Pages

Saturday, December 24, 2011

Siri Kejayaan 3 : Pak Bakar berhati mulia pada ibu yang memisahkannya

Ini adalah kisah Pak Bakar yang aku kenali . Beliau adalah tokoh perniagaan yang dihormati dan berjaya. Berumur dalam lingkungan 40'an . Punyai seorang isteri yang taat dan rajin beribadah dan sentiasa membantunya ketika jatuh dan bangunnya ...dan dikurniakan seramai 7 orang anak yang kesemuanya pandai pandai belaka ...ada yang sudah bekerja dengan gaji yang lumayan , ada yang sedang mengikuti kursus kedoktoran , ada yang masih dibangku sekolah. Yang pasti kesemua anak anak ini baik baik belaka dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka ...dan membantu mereka menjalankan perniagaan . Ahhhh .....apa lagi yang mahu diidamkan ...Pak Bakar sentiasa senyum dan keceriaan sentiasa terpancar di muka nya. Kata-kata kesyukuran pada Ilahi tidak pernah lekang dibibirnya bila berbicara.

Namun disebalik kejayaan ini ....ada pengalaman getir yang dilaluinya. Dikongsikan pada penulis dengan nada sayu .......apabila dilahirkan ...dan masih kecil lagi ...ibu dan bapa nya ditakdirkan bercerai. Masing-masing ikuti haluan masing. Namun bayi kecil ini tidak dibawa bersama.Tiidak deceritakan kenapa .

Lantas , neneknya lah yang menjaga Pak Bakar ..disekolahkannya ...dan disiramkannya dengan kasih sayang . Entah kenapa , kedua-dua ibu bapanya tidak datang menjenguk nya jauh sekali bermesra layak ibu bapa dan anak. Oleh kerana nenek yang menjaganya ...dan cuma nenek saja yang Pak Bakar kenali dan dipanggil ibu ...sehinggalah ketika dia mencapai belasan tahun baru kedua ibu dan bapa kandungnya - yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing - datang menziarahinya. Kata Pak Bakar dia terima hakikat itu dengan sayu namun apa boleh dikatakan . Sudah tersirat . Hatinya cuma menyayangi neneknya yang dianggap ibu nya.

Kemiskinan tegar nenek tidak menjadi halangan buat nya membesarkan Pak Bakar. Dengan peluh keringat membanting tulang menoreh getah dia menyekolahkan bakar sehinnga ke universiti dan mencapai kejayaan. Pak Bakar ingat lagi dia juga turut membantu menoreh dan melakukan apa saja untuk mencari rezeki . Oleh kerana secara tak langsung Pak Bakar punyai pengalaman dan kepandaian ..seperti memasak , menjahit , bertukang dan lain lain ..

Hal ini membuat Pak Bakar cekal . Memang tepatlah apa orang kata jika kita pernah lalui zaman susah dan perit ia bisa menjadi benteng buat kita harungi masa masa getir yang mendatang. Dan jika kita tidak pernah rasai susah , mungkin kita akan menggelabar pabila diuji dengan permasaalahan kelak.


Setelah bekerja sebagai pegawai di sebuah badan kerajaan , Pak Bakar menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Perniagaan nya maju dibantu oleh isteri ..namun kegawatan !998 ekonomi global ketika itu menjatuhkan nya dengan teruk sekali .


Namun oleh kerana terdidik dengan kepayahan semasa kecil ..beliau cekal ..dan menyusun semula perniagaan . Dan hasil kesabaran dan kerajinannya ...sehingga kini perniagaannya berkembang pesat .

Pak Bakar dalam sibuk menjalankan perniagaannya ...selang 2 minggu akan pulang kekampung menemui neneknya yang walaupun sudah menjangkau 80'an masih tegap dan sihat. Jika tidak pulang Pak Bakar akan tidak lelap matanya ..Akan dirindui neneknya ..dia tidak lekang daripada bertanya khabar dan memastikan segala keperluan neneknya terurus.

Walaupun kata Pak Bakar dia tidak dapat untuk memujuk hatinya untuk menyemai perasaan sayang pada ibubapanya oleh kerana perjalanan waktu yang terpisah yang panjang dan perasaan itu sudah tersemai pada neneknya , bila pulang kekampung beliau akan melawat ibu ( bapanya sudah lama pulang kerahmatullah) . Tiada perasaan dendam atau amarah pun ada dalam hatinya.


Baru baru ini, Pak Bakar menceritakan bahawa ibu kandungnya jatuh sakit yang kronik dikampung.Tidak boleh bangun . Anak anak ibunya tiada siapa yang mahu menjaganya ...cuma seperti batuk ditangga sahaja.


Tiada apa lagi yang bermain dihati Pak Bakar selain tanggungjawapnya pada ibu nya . Beliau sanggup bawa ibunya ke kuala lumpur dan bela nya dirumahnya. Akan di gajikan seorang pembantu menyelenggarakan ibunya ketika dia kepejabat. Begitu jua isterinya turut menyokong niat suci suaminya

Pendekata, Pak Bakar tidak perlu berfikir panjang ..katanya ibu tiada duanya. Kasihnya ibu membawa kesyurga. Walaupun pernah dipisahkan begitu lama , dia tiada dendam dan marah .....malah padanya ...tanggungjawap itu lebih besar dan sekiranya manusia tahu akan kelebihan menjaga ibu dan bapa semasa tua dan sakit mereka sudah tentu mereka akan berebut untuk menjaga mereka...

Moral cerita Pak Bakar boleh kita simpulkan bahawa ...kemiskinan bukan penghalang buat kita berusaha mencapai kejayaan . Dan apabila berjaya jangan lupa kan tanggungjawap pada kedua dua ibu bapa. ...dan semaikan lah rasa kasih dan kemaafan ...dan hindarkan perasaan dendam dan marah...kita pasti akan lagi berasa tenang dan bertambah senang....