Elvis  . Cari punya cari maka dapat lah aku sepasang kasut "Elvis" yang tinggal dengan harga yang mampu ibu ku belikan. Alangkah gembiranya aku tidak terkata !!! Tidak sabar aku nak pakai pada pagi raya nanti . Sehingga aku tidak putus putus mencium bau nya ( maklumlah kasut baru ) ...malah aku akan letak kan disisi bersama ku bila aku nak tidur !!!! ( Mungkin takut hilang agaknya) . Cerita kasut ni aku akan cerita apa yang terjadi pada pagi raya sebentar lagi.......

Tidak cukup dengan kasut " Elvis" ..rambut pun mesti seperti Elvis....Ah... inilah yang jadi "irony" nya .. sebab rambut aku atas arahan bapa ku kepada tukang gunting ( seorang India ) hendaklah digunting pendek dan tegak seperti duri landak !!! Aku pun tak tahu kenapa arahan seperti itu.  Mungkin juga faktor kos. Lagi pendek rambut , frekuensi aktiviti gunting pun lagi jarang . Maka tidak perlu gunting acapkali. Jimat duit agaknya.

Berbalik pada pagi raya ....maka aku dengan seronoknya ...bersiap siap kena kan pakaian baru dan setelah bersalaman dengan ibu dan bapa ku ...aku terus mendapatkan kawan kawan sebaya. Alangkah hibanya hati ku apabila kawan kawan mentertawakan aku ....sebab aku memakai sepatu  "Elvis" yang berwarna pelik iaitu warna hijau tahi ayam candu !!! Sedangkan mereka memakai warna hitam .

Nasib baik aku walaupun kecil lagi tidak berkecil hati .....tapi memang ada timbul sesalan tersalah pilih kasut ..tapi itu yang ada dengan harga yang mampu . Ah ..akhirnya aku nekad memakai . Sebab hari yang mulia bukan pakaian saja malah seronok berjumpa sanak saudara dan kawan kawan ....

p/s- Seingat aku kasut "elvis" aku ni aku cuma pakai selama 3 hari raya ...selepas itu aku simpan sehingga reput .....ha ha ha..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ku ucapkan kepada semua peminat Majufikir2020

Friday, August 19, 2011

Nostalgia semasa kanak kanak riang dibulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ini aku tersenyum melihat kanak-kanak  berpuasa -  ada yang merengek nak buka puasa sebab terlalu letih , lapar dan dahaga dan tak kurang pula yang " steady " seperti orang dewasa - teringat aku kesah semasa kecil semasa mula-mula belajar berpuasa . Memori aku masih kuat lagi . Itulah nostalgia yang masih kekal diingatan.

Ahhhhh ..memang satu " big ordeal" .yang mencabar ..Ketika itu baru 6 tahun. Atas galakan ibu , abah dan kakak -kakak , aku sedia hendak merasai berpuasa dalam ragu -ragu boleh tahan ke atau tidak , agar aku diterima dalam kelompok orang berpuasa terutama sekali semasa berbuka . Lagipun " peer pressure " ( pengaruh rakan sebaya ) yang sudah mulai  berpuasa tentu aku akan ketinggalan nanti jika tidak turut serta.

Aku  berpuasa penuh tetapi tidak cukup sebulan lebih kurang 20 hari ....Kira Ok lah tu . Walaupun aku tahu ada yang sebaya aku lengkap sebulan . Memang "terror" lah . Itupun gara gara aku hendakkan duit raya . Ibu berjanji satu hari puasa dapat 20 sen ....Kira besar lah nilai nya pada ku lagipun keluarga bukan lah orang berada. Namun aku tetap gembira dan bersyukur dengan apa yang ada .

Minggu pertama bagai nak " give up " saja . Bangun saja pagi -pagi perut mula berkeroncong lapar. Maka aku akan kedapur dengan senyap bila orang tak nampak ..."tip toeing  " berjalan ibarat pijak semut pun tak mati seperti dalam cerita filem P Ramlee ...untuk mencari lebihan makanan sahur . Aku akan buka periuk manalah tahu ada lagi makanan untuk kujamah . Perut ku berbunyi bunyi  mahu di isi . Tidak biasa dengan secara tiba-tiba kosong . Tentu lah ia memberontak

Namun hasrat aku tak kesampaian . Kantoi bila ada jiran sebelah nampak ...dan terus menyanyikan pantun dua kerat yang masyhur ketika itu untuk menyindir ku  kuat pula tu agar orang lain pun perasan : " Hoi ..puasa yang yok pagi pagi bukak periuk " . Hah tak jadi nak jamah . Aku beri alasan .. " Tengok saja bukan nak makan " . Ahhh ..baik aku berlapar lah asalkan tak malu kena sindir ...ha ha ha

Aku lterpaksa lupakan operasi rahsia dan hasrat untuk membuka lebih awal terus  mencari kawan kawan untuk bermain . Tiba waktu tengahhari ...apabila sang suria tegak di atas kepala ...cuaca terik panas membakar . Tekak akan kehausan dan dahaga yang amat akan mula terasa .Sudahlah dalam rumah pun berbahang ..kipas angin pun tidak ada ...ventilasi udara pun tidak bagus . Kehausan tekak bertambah cepat lagi rasanya .

Kerap aku akan larikan diri bentangkan tikar mengkuang dibawah rumah diatas tanah  .Sejuk juga . Cuba lelapkan mata . Manalah tahu bila bangun nanti harap -harap dah dekat nak buka ."wishful thinking" tu namanya . Sebab jika aku tengok jam dinding seolah olah tidak bergerak atau memang sengaja jarum jam mahu melambatkan pergerakan untuk menguji keimanan aku . Memanglah baru tahu menanti itu ibarat satu penyiksaan seperti lirik sebuah lagu yang popular entah siapa penyanyi nya . Orang putih kata ibarat  "eternity " menunggu nya . Bila dah dewasa dan berpelajaran itu lah seperti kata saintis terkenal Albert Einstein dalam teori "relativity" nya . Kita akan rasa lama dalam keadaan yang kita tidak selesa sedangkan putaran waktu serupa.

Untuk " to kill the time " sementara menunggu buka jika hendak menonton TV ...kenalah pergi cari ehsan jiran yang ada TV ...sebab dirumah tiada ...radio transistor adalah ..

Ada lagi yang aku ingat . Lucu juga ceritanya . Selalunya bila kepanasan dan kehausan aku dan kawan -kawan akan mandi berulang-ulang kali dan jika orang tak nampak kami  akan berendam didalam kolam ( Kolam orang ramai mandi pakai gayong atau baldi  ).  "Irony" nya bila mandi aku cuba untuk "buat buat " tertelan air sedikit  mana lah tahu itukan tidak sengaja ...bukankah  hukum tidak sengaja tidak mengapa tidak batal puasa kata ustaz ustaz ?  Begitulah alasan loyar buruk ku ...tetapi  setelah difikirkan aku tak jadi lakukan sebab ada yang nampak walaupun orang tak nampak .

Ada ketikanya bila dahaga yang amat terasa bila aku tengok air diparit yang mengalir dibelakang rumah pun seakan akan aku mahu berkata : " wahai air parit yang mengalir  , jika aku tidak  teguh iman berpuasa engkau pun aku minum juga "

Namun ada saat yang aku paling suka . Selalu nya dalam pukul 5 petang . Mak dan kakak -kakak akan mula lakukan aktiviti memasak . Jiran jiran pun juga. Masa inilah aku menyibuk didapur . Nak tengok apa masakan utk dibuat buka. Mak dan kakak memang handal memasak . Tak pernah yang tidak sedap walaupun menu ayam tidak ada ( dulu orang Melayu tak mampu makan ayam , mahal kena nak tunggu kenduri kahwin atau hari raya baru boleh dapat rasa ayam tidak seperti sekarang kita bertuah bila bila boleh !! Kalau malas masak dial saja nombor talipon ayam sampai ( yang dah masak lah .) . Aku akan mencuri aroma masakan ....memang lazat . Batal ke atau makruh ? Tak pa lah kanak kanak masa tu .

Lagi satu saat yang ditunggu tunggu ialah loceng basikal berbunyi dan teriakan " kuih kuih " " kuih kuih " . Itu menandakan waktu kian hampir nak berbuka lagi 2 jam apabila kedengaran loceng basikal ini . Tapi teriakan "kuih kuih " ini ringkas dan pendek saja (  tidak seperti  panggilan suara shahdu Siti  Nurhaliza penyanyi No 1 negara yang pernah menjual kuih semasa kecil kini jutawan dan penghibur terkenal ) Tapi oleh Pak Lah ...ooops bukan mantan PM kita yang dikasihi ...Kami panggil pak cik ni Pak Lah penjual  kuih kuih Melayu ...penuh dalam bakul nya berbagai jenis kuih - kuih kaswi , kuih ketayap , dan yang paling hot adalah cucur udangnya . Memang sedap .

Tapi oleh kerana mak dan kakak kakak pun masak kuih sendiri - untuk jimat kos adik beradik kan ramai - maka cuma beli apa yang yang mampu saja .

Ingat lagi tugas yang paling penting - pada aku lah - adalah tugas iberikan pada ku - kena beli air batu / ais .Mana bisa berbuka tanpa air batu buat menghilangkan sehari suntuk dahaga ibarat musafir dipadang pasir yang kering kontang .  Tentu tiak lengkap . Jauh juga kena berjalan untuk membeli ais . Masa tu rata rata jiran jiran pun tidak ada peti ais ..jadi  terpaksa lah beli . Apek tua yang setia akan datang dengan lori mini nya yang penuh sarat dengan ketulan air batu yang ditutupi habuk papan ( untuk mengelak dari cair ) . Bergantung kepada apa saiz yang kita mahu apek ni akan gergaji mengikut harga .

Hah ...cabaran yang paling berisiko tinggi ialah aku kena pasti kan bila tiba rumah ais masih ada . Jika tidak sia sia saja. Pernah apabila tiba rumah tinggal bungkusan suratkhabar dan habuk papan saja. Apa nak buat. Ais dan jadi air .

Masa yang ditunggu tunggu akhirnya tiba . 10 minit sebelum berbuka aku akan buat "ritual' sendiri ...kena buat explorasi lauk mana, kuih mana, , air apa , akan aku bedal . Ketika kelaparan semua nya yang terhidang nampak lazat dan akan ku santap habis-habisan nanti ...Tapi sebaik azan bergema disurau tanda waktu berbuka , bukan makanan yang aku sambar malah air sirap ais dengan biji selasih ( atau air sirap bandung ) buatan sendiri lah yang jadi sasaran utama . Bukan segelas dua malah bergelas gelas hingga aku tersandar terpaksa KIV makanan lain untuk disantap kemudian

Begitulah gara gara mulai berpuasa.....memang melucukan tapi penuh hikmah tersendiri .

Sekian







Thursday, August 4, 2011

Kesah aku melampaui batas terimalah akibatnya!

Seperti dijanjikan ( sila rujuk posting saya bertajuk " Kenapa tidak boleh melampaui batas" baru baru ini) saya kongsikan kesah benar yang sehingga kini jadi peringatan atau pedoman  pada saya sampai bila bila insyallah


Kesahnya begini :

Beberapa tahun dahulu pada suatu petang lebih kurang pukul 3 , aku  tergesa gesa keluar dari pejabat untuk berjumpa pelanggan .Oleh kerana kesuntukan masa aku terus berlari menuju ke tempat letak kereta yang cuma 30 langkah sahaja dari pejabat.

Alangkah terkejutnya apabila aku sampai  , sebuah kereta tak salah  model  Nissan 120Y ( memang buruk dan teruk sangat keadaan kereta itu) sedang hendak di "reverse " kan kebelakang namun gagal berkali kali . Aku  dapati sebuah tayar hadapan kereta itu melekat dengan "mudguard"  kereta ku  ( untuk pengetahuan , itulah kereta pertama saya , "second hand" sebenarnya kereta murah tetapi diberi cat baru nampak lah berkilat ) disebelah depan . Dengan serta merta aku  menampar bonet kereta Nissan tersebut ...dan menjerit sekuat hati menyuruh pemandu kereta itu berhenti .( jika tidak sudah tentu mudguard kereta saya akan terkoyak rabak  dan "side skirting "  nya akan turut tertanggal ...dan bercalar teruk .

Aku  terus ke pintu pemandu kereta  tersebut  ...Rupa - rupanya pemandu itu ialah seoarng pemandu wanita muda keturunan Tionghua. Dia terkejut dan panik . Tapi aku  terus memarahinya ...sebab tidak dapat menerima kebodohannya ..satu :sebab dia tidak melihat kenapa keretanya tersangkut bila hendak di "reverse" kebelakang tetapi mencuba berkali kali menekan pedal minyak ..dua : sebab terdapat banyak parking lot yang kosong ketika itu ..kenapa pemandu itu " park " disebelah kereta ku . Aku terus mengarahkan  dia kelaur serta merta dan tengok posisi  tayar kereta nya . Dia lalu menggigil ..dan cemas...Aku suruh dia matikan enjin kereta nya dan tunggu  Terus aku   alihkan kereta ku  sendiri agar kedua2 kereta tidak lagi bertaut .

Apabila aku keluar  dari kereta , wanita tersebut meminta maaf berkali kali ... namun ketika itu aku masih "hot"  . aku katakan kepadanya " awak punya lesen kopi O ka?!!  "  ; " awak betul betul ada lesen ka ini macam punya senang pun tak boleh bawak kereta betul-betul ! " mata ada nampak ke!! " . Aku  periksa kerosakan yang ada dan tunjukkan sebuah kesan kemek  sebesar duit syiling 20 sen di tepi "mudguard " ...

Wanita muda itu  keluarkan 3 keping nota rm 10  sebagai ganti rugi ....apalagi ini membuat aku lagi bengang ..."rm30 ? !!! lu gila ka ? " ...."awak ingat ini kereta macam  kereta awak ke ? " dengan nada marah aku mendesak dia ...mungkin kerana gadis itu cemas tidak tahu apa nak buat lagi  dia mengalirkan air mata ...

Timbul penyesalan dalam diriku ...dan jatuh kesihan pulak ... Dalam hati ku : "kenapa aku bengang sangat dan kasar bahasa pada seorang gadis yang kelihatan ikhlas meminta maaf ...lagipun kesan kemek kecil saja " " ....Hati ku jadi reda ....dan memujuk nya pula...." Ok tak pa ...saya sudah  lambat  mahu pergi outstation sekarang ...you bagi no handphone ...jika saya nak repair nanti saya akan call awak ...dan awak kena bayar berapa yang saya kena bayar ..setuju ? "  ( sebenarnya aku tidak mahu hantar untuk diketok ...cuma sebesar Rm20 sen saja dan terdapat kesan calar yang kecil ..namun untuk membuatnya belajar agar lain kali kena berhati hati aku  cuma ingin menggertak saja ....Lagipun dia seorang wanita ...jika lelaki mungkin lain pula cara aku ...cuma aku tak dapat terima ...kecuaiaannya....mana tahu jika aku tidak keluar pejabat dah tentu dah koyak rabak mudguard kereta aku ...hah ..ketika itu memang masih bengang ....ah takkan aku nak gembira pula dalam keadaan begitu ...dahlah aku dah lambat mengejar masa.. timbul pula masaalah begini ...

Gadis  itu pun  setuju ....dan aku  pun terus meluncur berjumpa dengan  pelanggan ....namun dalam kereta hati rasa menyesal juga sebab telah menyebabkan gadis itu menangis dan panik.......dengan berkali kali menghina kebodohan dan kecuiannya ...dan juga kereta nya yang buruk dan gerobek ......" Patut tadi aku minta maaf pada nya akan keterlanjuran kata-kata  ku yang melampaui batas ..dan akan kesombongan aku padahal kesan kemek  cuma sebesar duit 20 sen saja lagipun kereta aku pun secondhand juga ...cuma diberi cat baru ....tapi sebab aku marah tadi sebab tidak dapat menerima kebodohannya " . Dan suara dalam hati berkata lagi : " mungkin ada hikmahnya .....Tuhan saja yang Maha Tahu segala sesuatu ....aku patut talipon dia untuk meminta maaf....takpa lah lain kali "

Setelah aku berjumpa pelanggan ...dan harus kembali pulang pada malam hari....Sebaik  aku hidupkan enjin tiba tiba lampu headlight mati .....aku terus pandu keluar kereta perlahan lahan dari padang letak kereta untuk kejalan raya ..keadaan ketika itu gelap gelita tidak ada kenderaan lain atau lampu jalan  ..Sekonyong-konyong tanpa disangka kereta ku bagai menjunam masuk longkang ...dan melonjak naik keatas jalan raya .......terus lampu headlight ternyala .

Pelik ..tetapi  terdengar  bunyi dentuman besi yang kuat  tadi ..aku tahu "chassis " kereta ku memang rosak teruk  ......aku keluar dari kereta dan dapati ..habis bengkok chassis kereta dan kemek ...berpeluh aku ketika itu ....

Dalam perjalanan pulang , aku memandu dalam keadaan senget ...akibat steering pun sudah jadi " mis-aligned" .....sesampai dirumah ...aku periksa lagi kerosakan keseluruhan dan memang teruk .......keesokannya aku hantar kebengkel seorang kawan ......untuk di ketok dan cat semula.....nasib ku baik ..kawan ku mengambil masa seminggu dan kos cuma rm500 ....kawan punya pasal ...jika tidak melebihi Rm1000 sudah tentu ditempat lain ....Jadi seminggu aku  pergi kerja  naik bas .

Apabila aku termenung memikirkan sungguh pelik kejadian tersebut ...tidak pernah headlight tidak menyala ...dan tempat tersebut berpagar ....masakan kereta ku boleh menjunam masuk "monsoon drain " ....

Lama -lama baru aku dapat cetusan ilham...bahawa siangnya aku telah memarahi wanita tersebut sehingga ia menangis ....dan aku tidak minta maaf darinya ....dan mungkin aku bercakap seperti orang yang sombong menghina kereta lamanya.( padahal kereta aku pun serupa cuma nampak elok sebab di cat baru ) ....jadi ...jadi Tuhan mahu  menunjuk pada ku ..agar jangan melampaui batas .....mungkin aku boleh marah tetapi  jangan sampai melampau dan jangan menghina orang lain ..dan terima kemaafan orang lain bila dipinta .....dan memang padanlah muka  aku ...sepatutnya aku terima rm30 yang mahu diberi wanita itu sebagai ganti rugi ......kini aku kerugian lebih besar !

Insiden diatas banyak mengajar aku ..setidak-tidaknya berhati hati bila berbicara agar jangan menyinggung perasaan orang lain .berlebihan .....dan aku akan cuba untuk tidak melampaui batasan atau akibatnya tanggunglah sendiri ..

sekian ....

Saturday, July 23, 2011

Kenapa tak boleh melampaui batas ?

Allah tidak suka orang yang melampaui batas ...ada banyak tercatit di dalam Al Quran .begitu juga didalam hadits dan riwayat nabi nabi dan sahabat sahabat rasullullah s.a.w. Namun kenapa tidak boleh melampaui batas tidak ramai yang dapat menyimpulnya dan memahaminya.

Makna melampaui batas boleh kita garapkan sebagai melakukan  sesuatu melebihi yang sepatutnya ...seperti membuat kekejaman, melakukan maksiat , memarahi orang dengan lebih daripada sepatutnya ...bukan itu saja melampaui batas boleh juga dari segi melakukan perbuatan yang baik lebih daripada sepatutnya ...seperti makan minum berlebihan ,  dermakan semua barang harta  kita termasuk pakaian yg kita pakai sebab nak kejarkan pahala. Bersederhana itulah ajaran agama kita secara asasnya.

Sebab itulah pepatah melayu ada berkata : " buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali " . sementalah  kita digalakkan membuat kebajikan tidak boleh sampai anak isteri sendiri kita tinggalkan sehingga tak makan atau merana . begitu juga dalam beribadat ...tak boleh duduk didalam masjid 24 jam sehingga tidak bekerja mencari makan . Namun buat jahat jangan sekali ...sebab jika kita sekali buat jahat ...selalu nya akan menyusul kejahatan kejahatan lain.....sebab kita tidak berasa bersalah . Maka elaklah  daripada melakukan sebarang kejahatan. Itu adalah kelakuan melampaui batas. Berbelanja boros adalah perbuatan melampau ....nak dirikan masjid ( rumah tangga) tidak  perlu terlalu meriah dan belanja kos yg tinggi . memadai lah itulah yang patut kita ambil...tidak perlu menunjuk nunjuk agar dipuji orang ....sebaliknya pula jangan lokek kedekut dan bahil ....ini pun melampaui batas namanya .

Dalam agama buddha mereka diajar dengan fahaman "middle path " ( ikut jalan tengah ) ...seperti cari penghidupan yang tak kaya dan miskin...dan jangan mengambil langkah ekstrim dalam percakapan, perbuatan dan dalam hubungan .

Jika didalam undang undang  tort ( the law of torts) ..ada satu ujian dipanggil  " the test of reasonableness" ..dimana seseorang manusia yang normal didalam menghadapi sesuatu perkara atau keadaann apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan ....jika undang undang menakrifkan bahawa sipulan seharusnya mengambil reaksi A ( yang reasonable yakni seharusnya sebagai seorang yang normal didalam keadaan yang kes ) tetapi pada realitinya telah mengambil reaksi B ( yang tidak reasonable mengikut takrif undang undang ) maka si pulan ini dikatakan telah membuat tindakan yang tidak reasonable .

Jadi apakah kesan dan kenapa Tuhan melarang kita melampaui batas ? Ia adalah untuk kebajikan hambanya sendiri dan juga hubungan manusia sesama mereka. Makan minum berlebihan mendatangkan penyakit.Kerja berlebihan pun serupa, Begitu juga tidur , bercakap , apa apa perbuatan lah tidak boleh melampaui batas.

Perhubungan manusia sesama manusia lah yang kerap terjadi perkara melampaui batasan . Misalnya ,
peparangan selalunya terjadi apabila dua pihak tidak berkompromi dan bersabar lalu salah satu atau kedua2nya mengambil langkah yang tidak seharusnya yang mencetuskan peperangan . Begitu juga hubungan suami isteri ...bak kata P Ramlee dalam sebuah lagu nya ....." sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri ..." mesti ada perselisihan kecil ...namun dalam tindak tanduk tidak boleh melampaui batas....si suami tidak boleh memukul isterinya hingga cedera ..si isteri pula tidak boleh menyakitkan hati suami dengan kata kata kesat ....sebab kata kata begini lah yg melampau .....tegur boleh kritik boleh tapi ada hadnya dan caranya......hah .."kesahlah  rumah tangga ada ada saja ...." kata lirik lagu p ramlee lagi......

begitu juga didalam sebuah negara demokrasi , walaupun "freedom of speech " memang di war war kan sebagai intisari kerajaan demokratik namun ada batasan yang digariskan tidak boleh kita pecahkan . Apalagi didalam negara majmuk berbilang kaum dna agama ..amat sensitif ...kita boleh mengkritik namun kena lah berpada pada...jangan sehingga menyakitkan orang lain dan menimbulkan huru hara. Bak kata pujangga Barat ..tentang kebebasan ( freedom ) ...." it is not freedom to be able to fly like a bird or swim like a whale ......" ( bukanlah kebebasan yang mutlak seperti burung atau paus ...sebab setinggi mana burung terbangpun akan turun kebumi jua ) .....begitu jugalah aktivis 2 yang mahukan kebebasan mutlak ala barat...bebas bercakap , mencarut , bebas memakai pakaian menjolok mata, bebas sehingga lelaki kawin sesama jenis , gay boleh jadi  paderi , dan banyak lagi keruntuhan akhlak ....mahu i perjuangan oleh aktivis 2 hak asasi manusia.....ada kalanya mereka ini melampau .

Akhir kata ....melampaui batas dalam apa saja perkara akan mendatangkan kesan yang negatif pada diri kita sendiri dan masyarakat amnya...

sekian .

p/s - jika ada ruang saya akan ceritakan kesah benar bagaimana pengalaman saya " melampaui batas " dan telah menerima hukuman nya.....untuk kita jadikan an renungan...

Thursday, July 21, 2011

Kak Ani - umur tiada halangan belajar belajar bahasa inggeris!

Di syarikat saya bekerja ada seorang pengawal wanita berumur lingkungan 50'an nama ringkasnya "kak ani" berasal dari sebuah kampung pedalaman di sabah, miskin tiada berpelajaran jauh sekali boleh berbahasa inggeris walau sepatahpun ,merupakan seorang ibu tunggal ..merantau jauh kesemenanjung mencari nafkah buat anak-anak . beliau adalah seorang "armed guard" ( jika yang tiada lesen digelar di syarikat kami sebagai "static guard" ) , punya lesen memikul senjata dalam pekerjaan nya menjaga keselamatan kami . Tidak banyak yang saya tahu pasal kak ani sebab dianya sangat pendiam dan malu malu .

Namun segalanya berubah apabila suatu hari beliau menegur saya . " encik , bolehkah encik membantu saya ajarkan saya bagaimana bertutur bahasa inggeris ? " terkejut lalu saya bertanya : " kenapa mahu belajar ..sedangkan sudah umur sebegini kak ani ? " saya ingat tentu dia main main saja ....terus katanya : " saya malulah encik bila pelanggan pelanggan dari luar negara terutamanya bertanya arah dalam bahasa inggeris dan saya tergamam tak tahu nak jawap ....ada yang menggelengkan kepala dan ada yang menepuk dahi ....tolong lah encik "

Walaupun saya bukan lah guru ..namun kira boleh lah dan pernah mengajar dulu dulu tusyen buat kanak kanak dari kelaurga miskin ditempat saya secara sukarela ...amat susah untuk menolak ..lagi pun kak ani pun sudah berumur ..tentu kurang motivasi untuk saya mengajar . namun teringat saya akan sedekah jariah yakni ilmu yang di ajar akan sampai juga pahala pada kita nanti pada " waktu yang kritikal " ( alam barzakh lah) ...dan apa lagi kak ani ini nampak beriya iya .jadi saya katakan " okay ..kak ani tapi dengan bersyarat jika setuju baru saya ajar ..."

" Syarat nya begini . Sanggupkah kak ani anggap saya sebagai mahaguru ..? bila saya ajar jgn melawan dan buat saja ...sebab saya sibuk ...saya boleh ajar kak ani  5 minit ..4 kali dalam sehari ..dan kak ani mesti lakukan dan pasang telinga ....tiada bayaran dikenakan ...? " kak ani mendengar terus menajwap gembira " sanggup encik bila kita nak mulakan ? "

" sekarang !!! dengan mahaguru tiada tangguh tangguh !!! " ( saya cuma gertak kak ani ...namun inilah cara saya dulu ..(jika kita suka bertangguh selalunya takkan terjadi pengalaman mengajar kita ) ..tersentak ..kak ani kata " sekarang ? " ..." betul jangan melawan cakap mahaguru seperti syarat nya "

" sekarang kak ani keluarkan rm15 ..." ( ini adalah ujian pertama mahu melihat kesanggupan nya ) ...terketar ketar kak ani menggaru kepala ...( tentu saya faham seorang pengawal bergaji rendah rm15 adalah besar pada mereka) " Ok lah begini kak ani ..adakah kak ani sanggup tak makan nasi bungkus untuk tengah hari selama 3 hari ? " " sanggup .." " ok itulah nilai rm15  saya pinta kak ani keluarkan ..."  kak ani pun keluarlah dalam kocek uniform nya rm15 ....." bagus ..sekarang pergi beli senjata kamu " ...terpinga pinga kak ani ..." bukan senjata senapang patah kamu ...tapi senjata utama nak belajar bahasa inggeris - kamus poket itulah senjata kamu " ..terus saya tuliskan nama edisi kamus poket BM-BI - dwi bahasa ..." pergi beli pada masa rehat makan nanti dikedai buku diseberang jalan " ......setakat ini saya pun tidak yakin kak ani akan membeli ....saya rasa munkin dia ni pun serupa dengan orang lain yang beriya beriya nak belajar tapi langkah pertama tidak diambil ....bertangguh tangguh lama lama tidak belajar. ..

Rupa rupa sangkaan saya melesit...dosa kering saya tadi ...setelah saya kembali selepas makan tengahari kak ani sudah berada ditempatnya dan terus menunjukkan kamus poket yg baru dibeli nya dengan bangga . Apa lagi ..saya pun tabik kepada nya ...." kak ani ..saya tabik kak ani ...inilah dikatakan " perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama " "  ( sila rujuk topik saya yang lalu .kata kata ini dihamburkan oleh penita china confucius ) ...." kak ani telah lakukan langkah pertama ...dan hari ni juga !!!"

dan seterusnya saya mengajar dia selama 5 minit ..4 kali sehari ( waktu kelaur makan , solat ,balik makan nak balik rumah setiap 5 minit )  .oleh kerana kesibukan dan tidak mahu gangguan pada kerja saya dan kak ani ....dengan menggunkan kaedah mengajar yang tidak konvensional bersesuaian dengan tahap pemahaman kak ani ....setelah sebulan ...saya dipindahkan kerja ke department lain dan tidak dapat mengajarnya hingga kehari ini ...namun kesannya adalah begini : kak ani sudah mula bertutur dengan staff staff lain dalam bahsa inggeris , dan pelanggan yang bertanya arah ....dan yang paling mengejutkan saya adalah saya lihat dia sudah membeli beberapa buah buku seperti  mari berbual dalam bahasa inggeris tanpa arahan "mahaguru' lagi....dan dia merekodkan perkataan 2 baharu yang setiap hari dlam buku rekod yang saya paksa dia lakukan ....apa lagi dari feedback rakan sekerja kak ani tidak lagi seorang pemalu dan pendiam ...dia kerap bertanya staff lain tentang makna , sebuatan dan lain lain dalam bahasa inggeris ..dan membaca suratkhabar bahasa inggeris.....ada lagi yang saya diberitahu ...ada pengawal pengawal yang jauh lebih muda yang tiak fasih ditunjuk ajar kak ani pula !!! semoga kak ani terus melonjakkan mutu bahasa inggerisnya lagi  ...pendekata tidak ada yang mustahil....jika kita mahu ..umur tiada halangan ..yang jadi halangan adalah diri kita sendiri ...jika kak ani yang daif dan miskin ini boleh mengapa yang lain tidak boleh ?

sekian....


footnote:

( untuk pengetahuan ...oleh kerana tiada masa dan tahap kak ani yang rendah ..saya telah menerapkan cuma 3 kaedah daripada 22 kaedah yang ajaib tak perlu kan kos apa apa ...semua orang boleh melonjakkan kemahiran secepat kilat berbahasa inggeris dari tahap zero ke tahap yang tinggi ...nantikan keluaran buku saya nanti mengenai kaedah kaedah ini ...mak cik pakcik boleh , penjual sayur boleh , pengurus bank boleh, pemidato boleh ...semua boleh belaka ) .

Sunday, July 17, 2011

Nikmat ada semasa tiada

Pepatah Arab yg berbunyi : " Nikmat ada adalah semasa tiada" ,ringkas namun punya hikmah yang sangat tepat lagi mendalam ...Bila difikirkan memang menjadi tabiat manusia akan mudah lupa apabila berada didalam status kesenangan tetapi apabila kesenangan itu tiada berganti pula dengan kedukaan  maka baru lah terasa akan nikmat kesenangan yg hilang itu .

Apa saja pun boleh kita jadikan contoh untuk meng -illustrasikan pepatah ini dari perkara yang besar hingga keperkara yg paling kecil dan tidak kira peringkat umur mahupun status dalam masyarakat .Contohnya yg terlintas dibenak fikiran adalah begini ...katakan si ahmad punyai jutaan ringgit , kereta besar , pangkat besar , terkenal seluruh negara dan acapkali keluar negara bercuti dan hidup dengan serba kemewahan namun dia mula  lupa dirinya , mula  rasa megah, riak  dan sombong , boros berbelanja dan lain lain ...orang yg memerlukan tiada  dibantu , zakat tidak dibelanjakan , sedekah tidak pernah , apa lagi  dia lupa pada hakikat bahawa apa yg  dikecapi nya adalah pemberian Ilahi .....maka dibuat cerita misalnya tiba tiba , sekonyong konyong musibah menimpa dirinya katakan syarikat dia melalui kesukaran , perniagaan merosot teruk dan akhirnya dia menghadapi risiko kebengkrapan  ...menyebabkan kini dia tidak boleh tidor , kawan kawan ( semasa senang ) nya  mula meminggirkan nya , masyarakat tidak lagi menghormatinya , bank mula hantar notis guaman hutang tak berbayar dan lain2.......ketika itu mungkin didalam benak hatinya ..alangkah bagusnya jika semasa aku meningkat maju aku lakukan kebaikan , kebajikan , zakat dan sedekah , tidak boros , berjimat , tidak bermegah megah menunjuk nunjuk kemewahan untuk santapan keegoan ku dan aku tidak lakukan maksiat aku jaga hal hal syarikat dengan baik ...tentu aku tidak berada didalam mode sekarang kini semuanya hilang duit hilang reputasi pun terbang ...ini adalah contoh yang ekstrim ...

Apa pula contoh yg sekecil nya pula . Pernah tak anda melalui keadaan dimana didalam poket cuma ada RM2 dan anda tidak cukup makan tengahari dan gaji akhir bulan seminggu lagi ? hah ...apa perasaan anda keitka itu ? tentu terukkan .....nak pinjam kawan segan , akhirnya terpaksa pinjam dari emak ...(ini selalu terjadi pada orang bujang yang tersasar bajet ...jawapnya tiap tiap hari makan mee segera atau berpuasa )  ..dan ketika duit anda dalam poket ada rm2 ...nak makan se bungkus nasi pun berharga rm5 ...anda mungkin akan rasa nikmat RM3 ...tiba tiba menjadi besar nilai nya tapi malangnya anda tidak ada .....namun selepas dapat saja gaji ...hah rm300 pun kecil semasa tu .....inilah dikatakan secara relatif  ( saya akan menulis tentang teori relativiti pada masa akan datang ...sebab banyak pengajaran dari teori ini ). Namun jika anda boleh teringat sewaktu keadaan gusar cuma aa rm2 dalam poket ..maka anda akan rasa bersyukur dengan erti kata yang bermakna...dan itulah satu detik kemenangan dalam peperangan dalaman .

Anda  pernah sakit gigi ? dimana sakit berdenyut denyut sampai naik ke kepala ...jangan cakap makan tidor pun tak boleh ..barulah kita tahu nikmatnya makan dan tidor tanpa apa apa sakit .....tetapi sebaik gigi tidak sakit seperti sekarang ...kita mula take for granted kesihatan gigi .......kita boleh beri beratus macan lagi tentang masaalah kesihatan ....apa bila tidak sihat atau dah dapat penyakit maka barulah kita rasa nikmatnya semasa kita sihat ....malah contoh terbaik tentang " Nikmat ada semasa tiada " adalah contoh apabila mode sihat jai sebaliknya ...elok juga sekali sekala kita pergi ziarah orang sakit....agar kita sentiasa beringat akan peri penting nya jaga kesihatan dan bersyukur sepanjang waktu ...tetapi pelik dan ironis juga kadang-kadang  apabila kita ziarah orang sakit kita bawa buah 2an sedangkan sipesakit nak buka mulut pun tak boleh ..contohnya terjadi pada saya sendiri apabila terlantar dalam hospital suatu ketika dulu sahabat yang perihatin datang melawat membawa buah-buahan sedangkan saya tak boleh makan apa apa selain daripada ubat hospital ! ketika itu baru saya tahu nikmat boleh makan ..!

Contoh yang lebih besar adalah keamanan dan kemakmuran negara kita . Ada rakyat  yang tidak peduli pasal keamanan yang kita kecapi sehingga kini . Ada yang sanggup menggadaikan keamanan dan harmoni diantara kaum dan agama  dengan bersekongkol dengan musuh musuh dalam selimut yang mahu menggugat keamanan negara atas nama demokrasi dan kebebasan . Bayangkan apabila kaum yang berbilang bangsa mula bersyak wasangkan dan bergaduh ...tentu semua akan rugi ..pelabur pelabur akan lari ...dan kita akan hilang pekerjaan sebab pelabur pelabur pentingkan keadaan aman didalam sebuah negara untuk terus melabur . Jika impak nya terlalu kuat hingga kerajaan tidak mampu membendung dengan efisien ia mampu menggugat ekonomi negara dan apa yang pasti berlaku apabila ekonomi kecundang ? rakyat akan menderita . keluarga tidak dapat menyediakan makanan untuk anak anak ( seperti di Mesir ketika ini ) . Dan kemungkinan tercetus rusuhan kaum seperti yang mahu dirancang oleh musuh atau dalang yang mahu melihat negara kita hancur. setelah itu berlaku maka baru kita menyesal . apa yang kita ada sekarang ...lihatlah apa yg kita ada sekarang akan hilang ....ketika itu baru kita akan tahu nikmat keamanan dan betapa penting nya kita harus bersatu padu . hal ini berlaku diseluruh dunia sejak manusia di jadikan ...konflik , peperangan , permusuhan akan berlaku . itulah yang dikatakan " history repeats itself " ( sejarah akan berulang) . jika kita tidak bertindak waras atau bersatu itulah yang akan berlaku .

Terdapat beribu ribu contoh jika kita nak berikan tentang " Nikmat ada ialah semasa tiada " lagi ..malah ia nya berlaku pada diri kita setiap masa .....Hadis hadis Nabi pun ada mengingatkan kita tentang apa yg kita lakukan semasa kita sihat , semasa muda  sebelum sakit dan tua dan sebelum ajal ....sebab manusia ini punyai tabiat semula jadi yang mudah lupa ..maka yang bijaksana dikalangan manusia adalah mereka yang sentiasa beringat dan bersyukur setiap saat pada Penciptanya. Ia memerlukan kita lakukan introspeksi diri sepanjang masa ...barulah kita akan bisa mengenali diri bahawa tiada daya upaya kita melainkan dengan rahmat Tuhan semesta alam.

Thursday, July 14, 2011

Nikmatnya kerja .....

Topik sebelum ini iaitu  " Cara menangani stress ditempat kerja " dengan  mengaplikasikan  " reverse psychology " ....ada kaitan dengan topik kali ini iaitu bagaimanakah yang  dikatakan  kerja itu adalah suatu nikmat  ....dan contoh contoh yang boleh saya kongsikan  dari sudut agama , philosophy, wisdom , budaya dan pengalaman sendiri ....anda mungkin akan dapat mengubah persepsi tentang kerja sedikit sebanyak selepas ini .

Rasullullah s.a.w sendiri kita tahu amat menitik beratkan ummah nya bekerja ...bekerja itu ibadah dan juga jihad ..malah Islam sendiri menganjurkan kita bekerja mencari habuan dunia seolah olah kita tidak akan mati selama lamanya ...sudah tentu diimbangi pula dengan beramal dengan hebatnya seolah olah kita akan mati esok hari ..Jika setiap ummat Islam mengaplikasikan ajaran ini sudah tentu kita sudah pegang dunia ini seperti zaman kegemilangan dulu . Tentu kita tahu mengikut sejarah , tamadun Islam yang cukup hebat terbina daripada  padang pasir yang kering kontang . Menurut ahli sejarah yang terkenal Prof Hamka dalam bukunya " Sejarah Umat Islam " ...orang arab Islam telah dapat menyuburkan padang pasir yang tandus dan apa saja yang kita lihat sekarang industri industri moden adalah tercetus daripada budaya Islam dahulu ...Mereka mencintai agama dengan tekun berkerja membina keperluan-keperluan ummah dari segi farhu kifayah yang makro .Secara mikronya, setiap orang Islam hendaklah bekerja ...untuk  mencari rezeki untuk diri dan keluarga . Itu adalah ibadah dan juga fisabillillah. Jika kita niatkan ikhlas kerana Allah sudah tentu nikmat berlipatganda akan melimpah .

Dari sudut philosophy banyak pandangan pandangan dan kata kata hikmah tentang pentingnya bekerja..Namun saya masih ingat suatu pandangan yang cukup memberi ketenangan tentang kerja .iaitu sebuah sajak berbentuk falsafah oleh Kahlil Gibran dalam bukunya bertajuk " The Prophet". Kononnya orang orang sebuah kampung yang dahagakan ilmu bertanya seorang guru tentang bermacam macam . Salah satunya adalah tentang kerja...Maka si guru ini dengan mudah mendefinisikan apa itu kerja dalam bentuk sajak yg cukup indah . ....dalam beberapa perenggan kata si guru itu ..apabila anda sedang bekerja...anda sebenarnya sedang memainkan nyanyian hati yang sungguh merdu dimana bekerja itu adalah kehendak alam .....maka maksudnya bergembiralah semasa anda bekerja....Jika saya sedang stress dengan kerja yang banyak misalnya...saya akan baca balik sajak ini ( dialih ke bahasa Inggeris dari Arab) ...terus hati rasa tenang ...dan seolah olah  merasakan yang saya sedang mennyanyikan sebuah lagu yang indah .....

Baru baru ini ..ada sebuah kenduri yang besar ..saya dan beberapa kawan dengan sukarela ditugaskan menjadi penanggah ..tukang basuh pinggan mangkuk dibelakang rumah . Ada yang kurang senang dengan tugas ini dan melakukan seperti rasa berat . Mungkin yang lain sedang seronok didepan dengan para jemputan dan makanan .Maka saya dengan berjenaka kata  kepada semua ...sambil kita basuh , bilas dan lap untuk keringkan pinggan mangkuk . " Mari kita dengar betul betul bunyi air , bunyi sudu , bunyi pinggan , bunyi talam, bunyi periuk kuali segala sedang berlaga  dan bunyi kercipan burung , ayam , kucing an lain lain ....sebenarnya seakan akan ada sebuah instrumental song kita dan alam sedang mainkan ...." Seterusnya semua ketawa ..dan ada yang kata " eh betullah" dan " kita tak sedar pun bunyi kercipan burung yang berlaian species sangat indah sebab kita "take nature for granted selama ini "" . Kami pun terus terhibur sambil fokus pada tugasan ..dan kerja yang "berat " ( leceh ...tak glamour lah kiranya ) menjadi seronok. Kalau anda tidak percaya anda boleh cuba....bukakan pancaindera anda ...Hal ini serupa pada kerja kerja kerja yang lain termasuk kerja dipejabat....anda anggaplah  bunyi kipas, bunyi airconditioning, bunyi printing, bunyi talipon berdering seperti irama muzik ....malah jika boss anda yang garang sedang menjerit ..cuba dalam hati anggap " ah dia ni sedang menyanyi cuma suara nya  sumbang !"

Jika anda peminat lagu blues ...tentu anda tahu bahawa genre lagu ini  asalnya tercipta oleh  orang kulit hitam di amerika yang hidup tersiksa bekerja diladang ladang orang kulit putih sebagai hamba abdi ...mereka menyanyi sambil  bekerja tanpa muzik ..meluahkan perasaan tertekan dan penyiksaan ada juga perasaan rindukan kampung dan sanak saudara dibenua afrika dimana mereka di rampas oleh penyangak imperialis orang kulit putih ketika itu . Sedikit sebanyak nyanyian sambil bekerja ini dapat meringankan perasaan jiwa mereka . Lama kelamaan ...terciptalah  muzik genre blues dan juga jazz hingga kehari ini .

Walaupun saya mencadangkan bahawa bekerja itu secara hakikatnya adalah suatu yang nikmat tidak bermakna kita kena buat kerja sampai tak balik rumah . Itu workhaloic namanya...itu dah jadi penyakit . Kita kena seronok bekerja tetapi kena juga kerja dengan bijak ( work hard an smart) .

Orang-orang Jepun mempunyai budaya bekerja yang positif sebagai sebuah bangsa. Bayangkan jika anda pulang rumah awal daripada jiran anda  isteri anda akan rasa kecewa dan malu . Kenapa ? Sebab orang orang Jepun sudah terlatih bekerja dengan sungguh sungguh dan punyai komitmen yang cukup tinggi  terhadap pekrjaan dan syarikat  yang mereka bekerja . Sebab itulah Jepun adalah negara Asia yang terkaya didunia punyai ekonomi yang kedua terbesar didunia selepas United States . ( Kini negara China pula dikatakan mengatasi Jepun untuk berada di spot kedua ) . Tentu kita sebagai rakyat Malaysia rasa teruja untuk melihat negara kita suatu hari nanti berada di ranking top 10 dunia . Tidak mustahil ..jika kita semua punyai sikap positif terhadap kerja.

-majufikir -

Wednesday, July 6, 2011

Hilangkan stress di tempat kerja dengan " reverse self-psychology"

Department  didalam organisasi dimana saya bekerja mencari rezeki adalah merupakan  diantara yang paling "stressful "dan "digeruni" rakan-rakan sepejabat . Apakan tidak ....dengan "volume" kerja yang tidak putus-putus sehingga sesak untuk bernafas , tiada masa untuk ambil "time-off" untuk minum di pantry  walaupun sebentar, dengan deringan talipon yang bertali arus daripada pelanggan -pelanggan dan boss-boss yang "demanding" , dengan " meeting-meeting" yang wajib dihadiri , dengan " objective-objective " yang mesti dicapai , dengan DOI ( departmental operating instructions ..dalam Jabatan Kerajaan dipanggil SOP ) yang ketat yang " non-negotiable" ( wajib tidak dapat tiada)  mesti diikuti , apalagi dengan list-list " audit dan operational risk requirements" yang membebankan dan sentiasa bermain dikepala samaada  Department kita lulus setiap 6 bulan  auditing . Jika tidak "masak " jawabnya . Itu belum diambil kira kerenah-kerenah staff lelaki dan perempuan dengan " headcount ' yang double-digit . Setiap hari ada saja " staff issue" yang harus ditangani ....resignation, training, masaalah cuti sakit, maternity , gaduh antara staff , kemurungan , soal morale mereka dan lain lain  hal  yang "crop up" secara mendadak ....

Pendekata , setiap hari adalah sebuah perjuangan ibarat berperang di medan perang yang tiada "ending" ( jika anda pernah menonton sebuah movie " the longest battle " ( dalam perang dunia kedua.) ...dan bila masa untuk pulang kerumah sudah tentu jauh lewat malam..tenaga mental sudah " drained out" , kepala berasap ( memang boleh nampak jika anda teliti betul betul) , perut yang lapar tidak ada selera lagi nak makan .....dan langkah akan jadi  longlai ....bila sampai rumah ...selepas mandi dan solat ...perkara " luxury " ( mewah) yang dinanti nantikan adalah tidur di alam " slumberland " ...itupun jika tiada apa apa halangan .....ia ibarat " charging the batteries" untuk berperang keesokan hari ....

Hah ...jika anda sekarang ada mengalami stress kerja seperti diatas bagaimana cara anda atasi nya ? adakah anda akan pergi jumpa boss minta ditukarkan , atau anda akan berhenti kerja , atau anda akan bermurung durja dan bila balik rumah akan marah sini marah sana ....dan  jika anda sudah berumah tangga tidak ceria didepan keluarga sebab asyik ingat bebanan kerja ? jika jawapan adalah "ya" maka elok juga saya kongsi kan cara saya mengatasi masaalah ini seperti yg dipinta oleh seorang "follower" dalam blog ini ....mungkin cara saya yakni dengan menggunakan " reverse psychology " terhadap diri sendiri tidak berkesan pada anda namun jika ia berkesan pada saya ....dimana " symptoms" sebelum adalah teruk dan selepas adalah "contrasting" ...lebih positive maka anda boleh memikirkan dan mencari cara cara yang lebih sesuai ....

Dibawah adalah beberapa contoh yang saya gunakan :-

a) mula mula saya "psyche" sikap terhadap kerja ....dimana dari kerja adalah amanah dan ibadah ...
b) setiap ringgit yang aku dapat ( gaji atau upah) mestilah halal ..yakni sebab aku betul betul kerja bukan main main atau lebih byk buang masa seperti bersembang atau buat kerja peribadi an bukan kerja utk syarikat ..maka pada  aku nilai ringgit yg aku dapat tinggi nilai nya dan lebih berkat walaupun gaji aku tidak lumayan .
c) maka aku " psyche" diri sendiri bahawa sebab aku berkeja utk cari makan maka aku mesti lah seronok bekerja ..jika kau suah rasa seronok bekrja maka tiada beban dalam fikiran dan hati .
d) setiap hari aku akan rindukan kerja ....jika hari isnin kerja aku akan bangun seperti harimau an rasa ceria " wah bestnya pagi ni nak pergi kerja ....jumpa rakan rakan sepejabat , pelanggan dan sebagainya
e) dalam kereta aku pasang lagu tamil ...mungkin anda tidak setuju dan rasa " weirdo" lah ..namun tidak mengapa ini cuma optional saja ...sebabnya pada  saya lagu tamil rancak dan ceria walaupun saya tak faham apa yang mereka nyanyi ....dan saya perlukan keceriaan pagi pagi ...jika saya pasang lagu yg liriknya "kecewa" atau frust atau jiwang jiwang ....masakan boleh rasa ceria....
f) dan bila tiba pejabat aku akan "greet " setiap orang ...baik yang berpangkat mahupun pekerja pekerja cuci dan pengawal keselamatan ...sebab mereka pun bekerja ....dan perlukan perhatian dan rasa dihormati ..tiaa bezanya
g) bila duduk saja aku akan berdoa ...( tak payah lah tunjuk dalam hati pun cukup ) ..agar hari ini Tuhan berkati dan agar permudahkan .dan panjatkan rasa bersyukur pada Tuhan sebab aku ada kerja yang baik
h) dan aku akan fokus pada kerja ...buat yg terbaik .....malah lagi baik dpd semalam ...aku akan fikirkan cara yg lebih baik utk mencapai objektif  kerja aku dan juga department demi syarikat aku jua
i) dan pabila aku mula kerja aku akan buat secepat mungkin tapi tidak membuat kesilapan ...
j) aku akan rasa wlaupun aku ni pekerja ...syarikat yang aku kerja seolah olah aku punyai saham rakan kongsi maka aku akan lakukan yang terbaik demi kemajuan syarikat aku
k) aku tidak akan cuma buat kerja yang diberi malah aku akan sentiasa cari jalan dan buat cadangan pada boss aku tentang cara cara untuk membuat kerja lebih efisien , untung lebih banyak , kos boleh turun . ....
l) dan pabila otak aku sentiasa berligar memikirkan dan jika aku dapat idea idea yg bernas maka aku akan kongsikan pada boss boss ...wlaaupun tidak dapat hadiah itu tidak jadi halangan sebab (j) di atas . lama kelamaan aku akan rasa seronok memebri cadangan .....
m) untuk mencari idea idea yg menbina aku akan berfikir dan merujuk buku buku atau bertanya orang lain .....( jika anda lakukan and sedang mengembangkan keupayaan anda sekali
n) aku akan menjaga relationship dgn staff dan boss boss ...agar smeua berjalan baik
o) jika boss meminta pertolongan kerja ayat yg typical dari aku ialah " no problem " ...bukankah semua boss suka dengar perkataan perkataan begini ..
p) jika anda sudah banyak kerja tapiu anda rasa boleh ambil kerja lain lagi ni ...cuba anda pergi cuba boss anda dan cakap " boss ada kerja lagi yang boss nak beri pada saya ? " ..jika ikut reaksi biasa ...tentu jika kerja kita banyak kita lagi nak minta boss kurangkan .....tetapi cuba anda " apply"  cara ini ...boss anda akan terperanjat ...dan mungkin terkejut dan akan dapati anda adalah seorang pekerja yg lain dari yg lain .....cubalah ..( tapi mestilah reasonable juga ..janganlah ambil semua kerja sampai tak balik rumah .itu penaykit workholic ....orang yang workholic tidak semestinya bekerja dgn "smart " ..tetapi anda mahu pikul
lagi kerja atau tanggung jawap sebab anda bekrja dgn cerdik ...
q) yang bagus ...anda boleh bincang dgn rakan rakan sepejabat ...cara mencapai objektif...dengan ini anda akan rasa seronok ....dan otak "creativiti' anda akan mula berjalan dengan lancar...

Diatas adalah cara psychological ....anda boleh fikirkan cara anda sendiri sebab setiap individu adalah lain dari yang lain ....

Pokoknya ..jika anda mula seronok pergi bekerja setiap hari ....masakan stress akan menyerang diri anda ?

sekian ....

Thursday, June 23, 2011

SIRI QUOTATION ON LIFE 1 : william shakespeare dan keretapi ...

Tentu anda pernah dengar ungkapan yg tersohor oleh William Shakespeare yg berbunyi : 
"All the world's a stage, and all the men and women merely players ......" ?
Ungkapan , kuotasi, definisi , kata-kata azimat, words of wisdom dan berbagai bagai bentuk yg mendefinisikan hakikat HIDUP oleh beribu ribu pendita, penyair, pemikir di seluruh dunia sejak zaman berzaman lagi  kebanyakannya sungguh membikin kita lebih memahami HIDUP dari segi sudut perspektif . Tiada yg tidak betul ....walupun ungkapan seperti : " hidup itu utk mati " ," hidup utk makan " ; " life is a series of problems and solutions" ; " dunia hanya pinjaman" ; " hidup penuh pancaroba dan nista" ( dari sudut pandangan negatif) ; " hidup adalah keindahan " ; " dunia ini hanya palsu ..manusia berpura " spt yg terdapat dlm sebuah lagu p ramlee ....semuanya ada benarnya ...

Pendekata , kata kata azimat tentang hidup ini jika dikumpulkan  dari seluruh dunia yg tercipta dari berbagai peradaban bangsa zaman berzaman tidak akan habis kerana manusia itu sendiri melihat hidup itu sangat unik lagi aneh .....apalagi bila terpaksa menerima hakikat hidup lawannya mati ...dan apalagi segala pancaroba dalam ini dunia .
Hampir semua kata kata ini boleh di terima pakai ...."makes sense" ....cuma ada yg diungkap dari pandangan yg  meluas ada pula yg dari sudut terbatas. Apapun ...terpulang pada yg mendengar bagaimana kita membuat "inference" dan interpretasi sendiri ...

Malah kita sendiri boleh mencari dan mencipta definisi tentang HIDUP ...bukan sekali ...malah berulang kali dan ia juga bisa berubah mengikut pengalaan dan ilmu didada . pabila kita bisa mendapat ilham ...maka kita pun boleh mencipta nya ....ianya tiada "copyright" ...siapa yg hidup herhak membuat infernsi sendiri ttg hidupnya dan kehidupan itu sendiri .

Jika kesempatan saya akan lampirkan dimasa akan datang kata kata pujangga dari nama nama besar seperti al imam ghazali, ptolemy , kong fu tze dan beratus ratus lagi .....

P/s - saya sangat suka akan  sebuah sajak oleh seorang penyair tanah air ( nama tidak ingat tidak terkenal ..terbaca dlm sebuah kirian dalam utusan malaysia agak lama dulu  ) ...lebih kurang maksud katanya ..." hidup ini ibarat kita berada dalam perut keretapi ....yg meluncur laju kesebuah destinasi yg jauh ...kita lihat pemandangan di tepi tingkap ...setiap pandangan akan berlalu dgn cepat ..dan ditinggalkan ..akan jadi kenangan ...namun kita tidak bisa berpatah kembali untuk mengulangi nya ......." lihat munkin penyair ini sedang dlm perjalanan ....dia termenung dan ilham muncul secara tiba tiba....hah perjalanan dalam keretapi pun boleh di jadikan analogi  utk berpungjangga tentang kehidupan ...alangkah hebat penyair ini ......

sekian ......




Tuesday, June 21, 2011

Warga emas yg ceria .....

Ingin aku kongsikan ...aku baru secara kebetulan berkenalan dgn seorg lelaki warga emas umur dlm linkungan 75 tahun...dari zahirnya beliau nampak spt umurnya namun air muka dan percakapan nya sungguh ceria ...tidak henti senyumanya  dan berkatakata  penuh keyakinan .

Apa yg menakjubkan beliau yg tinggal nun jauh di utara di alor setar kerap turun ke kuala lumpur ...atas urusan menimba ilmu agama yg ditmba nya yg katanya ibarat air perigi yg tidak akan kehabisan ....katanya jika kita sudah mengerti akan erti kehidupan yg hakiki maka perkara dalam hidup akan menjadi mudah ..lantas hidup akan jadi lagi menyeronokkan .....dan alangkah bertuahnya mendapat rezeki dari Tuhan akan kesihatan  yg baik hingga mampu kembara kesini sana

Lantaran itulah beliau tidak jemu jemu kembara ....berseorangan ...dan katanya sengaja beliau memilih menaiki keretapi malam agar beliau dpt tidor di atas tilam yg empok dlm gerabak ibarat dlm buaian pabila keretapi meluncur laju ke destinasi memecah  gelap malam . Dan pabila tiba kedestinasi di dini hari nanti beliau akan berasa segar bugar dan akan punyai byk masa utk penuhi rancangan rancangan yg di aturkan ....begitulah katanya sudah beratus ratus kali gamaknya .....lagipun katanya untuk warga emas kos tiket adalah lebih murah .

Apa yg menarik adalah pakcik ini bisa menjadi contoh ...jika kita punyai objektif dlm hidup yg terang ...dan kita dapat memahami erti kehidupan yg sebenar dan kita pula dapat mendisiplinkan diri utk merealisasikan nya dlm bentuk perbuatan harian maka segala nya akan menjadi mudah ......

Dan kecerian pakcik ini yg jelas terpampang ..diwajahnya ...tidak tahu erti jemu kembara ...utk menceduk ilmu Tuhan yg infiniti ....yg amat luas terbentang bisa menjadi contoh buat kita dan malah mereka yg seusianya yg ada juga yg seolah olah sudah menutup buku dan duduk termangu ...Apa kata jika kita tidak mampu punyai kudrat spt pak cik ini utk kembara , tentu saja kita mampu mmbuka lembaran buku buku ilmu utk dibaca ......?

Monday, June 13, 2011

Karnival Produk Inovasi Islam ..

Baru baru  ini saya ada melawat Karnival Produk Inovasi Islam yg berlangsung selama 4 hari di Masjid Negara ......sekali pandangan produk2 dan servis yg di pamerkan dan juga  utk dijualbeli  utk orang ramai  amatlah bagus kerana ia mampu mmberi ilham dan cetusan agar lebih byk lagi produk2 dan servis berlandaskan Islam oleh orang islam sendiri boleh di phenomenakan , Malah secara global jika karnival begini di naik tarafkan kearena antarabangsa ..yakni negara negara 2 islam dpt mempamerkan barangan dan perkhidmatan 2 mereka utk santapan orang orang islam sendiri khasnya pedagang2  maka kita mampu menjana "wealth creation " dikalangan negara 2 islam dan seterusnya mampu menjadi titik tolak kpd pembangunan ummah dari segi ekonomi..

Bagaimana perkara ini boleh di capai ?

Sudah tentu hal2 berkaitan halal dan kehendak dan tuntutan agama amat penting pada kita semua....sedangkan hampir 95% barangan yg orang2 islam "consume" adalah buatan  orang2 bukan Islam .....kita  tahu walaupun ada tanda2 halal pada kebyakna barang makanan misalnya masih lagi ada yg tidak mengikut piawaian Islam apa lagi setengah2nya masih menggunakan gelatin khinzir !

Seharusnya jika mengikut fahaman fardhu kifayah ...makanan org Islam hendaklah suci dan bersih dan halal ...seharusnya kitalah yg mengeluarkan , mengedarkan dan menjual kpd org islam sendiri ....dan bukannya bergantung sepenuhnya pada org 2 bukan Islam.....

Sekiranya kerjaan2 negara Islam sedar ttg hakikat ini dan mahu lakukan inisiatif dgn melakukan brainstroming bersama ...kita bisa menjana modal yg besar dgn mengumpulkan dana dari negara2 Islam semuanya dan lakukan R & D dgn lebih sistematik......

Misalnya produk inovasi Islam yakni Perbankan Islam yg dicetuskan negara kita kini menjadi produk antarabgsa dan diterima oleh dunia....maka kenapa pula kita tidak  boleh cetuskan penghasilan produk makanan Islam oelh orang Islam sendiri ....di Karnival tersebut memang ada makanan dan minuman oleh org Islam yg diimpot dan diedarkan namun ia nya sgt kecil dan tidak meluas....ini memerlukan political empowerment ......dan jika negara2 Islam dpt bekrjasama dan saling membantu utk santapan kita sendiri ...dgn kaedah " economic specialization in production " dan economies of scale " ..contohnya M'sia mengeluarkan hasil baja yg halal secara besar2an , Bangaladesh hasil padi besar2an , Pakistan dgn senjata 2 moden , Brunie dgn Mee Segera Islam , Indonesia dgn hasil ikan tin halal , Turki dgn tenunan pakaian Islam , dan  apa2 sajalah .....semuanya dgn besar2an ..maka secara aggregate nanti ....kita akan mengeluarkan dan memblei hasil barangan Islam dari negara Islam sendiri maka kita mmpu menggegar ekonomi dunia....

Ayuh .....apa lagi yg kita tunggu ...