Jangan jual ?
Pelik betul ....kita nak jual barang tetapi disuruh jangan jual ...?
Ini lah tip atau tunjuk ajar oleh rakan karib saya en boo namanya yg dulunya seorang jurujual dikaki lima , masuk kedai , masuk restoran ...masuk ofis keluar ofis . layaknya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kadang 2 katanya lebat hasilnya dan dilain masa mengecewakan . beliau tidak pernah kekolej , tidak pandai berbahasa inggeris langsung dan cakap melayu pun bahasa pasar . namun beliau kini seorang usahawan sykt sendiri belum jutawan lagi katanya. tetapi tak lama je lagi ...tapi dah pakai bmw ....dulu tonggang 'kapcai" saja .
kejayaannya bermula apabila beliau menjual barang 2 komputer dari kedai kekedai dan selalunya gsgal membawa pulang komisen yg berbaloi . Mula mula beliau bersedih hati sebab terasa kekurangan diri yakni tidak fasih berbahsa inggeris sedangkan di pejabat 2 bahasa pilihan ialah BI. Azam nya tetap mahu berjaya dan beliau mula belajar BI dgn menghadiri kelas malam dan beliau "belasah" je cakap BI ....lama2 katanya BI nya ada kemajuan walaupun hanya yg basic saja ...itu pun sudah memadai sebab dlm bidang jualan kita perlukan seni komunikasi yg efektif yg akan membawa hasil .
Ada sedikit peningkatan katanya setelah mula menguasai BI ..namun katanya hasil masih jauh lagi tidak mencukupi untuk menyara anak isteri . Terus beliau berfkir kenapa orang tak ramai beli produk jualan nya ." adakah sebab produk ni tak da kualiti , atau memang aku ni tak pandai menjual " Itulah sering dia bertanya pada diri sendiri.
Akhirnya dia dapat jawapan setelah di teliti dari pengalaman nya...begini :-
a) pelanggan tidak suka membeli - pada mereka duit kena keluar , mungkin kena tipu penjual , barang tidak
berkualiti ...dsbnya ..dan mereka tidak suka mendengar perkataan spt beli, diskaun, murah , lelong ,jual ...pada awal ayat yg dikeluarkan oleh jurujual ....kalau kita dlm restoran dan ada jurujual dtg ...selalunya
mereka akan menggunakan perkataan diatas ...terus kebanyakn pelanggan akan melambai tidak minat ,
sudah ada , dan ada yg buat tak tahu , dsbnya.
jadi apa cara mengtasinya : jgn guna perkataan 2 tersebut ...gunakan perkataan kongsi , nak tunjuk , nak
beri try , dll jadi dlm kepala otak kita ialah kita mahu berkongsi produk yg kita jual dgn pelanggan ...dan
apabila pelanggan mula menunjuk ingin tahu atau mula membelek produk baru lah kita jelaskan
penggunaan ..jgn sebut harga dulu ...kita kongsikan faedah produk ini pada pelanggan ...contoh nya "
assalamulaikum bang ...abang nampak seperti seorang executive yg hebat ..jika abg pakai pen ni ..memang
sesuai utk abang..." tentu dia akan menoleh dan memegang pen tersebut ....inilah taktik menarik minat yg
pertama ...jika kita sebut " bang pen ni murah bang ..." saya rasa tentu dia akan gelengkan kepala ...walaupun pen tersebut murah atau bergaya ...sebabnya kita menjual .. pelanggan akan rasa selesa jika kita
tidak menampakkan yg kita bukan nak kan duit ...dan kita nampakkan yg kita nak kongsikan faedah
produk atau servis kita ...mari kita praktiskan ..
TIP 3 dan TIP 4 akan tersusul kemudian ...