Pages

Saturday, January 28, 2012

Siri Kejayaan 5 : Rakan sekolah ku kini punyai syarikat guaman sendiri

Baru-baru ini aku bertembung dengan seorang rakan sekolah setelah hampir dua dekad lebih tidak ketemui . Itu pun kira kebetulan ketika aku sedang asyik menghirup segelas teh tarik dan mengelamun seorang diri disebuah gerai mamak di wisma yakin , depan masjid india dikuala lumpur.

Aku tak sangka yang seorang dari ratusan pelanggan gerai mamak yang sedang menjamah roti canai disebelah aku ini Malik rupanya. mula -mula aku perasan ada iras-iras rupa kawan lama ..tapi tak ingat nama dan segan nak tegur...takut tersalah orang .namun aku terpandang yang jari tangan kanannya ada enam ...memang aku ingat ..dan pasti malik maliklah namanya ...terus aku menyapa dan beliau pun terkejut ...setelah bertukar-tukar cerita dan berita maklumlah dah lama tak jumpa , beliau mempelawaku ke pejabatnya di wisma yakin .oleh kerana aku tidak kesuntukan masa ketika itu aku pun setuju .

Setiba dipejabatnya tertera di pintu masuk " Malik and Co " ..ah ..dalam hatiku berbisik " Sejak bila malik ni jadi peguam dan dah ada syarikat guaman sendiri ? " Setahu aku beliau tidak lulus tingkatan 5 dan terus menghilang membawa nasib masing masing. Dan setahu aku malik ni pun bukan dari kalangan keluarga yang senang ..dia seorang pendiam dan tidak banyak cakap dalam kelas ....apa lagi beliau tidak fasih dalam bahasa inggeris.

Tapi Malik didepan aku kini amat berbeda sekali....tegap, segak ,yakin dan bercakap dalam bahasa inggeris menggunakan terma-terma undang dengan fasih sekali . Apakah yang telah berlaku pada nya ..lalu aku bertanya ..bagaimana beliau memilih lapangan ini dan berjaya kendalikan sebuah firma dengan menggajikan 6 orang peguam .

Cerita Malik ...setelah dia gagal dalam peperiksaan beliau tidak mahu belajar lagi amat kecewa katanya....dan untuk membantu keluarga beliau menjual buah-buahan dikaki lima...Setelah lama berniaga beliau ada terjumpa rakan lamanya Alphonse namanya , berketurnan india yang bekerja sebagai pembantu makmal disekolah kami dulu . Lama-lama mereka manjadi rapat dan mereka berkongsi berniaga buah-buahan . ( aku tak tahu banyak darihal Alphonse lagipun beliau berurusan dimahkamah ketika itu )

Malik bercerita lagi ..Alphonse memang bercita-cita menjadi seorang peguam namun tidak ada peluang dan wang ringgit untuk menyambung pelajaran . Lantas mereka bersetuju belajar kelas malam untuk menduduki balik peperiksaan ..dan mereka lulus .....setelah itu mereka ambil A level dan lulus lagi......setelah itu sama-sama ambil jurusan undang -undang kursus external london ..dan kedua-duanya lulus cemerlang dan kemudian bekerja sebagai peguam di firma guaman yang terkenal .

Setelah lama dalam bidang guaman dan tahu selok belok undang-undang dan mula dipercayai pelanggan -pelanggan ..kedua-dua malik dan alphonse mulai bercita-cita menubuhkan firma sendiri. dan akhirnya tercapailah cita-cita mereka.

Firma mereka makin membesar .mereka bertungkus lumus sama sama menjadikan Malik & Co maju dan akan jadi yang disegani suatu hari nanti.

Kata malik beliau dan alphonse bekerja sehingga 12 malam setiap hari dan kadang-kadang tidur depejabat untuk memastikan hal hal pelanggan berjalan lancar. Mereka tidak rasa tertekan malah keseronokan ...

Malangnya Malik dan Alphonse masih membujang ..oleh kerana fokus dan komitmen mereka untuk menaikkan perniagaan mereka .....tidak ada masa untuk berhibur atau main golf atau keluar negara walaupun wang lebih pada cukup .

Kini Malik and Co sudah maju , ada ramai pelanggan tetap ..dan dipercayai ...maka malik dengan senyuman lebar akui dia akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi akhirnya ..pilihan hati sudah ada .

Syukurlah moga moga malik teruskan perjuangan nya menjadikan Malik and Co sebuah firma guaman gergasi ...dan beliau tak perlu tidur dipejabat lagi

Bila aku tinggalkan pejabatnya dan berjanji aksn datang lagi ...aku geleng dalam hati sambil memujiNya ...akan kebesaran Tuhan bisa merubah nasib hambanya yang mahu berusaha untuk berubah ...

Tuesday, January 24, 2012

Siri Kesah Kejayaan 4 : Tapak kaki ayah berjasa pada Dato Rahim

Kenalan ku yang bergelar dato rahim ..kini seorang ahli niaga yang berjaya hasil titik peluh dan penat lelah beliau mamahat nama dalam bidang binaan. Asalnya seorang nelayan di sebuah pulau terpencil dinegeri johor .

Ceritanya lagi mengenangkan zaman kecil dan remaja beliau sering mengikuti ayahnya kelaut menangkap ikan ...kadang kadang 3 - 4 hari ditengah lautan demi mencari rezeki buat keluarga yg serba serbi dalam kemiskinan.

Namun hatinya tabah ..setabah ayahnya ...tidak tahu erti takut atau erti kalah atau erti buang masa ...tangkapan bukannya lumayan namun ketika itu sudah cukup untuk kais pagi makan pagi kais petang makan petang maklumlah zaman pra- Dasar Ekonomi Baru - orang orang Melayu belum lagi terjun dalam arena pembangunan dan pendidikan pesat.

Beliau masih ingat bagaimana ayahnya sering tidak berbaju , kulitnya dibakar mentari dan tidak pernah memakai sepatu semasa berada diatas perahu . Ayahnya pakar menyelam untuk mendengar bunyi ikan sekali gus dapat membaca jenis ikan apa dan dapat memastikan samaada banyak kedapatan ikan di sesuatu kawasan sebelum melabuhkan pukat dan jala.

Dalam membantu ayahnya dilautan beliau ditugaskan memasak nasi dan lauk ...sebab itulah rahim sehingga kini walaupun punyai anak yang ramai suka memasak buat keluarganya.Beliau tidak segan silu sering ke pasar membeli ikan ..katanya sebab beliau lebih mahir mengenali jenis2 ikan daripada isterinya.

Menurut dato rahim lagi ..ayahnya dalam diam mengumpul wang untuk membantunya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ..agar anak anaknya tidak mengikut jejak nya sebagai nelayan miskin .

Hasilnya rahim berjaya sebagai seorang jurutera. setelah puas bekerja dengan gaji yang lumayan beliau menceburi bidang perniangaan sebagai kontraktor binaan. Jatuh bangun untung rugi sudah di alaminya..berkat kesabaran dan kecekalan yang terbit daripada pengalaman diatas perahu dan tunjuk ajar ayahnya beliau akhrnya berjaya .

Namun beliau tidak mudah lupa jasa ayah dan ibu ..beliau membantu menyara adik adik sehingga semuanya berjaya dalam bidang masing masing . Tidak ada sombong dan bongkak dalam hati dato rahim. malah sepanjang perkenalan beliau tidak pernah mahu di sanjung sanjung..katanya samaada dato atau tan sri ..semuanya sama...di sisi Tuhan...Jika dilihat pada zahirnya beliau seperti orang biasa ..tidak nampak kaya dan tidak riak bila berkata kata. Kereta dan rumah nya pun sederhana ..katanya apa perlu tunjukkan kemewahan ..demi pujian orang ?

Ayahnya pulang kerahmatullah 3 tahun yang lalu akibat sakit tua ...dalam nada sedu ..rahim menceritakan lagi disaat detik akhir ayahnya ada memanggil nya memintanya mengurut kakinya ...

Kata rahim pabila beliau mengurut kaki ayahnya ..pertama kali beliau melihat tapak kaki ayahnya..dan alangkah terperanjat dan hiba hatinya apabila beliau pegang tapak kaki ayah yang sungguh tebal dan keras . Sambil beliau menangis didepan adik adik dan keluarga beliau ungkapkan " inilah tapak kaki yang berjasa pada kita semua selama ini !!!"

Pendek kata ...tapak kaki ayahnya kini menjadi pedoman buatnya dalam hidupnya dimana kadang kadang kita tidak pernah mahu ambil tahu tentang kesengsaraan ibu dan bapa membesarkan kita ..berkorban untuk kejayaan kita ....namun mereka tidak mengeluh atau tidak mahukan apa-apa daripada kita baik harta mahupun wang ringgit . ..cukup sekadar kita datang menziarahi mereka dan berikan pelukan dan urutan kasih sayang ..itu lebih bermakna.

Saturday, December 24, 2011

Siri Kejayaan 3 : Pak Bakar berhati mulia pada ibu yang memisahkannya

Ini adalah kisah Pak Bakar yang aku kenali . Beliau adalah tokoh perniagaan yang dihormati dan berjaya. Berumur dalam lingkungan 40'an . Punyai seorang isteri yang taat dan rajin beribadah dan sentiasa membantunya ketika jatuh dan bangunnya ...dan dikurniakan seramai 7 orang anak yang kesemuanya pandai pandai belaka ...ada yang sudah bekerja dengan gaji yang lumayan , ada yang sedang mengikuti kursus kedoktoran , ada yang masih dibangku sekolah. Yang pasti kesemua anak anak ini baik baik belaka dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka ...dan membantu mereka menjalankan perniagaan . Ahhhh .....apa lagi yang mahu diidamkan ...Pak Bakar sentiasa senyum dan keceriaan sentiasa terpancar di muka nya. Kata-kata kesyukuran pada Ilahi tidak pernah lekang dibibirnya bila berbicara.

Namun disebalik kejayaan ini ....ada pengalaman getir yang dilaluinya. Dikongsikan pada penulis dengan nada sayu .......apabila dilahirkan ...dan masih kecil lagi ...ibu dan bapa nya ditakdirkan bercerai. Masing-masing ikuti haluan masing. Namun bayi kecil ini tidak dibawa bersama.Tiidak deceritakan kenapa .

Lantas , neneknya lah yang menjaga Pak Bakar ..disekolahkannya ...dan disiramkannya dengan kasih sayang . Entah kenapa , kedua-dua ibu bapanya tidak datang menjenguk nya jauh sekali bermesra layak ibu bapa dan anak. Oleh kerana nenek yang menjaganya ...dan cuma nenek saja yang Pak Bakar kenali dan dipanggil ibu ...sehinggalah ketika dia mencapai belasan tahun baru kedua ibu dan bapa kandungnya - yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing - datang menziarahinya. Kata Pak Bakar dia terima hakikat itu dengan sayu namun apa boleh dikatakan . Sudah tersirat . Hatinya cuma menyayangi neneknya yang dianggap ibu nya.

Kemiskinan tegar nenek tidak menjadi halangan buat nya membesarkan Pak Bakar. Dengan peluh keringat membanting tulang menoreh getah dia menyekolahkan bakar sehinnga ke universiti dan mencapai kejayaan. Pak Bakar ingat lagi dia juga turut membantu menoreh dan melakukan apa saja untuk mencari rezeki . Oleh kerana secara tak langsung Pak Bakar punyai pengalaman dan kepandaian ..seperti memasak , menjahit , bertukang dan lain lain ..

Hal ini membuat Pak Bakar cekal . Memang tepatlah apa orang kata jika kita pernah lalui zaman susah dan perit ia bisa menjadi benteng buat kita harungi masa masa getir yang mendatang. Dan jika kita tidak pernah rasai susah , mungkin kita akan menggelabar pabila diuji dengan permasaalahan kelak.


Setelah bekerja sebagai pegawai di sebuah badan kerajaan , Pak Bakar menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Perniagaan nya maju dibantu oleh isteri ..namun kegawatan !998 ekonomi global ketika itu menjatuhkan nya dengan teruk sekali .


Namun oleh kerana terdidik dengan kepayahan semasa kecil ..beliau cekal ..dan menyusun semula perniagaan . Dan hasil kesabaran dan kerajinannya ...sehingga kini perniagaannya berkembang pesat .

Pak Bakar dalam sibuk menjalankan perniagaannya ...selang 2 minggu akan pulang kekampung menemui neneknya yang walaupun sudah menjangkau 80'an masih tegap dan sihat. Jika tidak pulang Pak Bakar akan tidak lelap matanya ..Akan dirindui neneknya ..dia tidak lekang daripada bertanya khabar dan memastikan segala keperluan neneknya terurus.

Walaupun kata Pak Bakar dia tidak dapat untuk memujuk hatinya untuk menyemai perasaan sayang pada ibubapanya oleh kerana perjalanan waktu yang terpisah yang panjang dan perasaan itu sudah tersemai pada neneknya , bila pulang kekampung beliau akan melawat ibu ( bapanya sudah lama pulang kerahmatullah) . Tiada perasaan dendam atau amarah pun ada dalam hatinya.


Baru baru ini, Pak Bakar menceritakan bahawa ibu kandungnya jatuh sakit yang kronik dikampung.Tidak boleh bangun . Anak anak ibunya tiada siapa yang mahu menjaganya ...cuma seperti batuk ditangga sahaja.


Tiada apa lagi yang bermain dihati Pak Bakar selain tanggungjawapnya pada ibu nya . Beliau sanggup bawa ibunya ke kuala lumpur dan bela nya dirumahnya. Akan di gajikan seorang pembantu menyelenggarakan ibunya ketika dia kepejabat. Begitu jua isterinya turut menyokong niat suci suaminya

Pendekata, Pak Bakar tidak perlu berfikir panjang ..katanya ibu tiada duanya. Kasihnya ibu membawa kesyurga. Walaupun pernah dipisahkan begitu lama , dia tiada dendam dan marah .....malah padanya ...tanggungjawap itu lebih besar dan sekiranya manusia tahu akan kelebihan menjaga ibu dan bapa semasa tua dan sakit mereka sudah tentu mereka akan berebut untuk menjaga mereka...

Moral cerita Pak Bakar boleh kita simpulkan bahawa ...kemiskinan bukan penghalang buat kita berusaha mencapai kejayaan . Dan apabila berjaya jangan lupa kan tanggungjawap pada kedua dua ibu bapa. ...dan semaikan lah rasa kasih dan kemaafan ...dan hindarkan perasaan dendam dan marah...kita pasti akan lagi berasa tenang dan bertambah senang....

Sunday, October 23, 2011

Siri Kejayaan 2 : Nelson Boo dari kuli keow teow jadi top salesman

Kesah benar siri kejayaan yang aku paparkan bukanlah tentang orang orang yang kaya raya seperti Bill Gates atau Ananda Kumar yang mereka pun tidak kenal aku . Semua orang sudah tahu betapa kaya nya mereka.

Kesah yang aku kongsikan adalah mengenai manusia-manusia yang aku kenali dengan rapat yang aku boleh jadikan contoh. Mereka tidaklah kaya raya . Cukup dengan perbedaan latar belakang mereka yang dulu susah dan miskin kini melonjak dalam hidup dan selesa .

Jika siri pertama mengenai kesah Nathan , kali aku ceritakan kesah Nelson Boo . Kawan aku keturunana Tionghua.

Semasa aku kenal dengan beliau , beliau ketika itu beru melonjak naik . Sudah pakai kereta Mercedez baru . Oleh kerana kami sama-sama berniaga walaupun dalam bidang berbeda , namun oleh kerana keserasian kami sering makan sarapan atau tengahari bersama apabila ada masa lapang.

Suatu hari , beliau mengajak ku makan tenghari di Subang Jaya . Naik kereta nya lah. Sedang kami dalam perjalanan kerestoran , talipon mobilnya berdering. Dia cakap dalam bahasa Kantonis. Lalu katanya " Gua minta izin bolehkah kita pergi hantar barang kesungai buloh sebab pelanggan gua baru call mintak gua hantar barang dengan segera " . Aku kata boleh sebab aku pun tidak ada hal penting selepas itu.

Terus Neslon Boo memandu laju kesungai buloh .Rupa-rupanya sebuah kedai komputer . Tauke tersebut harus jual kepada pelanggan nya yang akan datang dan beliau kehabisan stok. Nelson adalah salesman syarikat besar pembekal alat-alat komputer . Kedai komputer ini merupakan salah satu daripada berpuluh puluh outlet yang menjual alat-alat komputer yang di bekalkan syarikat Nelson Boo bekerja.Padahal yang dipinta cuma sebuah alat yang harga nya cuma rm60.

Aku cuba mengorek pandangan nya : " Kenapa lu kecil punya barang pun mahu hantar ke , jauh ma , duit minyak dan duit tol pun tak lepas ma" . Terus jawapnya : " Itu tarak hal punya , customer punya hal mesti datang dulu baru diaorang akan suka sama kita . Lain kali dia mesti ingat kita bila mahu barang. Servis ada bagus " Aku angguk tanda setuju .Satu pengajaran yang bagus . Sikap inilah yang membuat Nelson jadi salesman yang top sekali .

Selepas hantar barang kami pun makan. Sambil berborak , aku tanya dia : " Last time ah you study in which college ? " kami sering bercakap alam Bahasa melayu atau Inggeris . Oleh kerana Nelson ini tidak fasih dalam Bahsa Inggeris dia main hentam saja bercakap tak kira grammar betul atau tidak , aku pun bertutur ikut cara nya .

" Haiya , myself where go to university one. Up to form three only ma ..father don;t have money ma " ( ini bukan bahasa inggeris Oxford tapi peduli apa janji Nelson bercakap .ia tidak malu . Jika dulu langsung tak boleh .

Cerita Nelson lagi. Dia mula cari kerja untuk menampung kehidupan ...Lama lama dia jadi "kuli" di restoran Cina. Kerja basuh pinggan dan kerja kerja dapur. Oleh kerana BI dan BM pun teruk apalagi tidak ada kelulusan hidup nya payah . Akhirnya dia belajar memasak . Dan terus jadi tukang masak restoran Cina tersebut . Dia handal memasak keow teow goreng katanya. Lama juga dia bekerja disitu hingga kahwin . Walaubagiamanapun upah nya cuma rm800 sebulan . Tak cukup untuk lebih lebih melainkan cukup makan diri sendiri , isteri dan seorang anak yang baru lahir. Kereta tidak mampu cuma pakai motorsikal.

Suatu hari kawannya seorang salesman datang melawat nya . Lalu beliau menghasut Nelson ..." Buat apa lu kerja jadi ku li ...gaji kecik ..lu ikut seperti gua ...kereta ada ..ada style lo "

Puas dia hasut Nelson ..lama-lama Nelson terpengaruh dan letak jawatan ..ikut kawannya jadi saleeman . Isteri marah padanya : " Lu mana boleh lu tak pandai cakap BI , Melayu pun gagap , macamana nak jadi salesman " Apa nak buat beliau sudah letak jawatan .

Maka jadilah Nelson Boo seorang saleman . Betul kata isterinya ...dia tidak mampu,dia gugup dan hilang kepercayaan diri . Oleh kerana sebagai salesman tiada gaji , Nelson tidak dapat apa apa tiap tiap bulan sebab jualan nya kosong. Balik rumah kena maki dengan isteri .Duit susu anak tidak ada . Isterinya suri rumah.

Kata Nelson lagi ..beliau menangis sendirian. Rasa nak cabut lari .Tapi mengenangkan anak yang kecil beliau harus bekerja keras. Selama tiga bulan kata Nelson tidak ada duit !

Masuk bula ke empat, beliau kata jika begini tidak boleh ...Beliau kaji apa yang mmbuat org lain boleh dan dia tidak boleh ? Terus dia dapat jawapan . Yang lain boleh cakap BI dan BM serentak. Jadi aku mesti belajar .

Yang kedua , aku tidak ada target. Maka aku kena ada target setiap hari berapa banyak duit aku mesti bawak balik rumah setiap hari . Jika tidak dapat dia tidak akan balik rumah.

Lama kelamaan , beliau berubah .Dah pandai cakap BI dan BM .Dan sudah belajar seni atau teknik jualan .Tak sampai setahun nama beliau melonjak naik dalam carta Top Performer syarikat . Dan boss pun beri kepercayaan padanya kembangkan sayap nya ke negeri negeri lain.

Nelson Boo tidak lepaskan peluang . Komisyen dan bonus yang diraihnya mencecah rm40 sebulan ketika itu .

Kata Nelson lagi , kini isterinya tidak berleter lagi ...rumah sudah cukup kelengkapan , anak pun lebih selesa . Nelson pun senang hati kini. Jelas terpancar kepuasan dan rasa berterima kasih di raut wajahnya . Jika dulu beliua menangis ...berkat ketabahan dia dan isteri menempuh saat saat kesukaran dan beliau berhempas pulas mencari jawapan kenapa dia mula mula gagal dan akhirnya terjawap ..kini Nelson Boo megah disamping Merceeznya .

Sekian ..

Monday, September 19, 2011

Siri Kisah Kejayaan 1 : Nathan dan besi buruk

Baru-baru ini ,aku terserempak dengan seorang kawan sekolah ku yang sudah berpuluh tahun tidak ku temui ketika kami berurusan di sebuah bank .Aku tidak cam mukanya walaupun sekali pandang seperti pernah nampak . Tapi apabila beliau mula menegurku : " Excuse me sir , are you mr so and so from the so and so school ? " . Lalu aku jawap : " Yes, i am ...but you are ? i'm so sorry i can't remember " . Terus dia menjawap : " i'm nathan lah ...mr so and so ...tingkatan 3 G ...you were in different class ..the cream of the school and you were so popular dulu a top performer " Pujinya se seakan menyindir pun ada .

Ah ..baru aku ingat si Nathan ini ...setahu aku dia ni tidak lulus periksa ..memang aku jangka pun sebab disekolah dia memang lembab dan dalam kategori murid yang pasti gagal . Dia berasal dari keluarga miskin ibu bapa bekerja disebuah estet. Aku ingat lagi Nathan ni dulu kurus kering ,sentiasa berpakaian selekeh , rambut tidak bersikat dan selalu ponteng kelas . Mukanya memang muka tidak yakin diri dan dia selalu menyindiri tidak bergaul dengan orang lain .Namun perwatakan nya memang orang baik .Aku tidak rapat dengan nya tapi memang kenal sedikit sebanyak tentang dirinya

Ketika aku terserempak dengan beliau disebuah bank tempuh hari , dia berbaju kemas dan segak dan nampak seperti orang yang berjaya dan bertutur pun seperti orang yang terpelajar. Lantas aku tanya dia selepas tingkatan 3 mana dia pergi sebab dia tidak sambung belajar . Kata nya dia memang gagal peperiksaan ..tapi apa yang menyebabkan dia gagal adalah kerana kemiskinan tegar kelauarganya.

Dia menceritakan lagi ...sejak sekolah rendah lagi dia sudah mula bekerja sambilan untuk menampung keluarga nya yang miskin. Selepas habis sekolah dia akan ikut pakciknya mencari besi buruk . Dia akan ikut lori kecil pakciknya dan angkut besi buruk dari kilang kilang atau longgakan sampah untuk dijual pada kilang kilang besi . Katanya upahnya sedikit tapi kerja sampai teruk tapi apakan daya demi hendak membantu ibubapa mencari sesuap nasi . Sebab itu katanya dia tidak kecewa sebab gagal dan tidak sambung pelajaran ketingkatan 4 sebab dia boleh lakukan kerja manual ini sepanjang hari untuk mendapat upah yang lebih .

Terus aku menempelak : " But look at you now ...totally different ...what did happen and what on earth are you doing now that you look so out of this world ?!! "

" Tunggu dulu ...nanti saya cerita lagi " kata Nathan padaku yang tak sabar nak tahu seperti aku tak percaya melihat dia berbeda sekali .

" Selepas tamat tingkatan 3 , aku terus buat kerja seperti dulu ikut pakcik aku naik lori cari besi buruk ..hujan dan panas tak kira...selama 9 tahun .Memang upah pakcik aku bagi kecik sekali ...tak cukup untuk makan sekeluarga ......."

" Tapi suatu hari setelah 9 tahun aku ingat lagi semasa termenung diatas lori ...dengan debu , panas dan hujan ..tangan jadi kasar ....tiba tiba datang ilham dibenak fikiran aku "
Katanya lagi .

" Hah , ilham apa tu ? "

" Tiba tiba ...hati ku berkata ...aku lihat pakcik aku bertambah kaya ..tapi upah aku tetap sama kecik aku kerja macam nak mati untuk dia tapi upah tidak memadai sama sekali ...dia cekik darah aku "

" kalau aku protes takut dia marah dan komplen kat bapa aku ( adik pakciknya ) . dan jika aku berhenti mak bapak aku lagi susah ..sebab mereka berharap pada aku "

" Timbul idea ...pakcik aku pun serupa juga macam aku tidak berpelajaran dan dulu pun miskin tapi apa yang boleh buat dia senang sekarang ...jika pakcik aku boleh maka aku pun boleh . Jadi aku kena kaji bisnes yang dia buat ini ..."

" Dalam diam aku selidik cara cara dia kendalikan perniagaan ini ...apa yang perlu ada ...dan berapa modal ...rupa rupanya modal tak banyak janji kenal contact di kilang kilang yang nak buang sisa logam seperti besi, aluminium, tembaga, wayar, plastik , kotak pun boleh apa saja lah yang boleh dikitar semula maka itulah peluang .....kemudian aku boleh cari pekerja pekerja sambilan yang nak upah ..dan aku sewa lori ....bila ada benda nak angkut dikilang kilang aku akan cepat cepat rebut ...."

" Dalam diam ...aku terus lakukan ...pakcik aku tak tahu ....tapi setelah 6 bulan aku sudah ada pelanggan tetap ...dan modal aku sudah cukup ....sejak itu aku tidak toleh belakang...aku buat bisnes aku sendiri "

" Nathan aku tak percaya ..jual besi buruk boleh berjaya...boleh kau tunjuk kat aku ..? aku nak tengok pejabat engkau dan cara kau buat bisnes ini " ...nathan menyahut cabaran aku ....

kami aturkan pertemuan seminggu kemudian ...ia sperti lawatan sambil belajar.....aku dibawa melihat pejabat urusannya , kakitangannya dan beliau buat briefing tentang contact diluar negara seperti papua new geuniea , new zealand , indonesia dll .Katanya dia kerap keluar negara atas urusan bisnes. Pejabatnya lengkap dengan kelengkapan komunikasi moden ....Petang aku dibawa melawat kilang pembeli besi buruk di sungai besi , melihat cara cara jenis jenis logam di asingkan dan di gredkan dan dikompakkan untuk jualan pada pembeli ....dan beramah mesra dengan pengurus kilang.....setelah selesai nathan mengajakku makan nasi kari kepala ikan ....

Oh ya kereta nya ....Honda baru ...memang ada kelas ...Beliau tinggal di bangsar sebuah bangalow besar bersama isteri sayangnya belum ada anak lagi . Dia sudah pun mencapai taraf jutawan ....bayangkan dari budak kurus kering balik sekolah kutip besi buruk boleh jadi jutawan !!!

Terus aku tabik padanya....dan ucapkan tahniah dan syabas ...katanya itulah kekuatan ilham yang didapati ketika berpanas berhujan diatas lori dulu ..

Fikir fikirkanlah moga kita dapat iktibar dpd kesah benar nathan dan besi buruk .......

Sunday, September 18, 2011

Jadikan Kuala Lumpur hub fesyen pakaian orang orang Islam

Jika kita bersiar siar  di  Bukit Bintang yang lebih terkenal sebagai pusat beli belah yang ternama di ibukota , kita akan dapati ramai pelancung-orang Arab termasuk wanita dan kanak-kanak sibuk membeli belah atau menjamu selera atau . Malah terdapat juga beberapa restoran Arab yang kini tumbuh macam candawan yang sentiasa penuh .

Mereka memilih negara kita untuk bercuti salah satu sebab adalah oleh kerana negara kita terkenal sebagai negara Islam yang progresif dan merupakan "halal hub " yang diiktiraf oleh dunia Islam . Timbul pertanyaan jika begitu kenapa kita tidak jadikan Malaysia sebagai hub pakaian Islam ? Kita harus menggunakan "lateral thinking" untuk mencipta peluang dan ruang untuk bukan saja mengeluarkan pakaian pakaian orang Islam malah menaikkan satu taraf lagi yakni menjadikan pakaian-pakaian orang orang Islam serba dinamik .

Misalnya kita sedia maklum wanita wanita Islam pun suka pakaian yang cantik , pakaian untuk kepejabat , pakaian bersukan , ke majlis majlis , kepasar dll ....tetapi oleh kerana kriteria yang sesuai untuk wanita Islam sangat terhad dipasaran dan tidak ada penciptaan yang sentiasa berubah ...maka kita terpaksa membeli dan memakai apa yang ada di pasaran . Seharusnya kitalah yang mengeluarkan , mencipta, mengedar pakaian kita ....agar ia sesuai dengan kehendak agama dan yang pasti jika ini berlaku sekali gus kita boleh menjana pekerjaan dan pendapatan  ummah .

Tentu anda pernah mendengar ungkapan kota romantik Paris disebut sebagai   "the mecca of fashion " (selain dariapda "  shopping haven " )  ....oleh kerana Paris menjadi tumpuan pereka-pereka dan peminat fesyen antarabangsa selain daripada menjadi pusat jual beli barangan pakaian yang ternama , berkualiti tinggi dan menarik .

Malah Paris berjaya menambat hati pelancung pelancung asing yang fashion-conscious , juga model-model terkenal untuk menggayakan fesyen terkini .Sudah pasti media-media fesyen yang berpengaruh berkerumun dibandar ini ....Ia menjadikan Paris sebagai  " must see " bagi pelancung pelancung yang ingin melancung ke Eropah . Lantas dunia fesyen ini mampu menjana pendapatan yang  tinggi buat negara Perancis oleh kerana "spin-off effects " ( seperti perhotelan, pekerjaan , pengangkutan , dll) yang tercetus dari industri fesyen ini


Pada pendapat penulis ..Malaysia mampu melakukan sesuatu ..yakni menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah hub ...fesyen pakain orang Islam ...terutamanya pakaian muslimah ....apa yg ada sekarang fesyen 2 tidak berkembang ...cuma sekadar  bila ada musim perayaan . Kenapa tidak kita kumpulkan pereka2 fesyen orang 2 Islam ...di suatu tempat di kuala lumpur ?  Agar pelancung pelancung terutama dari Asia Barat akan berkunjung ke tempat ini untuk membeli pakaian pakaian orang orang islam yang cantik, berkualiti dan ber fesyen

Satu cadangan ialah dengan menubuhkan sebuah agensi pakaian islam ....yg merupakan 'think-tank' untuk mempercepatkan pertumbuhan industri fesyen pakaian org islam . Kita tubuhkan pusat yang besar dimana terdapat pereka pereka fesyen orang orang Islam dari seluruh dunia boleh datang mencipta fesyen fesyen yang baru . Dibawah bumbung ini juga kita adakan outlet outlet retail seperti butik ..agar produk produk ini senang dibeli .

Pereka pereka fesyen ini boleh mencipta sebarang jenis pakaian dan pelbagai aksesori yang sesuai untuk orang orang Islam termasuk lelaki dan kanak kanak.

Seorang wanita muslim yang mahu bersenam malang nya tidak ada pakaian yang sesuai ...mereka terpaksa memakai tudung yang sama mereka ke pejabat . Hal ini tidak sesuai ...namun tiada siapa pun yg pernah mereka fesyen yang sesuai yang berfungsi , berkualiti dan nampak canggih . Begitu juga pakaian untuk ke pasar, berenang, berkelah , berkebun dan lain lain ...tiada pakaian yang khusus yang penah tercipta.

Jika kita dapat laksanakan perkara ini dengan cepat dan tersusun ...penulis yakin Malaysia akan jadi " the fashion centre atau hub " buat orang orang Islam dan dengan itu kita boleh menjana ekonomi ummah sendiri .dan kita akan lihat pelancung pelancung Islam dari seluruh dunia akan memilih negara kita untuk melancung , belajar dan berniaga ...Dengan itu kita akan boleh  bersaing dengan kota kota fesyen ( bukan Islam ) yang handal didunia.sambil menunaikan tanggung jawab kita bahawa pakaian dan makanan biarkan lah kita yang keluarkan sendiri .

sekian .....

Friday, August 26, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang !

Hari ulangtahun  Kemerdekaan negara kita yang tercinta akan muncul tidak lama lagi ....Oleh kerana tanggal 31 hb Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri  tahun ini , kerajaan telah  menunda upacara sambutan nya ke bulan September  .Tepat dan bijak keputusan ini oleh kerana Hari Kemerdekaan adalah sangat penting untuk diraikan juga.

Masakan tidak sejak merdeka negara kita telah mencapai berbagai kejayaan dengan pembangunan yang pesat dan keharmoniam hidup rakyat berbilang kaum dan agama terjamin. Tidak banyak negara didunia ini bertuah seperti kita...Ini bukan slogan kosong . Jika tidak percaya pergilah merantau kenegara lain kita akan terpegun bila mengetahui negara kita sentiasa di sebut sebut sebagai negara Islam contoh yang maju dan harmoni .

Ia bukan datang bergolek malah digembeling secara langsung atau tidak langsung oleh semua "stakeholders" ( pemain -pemain yang mainkan peranan masing masing ) dari kerajaan , golongan ulamak , guru guru , golongan pelajar , polis , tentera , petani -petani , pekerja kilang , pembantu kebersihan jalan , pembantu angkat sampah , pemandu  teksi , pemandu lori , babu jual roti , pengilang, malah oleh ibu ibu yang tidak bekerja yang menjaga rumah tangga. Semuanya memainkan peranan yang besar . Jika tidak percaya , cuba kita bayangkan jika tidak ada golongan ini apa akan jadi pada negara.

Contohnya , jika tidak ada tukang angkat sampah apa akan jadi ...tentu sampah sarap akan bertebaran di merata tempat. Kita pun jijik dengan keadaan ini dan akan jadi masaalah kesihatan , seperti keadaan di slum areas ( kawasan terbiar ) di India malah di bandar bandar negara maju pun ada . Maka kita perlu hormat pada pekerja pekerja ini . Jangan anggap pekerjaan mereka hina . Malah jika mereka berniat dengan  ikhlas maka itu pun ibadah . Tiada satu pun pekerjaan yang halal dan yang tidak bercanggah dengan undang undang yang hina walaupun gajinya kecil . Yang hina adalah orang yang memandangnya hina.

Bayangkan lah ketika negara India menganjurkan Pesta Sukan Asia baru baru ini ....para atlit dari negara maju yang datang terkejut apabila mendapati najis najis manusia dan sampah sarap  bertebaran di kompleks sukan !!! Kata seorang kawan saya yang berkerja  di India selama 5 tahun hal ini memang benar  " Jamban terbuka" adalah jalan raya dan landasan keretapi mereka . Mereka membuang najis dimerata tempat .....satu sebab kemiskinan yang melarat kedua sebab kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan  awam dan rumah mampu milik untuk rakyat yang miskin . Padahal dinegara kita hampir setiap rakyat dapat menikmati kemudahan kemudahan ini . Ada penulis Barat mendabik dada mengatakan India adalah negara demokrasi yang terbesar didunia namun apa guna demokrasi ini jika najis manusia bebas di buang merata tempat dan sampah sarap adalah pandangan biasa dikota kota mereka.

( Baru baru ini saya melawat negeri Hang Tuah yakni Melaka ...terpegun dengan keindahan bandar  ....bersih sekali . Bukan satu dua tempat malah di sepanjang jalan ...Kampung kampung halaman pun cantik dan bersih yang amat hingga terpesona pemandangan dibuatnya . Ini adalah sebab selain dari peranan kerajaan Melaka yang telah berjaya mencatat peningkatan mendadak pelancung dari luar negara sekali gus meningkatkan kemasukan wang asing  , adalah kerana sikap penduduk 2 Melaka sendiri yang pentingkan kebersihan ...Syabas )

Bayangkan pula jika tiada petani yang menanam beras apa akan jadi pada kita. Bergantung harap semata mata pada beras impot . Apa akan terjadi jika negara negara pengekspot memulaukan negara kita atau menghadapi masaalah cuaca yang menghalangi tanaman mereka . Maka tabiklah pada golongan petani petani kita dan kerajaan mesti sasarkan "out put"  yang lebih tinggi dan berkualiti untuk masa depan.

Apa akan terjadi jika tidak ada polis yang menjaga keamanan . Sedangkan sekarang pun kadar jenayah masih tinggi disebabkan arus pembangunan apa akan jadi jika polis tidak menjalankan tugas ? Tentu penjenayah penjenayah akan bermaharajalela sepanjang waktu. Sebab itulah kita perlu memberi bantuan dan kerjasama pada badan kepolisian sebab adalah mustahil polis boleh menjaga semua tempat untuk mencegah jenayah. Contohnya , saya terdengar keluhan seorang penduduk taman yang asyik komplen tentang polis peronda yang jarang datang meronda diwaktu malam . Sedangkan beliau dan jiran jiran nya tidak memasang lampu depan rumah dan belakang gara gara mahu menjimatkan bil letrik padahal saya lihat unit penghawa dingin masing masing 3 - 4 biji sebuah rumah ! Ini adalah sikap mereka yang suka komplen dan selfish (pentingkan diri sendiri ) ...dan tidak melihat apa mereka boleh buat untuk membantu keadaan . Jauh sekali lakukan kawalan kejiranan seperti Rukun Tentangga

Jangan lupa pula golongan tentera kita . Seperti polis mereka walaupun bergaji kecil tidak pernah membuat demonstrasi tentang kenaikan gaji atau kepuasanhati . Mereka tetap fokus pada kerja mereka. Kita perlu memberi tabik hormat . Apa akan terjadi jika tentera kita masuk politik dan berpuak ? Tentu akan punah keamanan yang kita kecapi . Sebab itulah kita perlu sentiasa ingat akan golongan tentera , akan pengorbanan mereka yang lalu dan balu balu mereka ...walaupun pendapatan kecil namun taruhan nyawa mereka untuk memastikan negara kita aman tidak ada tandingannya . Cuma orang yang tidak berfikir dengan waras atau egoistik akan memperkecilkan atau  tidak mahu endahkan akan nasib pejuang pejuang dan keluarga mereka. Cuma orang orang yang pentingkan diri mereka akan suka mencerca orang lain dan negara sendiri jika mereka tidak dapat apa yang di mahukan nya .

Orang orang begini yang suka mencerca negara sendiri dan tidak peduli apa akan terjadi pada negara , bak kata Kahlil Gibran seorang penyair Lebanon yang tersohor adalah pada hakikatnya sudah lama mati walaupun mereka masih bernafas dan mengejar impian nafsu mereka. Dan bak kata pendita China Kon fu tze ( baca posting saya yang lalu) adalah umpama orang kerdil yang berhati kecil yang hidup mereka tiada makna mengejar awan ( kebendaan ) yang berlalu padahal mereka tidak peduli akan orang lain dan masyarakat ..mereka mengejar kekayaan untuk perut sendiri dan akan komplen bila kekayaan mereka terganggu . Malah orang begini akan berkira jika terpaksa beli bendera yang berharga rm5 . Padahal kekayaan yg mereka kecapi adalah disebabkan oleh negara ini dan peranan semua orang lain!!!!!!

Lantas warganegara  yang berhati mulia adalah yang tetap berterima kasih dan bersyukur . Mereka ingatkan pada diri sendiri akan kata kata hikmah oleh Presiden America John Kennedy : " Jangan tanya apa negara boleh berikan pada anda , tanyalah apa yang anda boleh sumbangkan pada negara "  ( mengikut kajian saya kata kata ini adalah origin nya terdapat dalam syair Kahlil Gibran ) .

Jom  , apa lagi mari kita tunjukkan rasa syukur dan taat setia pada negara . Kita kibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang !!!!




 .