Pages

Tuesday, July 13, 2010

Hang Tuah : Lambang Wira Melayu Unggul

Hang Tuah : Lambang Wira Ilmuwan Melayu 

Tahu kah anda , sejak akhir-akhir ni banyak dipersendakan oleh artikel artikel sejarah picisan ( murahan tiada kualiti sering mengandai  tanpa bukti ) bahawa Hang Tuah adalah seorang yg berasal dari negara  China  sebab perkataan Hang Too Ah tu bunyi seperti perkataan Cina ..Sungguh melucukan.

Saya baru melawat sebuah  pameran  Hikayat Hang Tuah yg sedang berlangsung .di Perpustakaan Negara . Memang hebat kerajaan Melayu Melaka zaman dahulu ..Jika kita menyelami tamadun tamadun dunia seperti China, Rome , dan lain-lain ...kerajaan Melayu Melaka memang tidak kurang hebatnya . Bukan saja bidang perdagangan , seni bina , perhubungan diplomasi antarabangsa , teknik peperangan, pertahanan, seni reka senjata, alat alat pertukangan , alat alat dari tembaga , pembuatan kapal kapal besar sehingga 7 tingkat utk pelayaran lautan besar  dikausai orang  Melayu Melaka ketika itu .

Hang Tuah bukan saja hulubalang Melayu yg ulung berlawan senjata malah terkenal di benua Keling ( di  India ketika itu ) , Siam , China , Majapahit hingga ke Rom sebagai utusan kerajaan Melaka yg bijak dan handal .

Hang Tuah cukup tinggi ilmunya ..bayangkan hulubalang ini fasih bertutur dalam 12 bahasa !!. Yang tercatit ialah bahasa Arab, Kelinga  , China, Siam dan Jawa...( Saya tidak nampak catitan samaada Bahasa Inggeris dan Rom pun beliau fasih ) .Beliau belajar dibawah bimbingan guru guru bahasa tersebut  dan dengan mudah mengusai kesemua bahasa bahasa tersebut .Ini menunukkan ketajaman akal nya menimba ilmu .

Beliau dihantar sebagai utusan ke negara China , benua Keling ( India ) , Rom untuk menjalinkan  hubungan kerjasama perdagangan dan poilitik .. Malah pernah Raja Benua Keling meminta bantuan Kerajaan Melaka  agar Hang Tuah diutuskan ke China oleh kerana kefasihannya bertutur bahasa China yg dipelajari bagi menjalinkan hubungan benua Keling dgn China.

Hang Tuah juga memang terkenal sebagai pendekar handalan mewakili orang Melayu ..terdapat dalam hikayat Hang Tuah bagaimana beliau dapat menewaskan 5 orang Jepun ( pahlawan samurai ) didalam satu pertarungan di negeri Siam . 2 lagi samurai cabut lari . Dahulu kala memang kebiasaan sudah jadi cabaran ..samurai samurai akan keserata tempat untuk mencabar sesiapa yg ingin beradu ...untuk membuktikan siapa lebih kuat . Mengikut riwayat yg terkandung dlm sebuah novel lama , samurai samurai tersebut dapat mengalahkan pendekar pendekar China yg handal berkungfu,  lalu merantau sampai  ke Siam dan mudah mengalahkan pendekar pendekar Siam .

Hang Tuah juga telah dikerahkan ke Rome utk membeli persenjataan canggih yg besar yaitu bedil ( meriam) untuk memperkukuhkan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang terdapat riwayat bagaimana semasa serangan Portugis terhadap Melaka ,  Melaka tidak mudah tumbang ...oleh kerana kebijaksanaan taktik pertahanan  dan semangat juang tinggi pendekar pendekar Melayu . Namun  oleh kerana  perbuatan khianat oleh  pengkhianat bangsa  yg membuka pintu strategik Melaka kpd soldadu Portugis lantas  Melaka dapat ditewaskan  . Maka  bermulalah kejatuhan kerajaan Melayu yg ulung itu dan Raja -raja Melayu kemudian tidak bersatu menentang ...dan akhirnya seperti kita tahu seluruh tanah Melayu dijajah .( Untuk catatan : Bukan tanah melayu saja dijajah malah tanah Jawa  ,India , Burma , Indochina , Filipina dan China yg besar pun di lanyak oleh kaum penjajah Barat . Modus operandi ( kaedah / cara) mereka  lebih kurang sama ...pecah dan perintah  dan rasuah dan bagi negara China pegawai pegawai China habis di sogok dan diberi ganja...mereka ini dikhayalkan ..maka  dgn mudah mereka menceroboh .Apabila  emperor China melawan , mereka terus menggunakan  senjata canggih - terkenal dgn "gunboat policy"  yg mampu meranapkan negara ) .

Setelah berkurun orang Melayu dijajah , kini  selepas pasca merdeka org Melayu bangun untuk menebus maruah. . Dari segi  perspektif boleh kita katakan semangat juang Hang Tuah yg tidak tahu erti takut mati , pantang mengkhianati bangsa dan raja sendiri , sentiasa mencari ilmu , kini seolah olah menuntut agar maruah org melayu ditebus kembali .

Tentu madah Hang Tuah yg terkenal " tidak akan Melayu hilang didunia " bukan setakat slogan kosong . Ianya lebih kepada kehilangan maruah ..maruah bangsa itu teratas dlm perjuangan . Sesebuah bangsa itu jika tidak ada maruah diibaratkan seperti kata Kahlil Gibran pada kaum bangsa ( Jordan) sudah mati . Jika semangat Hang Tuah benar benar di resapkan pada perjuangan Melayu dah tentu orang Melayu akan lebih cepat kepersada dunia .Namun kita pasti setuju sedikit sebanyak warisan semangat Hang Tuah sudah pun terserlah di kalangan pemimpin kita diarena antarabangsa. Kini nama Malaysia disebut sebut warga dunia.

Sebagai merumuskan , diantara sifat sifat positif Hang Tuah yg boleh kita profilekan untuk dijadikan panduan agar anak bangsa Melayu bangun  mempertahankan maruah bangsa ialah :-
a) berani , tidak takut mati , tidak takut musuh
b) sentiasa mendalami ilmu baru ..seperti mengusaai 12 bahasa 
c) suka mengembara keserata dunia
d) sentiasa berlatih bersilat agar tubuh badan sihat
e) siap siaga untuk berjuang pada bila bila masa 
e) setia pada raja
f) bijaksana dlm melakukan tugas


- Majufikir -

5 comments:

Anonymous said...

Oleh kerana kehebatan seorang panglima Melayu bernama Hang Tuah inilah orang Cina begitu berminat nak 'adopt' Hang Tuah sebagai 'icon' mereka.

Bagi kaum Cina, orang Melayu tidak layak menjadi hebat. Hanya Cina yang berhak jadi hebat....

Sedangkan sejarah telah buktikan, pahlawan-pahlawan Maharaja Cina takut nak berlawan, dan hanya pandai bersembunyi di belakan GREAT WALL sahaja.

Malah 200 juta rakyat Maharaja Cina pada penghujung millenium pertama pernah ditewaskan oleh kaum Mongolia yang bilangan mereka ketika itu hanya 2 juta.

Kaum Cina tidak ada ICON zaman silam. Bruce Lee dan Jackie Chan, itulah sahaja ICON sebenar mereka. Itulah sebabnya mereka tukar nama Hang Tuah kepada 'Hang Too Ah'.

majufikir said...

hi warisan,

a) yg membuat andaian hang tuah itu org cina ada lah segelintir dpd mereka yg tidak berpuas hati dgn kemajuan org melayu .

b)mengikut seorg pakar silat cuma silat saja yg dpt menewaskan pahlawan jepun yg digeruni spt yg saya tuliskan dimana 5 org jepun mati dibunuh tuah manakala 2 cabut lari.. sebab silat punyai muslihat yg susah diduga oleh lawan ..lantas tidak munkin hang tuah itu bukan melayu .

c) great wall dibina beribu tahun lamanya ...utk menyekat penyerang dari mongolia yg ganas...ketika itu negara china masih berpecah . walupun in mampu menghalang serangan demi serangan ..namun kos nyawa rakyat yg dintindas membinanya adalah beratus2 ribu ...

d) dari segi tactical perang ..tidak praktikal jika kita ikut pertimnagan sekarang jika tembok sejauh 6 - 7 ribu km dibina....namun dari segi long term ia mampu mempertahakan negara china dahulu.

d)kalau dulu the great wall melindungi org china kini great wall of china perlu dilindungi oleh kerana byk rakyat china tidak peduli sgt kesan sjearah ...mereka meruntuhkan sebahagian nya utk membina rumah mereka sendiri

Anonymous said...

ni artikel syok sendiri ke..

Anonymous said...

anonymous >> boleh dikatakan begitu jika kita mahu lihat dari sudut pandangan begitu ...tetapi jika mahu ambil iktibar dari hikayat hang tuah dan aplikasikan maka kita mampu melihat nya dgn kacamata skop yg leboh besar ...

- majufikir-

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.