Pages

Friday, August 26, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang !

Hari ulangtahun  Kemerdekaan negara kita yang tercinta akan muncul tidak lama lagi ....Oleh kerana tanggal 31 hb Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri  tahun ini , kerajaan telah  menunda upacara sambutan nya ke bulan September  .Tepat dan bijak keputusan ini oleh kerana Hari Kemerdekaan adalah sangat penting untuk diraikan juga.

Masakan tidak sejak merdeka negara kita telah mencapai berbagai kejayaan dengan pembangunan yang pesat dan keharmoniam hidup rakyat berbilang kaum dan agama terjamin. Tidak banyak negara didunia ini bertuah seperti kita...Ini bukan slogan kosong . Jika tidak percaya pergilah merantau kenegara lain kita akan terpegun bila mengetahui negara kita sentiasa di sebut sebut sebagai negara Islam contoh yang maju dan harmoni .

Ia bukan datang bergolek malah digembeling secara langsung atau tidak langsung oleh semua "stakeholders" ( pemain -pemain yang mainkan peranan masing masing ) dari kerajaan , golongan ulamak , guru guru , golongan pelajar , polis , tentera , petani -petani , pekerja kilang , pembantu kebersihan jalan , pembantu angkat sampah , pemandu  teksi , pemandu lori , babu jual roti , pengilang, malah oleh ibu ibu yang tidak bekerja yang menjaga rumah tangga. Semuanya memainkan peranan yang besar . Jika tidak percaya , cuba kita bayangkan jika tidak ada golongan ini apa akan jadi pada negara.

Contohnya , jika tidak ada tukang angkat sampah apa akan jadi ...tentu sampah sarap akan bertebaran di merata tempat. Kita pun jijik dengan keadaan ini dan akan jadi masaalah kesihatan , seperti keadaan di slum areas ( kawasan terbiar ) di India malah di bandar bandar negara maju pun ada . Maka kita perlu hormat pada pekerja pekerja ini . Jangan anggap pekerjaan mereka hina . Malah jika mereka berniat dengan  ikhlas maka itu pun ibadah . Tiada satu pun pekerjaan yang halal dan yang tidak bercanggah dengan undang undang yang hina walaupun gajinya kecil . Yang hina adalah orang yang memandangnya hina.

Bayangkan lah ketika negara India menganjurkan Pesta Sukan Asia baru baru ini ....para atlit dari negara maju yang datang terkejut apabila mendapati najis najis manusia dan sampah sarap  bertebaran di kompleks sukan !!! Kata seorang kawan saya yang berkerja  di India selama 5 tahun hal ini memang benar  " Jamban terbuka" adalah jalan raya dan landasan keretapi mereka . Mereka membuang najis dimerata tempat .....satu sebab kemiskinan yang melarat kedua sebab kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan  awam dan rumah mampu milik untuk rakyat yang miskin . Padahal dinegara kita hampir setiap rakyat dapat menikmati kemudahan kemudahan ini . Ada penulis Barat mendabik dada mengatakan India adalah negara demokrasi yang terbesar didunia namun apa guna demokrasi ini jika najis manusia bebas di buang merata tempat dan sampah sarap adalah pandangan biasa dikota kota mereka.

( Baru baru ini saya melawat negeri Hang Tuah yakni Melaka ...terpegun dengan keindahan bandar  ....bersih sekali . Bukan satu dua tempat malah di sepanjang jalan ...Kampung kampung halaman pun cantik dan bersih yang amat hingga terpesona pemandangan dibuatnya . Ini adalah sebab selain dari peranan kerajaan Melaka yang telah berjaya mencatat peningkatan mendadak pelancung dari luar negara sekali gus meningkatkan kemasukan wang asing  , adalah kerana sikap penduduk 2 Melaka sendiri yang pentingkan kebersihan ...Syabas )

Bayangkan pula jika tiada petani yang menanam beras apa akan jadi pada kita. Bergantung harap semata mata pada beras impot . Apa akan terjadi jika negara negara pengekspot memulaukan negara kita atau menghadapi masaalah cuaca yang menghalangi tanaman mereka . Maka tabiklah pada golongan petani petani kita dan kerajaan mesti sasarkan "out put"  yang lebih tinggi dan berkualiti untuk masa depan.

Apa akan terjadi jika tidak ada polis yang menjaga keamanan . Sedangkan sekarang pun kadar jenayah masih tinggi disebabkan arus pembangunan apa akan jadi jika polis tidak menjalankan tugas ? Tentu penjenayah penjenayah akan bermaharajalela sepanjang waktu. Sebab itulah kita perlu memberi bantuan dan kerjasama pada badan kepolisian sebab adalah mustahil polis boleh menjaga semua tempat untuk mencegah jenayah. Contohnya , saya terdengar keluhan seorang penduduk taman yang asyik komplen tentang polis peronda yang jarang datang meronda diwaktu malam . Sedangkan beliau dan jiran jiran nya tidak memasang lampu depan rumah dan belakang gara gara mahu menjimatkan bil letrik padahal saya lihat unit penghawa dingin masing masing 3 - 4 biji sebuah rumah ! Ini adalah sikap mereka yang suka komplen dan selfish (pentingkan diri sendiri ) ...dan tidak melihat apa mereka boleh buat untuk membantu keadaan . Jauh sekali lakukan kawalan kejiranan seperti Rukun Tentangga

Jangan lupa pula golongan tentera kita . Seperti polis mereka walaupun bergaji kecil tidak pernah membuat demonstrasi tentang kenaikan gaji atau kepuasanhati . Mereka tetap fokus pada kerja mereka. Kita perlu memberi tabik hormat . Apa akan terjadi jika tentera kita masuk politik dan berpuak ? Tentu akan punah keamanan yang kita kecapi . Sebab itulah kita perlu sentiasa ingat akan golongan tentera , akan pengorbanan mereka yang lalu dan balu balu mereka ...walaupun pendapatan kecil namun taruhan nyawa mereka untuk memastikan negara kita aman tidak ada tandingannya . Cuma orang yang tidak berfikir dengan waras atau egoistik akan memperkecilkan atau  tidak mahu endahkan akan nasib pejuang pejuang dan keluarga mereka. Cuma orang orang yang pentingkan diri mereka akan suka mencerca orang lain dan negara sendiri jika mereka tidak dapat apa yang di mahukan nya .

Orang orang begini yang suka mencerca negara sendiri dan tidak peduli apa akan terjadi pada negara , bak kata Kahlil Gibran seorang penyair Lebanon yang tersohor adalah pada hakikatnya sudah lama mati walaupun mereka masih bernafas dan mengejar impian nafsu mereka. Dan bak kata pendita China Kon fu tze ( baca posting saya yang lalu) adalah umpama orang kerdil yang berhati kecil yang hidup mereka tiada makna mengejar awan ( kebendaan ) yang berlalu padahal mereka tidak peduli akan orang lain dan masyarakat ..mereka mengejar kekayaan untuk perut sendiri dan akan komplen bila kekayaan mereka terganggu . Malah orang begini akan berkira jika terpaksa beli bendera yang berharga rm5 . Padahal kekayaan yg mereka kecapi adalah disebabkan oleh negara ini dan peranan semua orang lain!!!!!!

Lantas warganegara  yang berhati mulia adalah yang tetap berterima kasih dan bersyukur . Mereka ingatkan pada diri sendiri akan kata kata hikmah oleh Presiden America John Kennedy : " Jangan tanya apa negara boleh berikan pada anda , tanyalah apa yang anda boleh sumbangkan pada negara "  ( mengikut kajian saya kata kata ini adalah origin nya terdapat dalam syair Kahlil Gibran ) .

Jom  , apa lagi mari kita tunjukkan rasa syukur dan taat setia pada negara . Kita kibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang !!!!




 .

Memori Aidil Fitri zaman kanak kanak riang dan kasut Elvis

Hari Lebaran Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa kian menjelang .....sungguh cepat rasa nya masa berlalu .

Aku baru pulang dari pasar malam yang kini dipanggil Uptown bersama seorang sahabat . Bukan tidak mampu membeli pakaian yang berjenama di gedung 2 besar dibandar . Tetapi  sejak adanya pasar Uptown yang beroperasi hingga  ke empat lima pagi berdekatan taman , kami rasa lebih selesa dan tidak perlu buang masa. Lagi pun banyak terdapat barang barang yang diperlukan untuk ber hari raya . Harga pula murah . Ah , itukan pilihan masing masing.. Namun bagus juga kita sokong sebab kaum sebangsa ramai yang berniaga di Uptown. Jika kita tidak sokong nak harap siapa lagi ?

Dalam jenuh berjalan singgah dari satu gerai kesatu gerai ....aku lalu sebuah gerai yang menjual kasut kanak kanak . Ku lihat ada beberapa pasangan ibu bapa sibuk melayani anak anak mereka memilih kasut baru . Teringat lah ketika aku sezaman mereka ..ketika Hari Raya menjelang aku akan ditemani ibu dan kakak kakak mencari pakaian di Jalan Tuanku Rahman ...yang terkenal sehingga sekarang sebagai gedung pakaian untuk semua golongan ...Tentulah tidak setanding The Harrods atau pun Lot 10 ..tapi siapa peduli itu semua janji yang miskin pun dapat merasai membeli pakaian baru khusus untuk menyambut Hari Lebaran yang penuh bermakna. Pendekata apa yang keluarga mampu itulah yang saya akan pakai .

Cuma yang lucunya , ketika itu fesyen kasut yang diminati adalah kasut Elvis ..boot tinggi yang berzip . Entah kenapa orang panggil kasut Elvis  . Cari punya cari maka dapat lah aku sepasang kasut "Elvis" yang tinggal dengan harga yang mampu ibu ku belikan. Alangkah gembiranya aku tidak terkata !!! Tidak sabar aku nak pakai pada pagi raya nanti . Sehingga aku tidak putus putus mencium bau nya ( maklumlah kasut baru ) ...malah aku akan letak kan disisi bersama ku bila aku nak tidur !!!! ( Mungkin takut hilang agaknya) . Cerita kasut ni aku akan cerita apa yang terjadi pada pagi raya sebentar lagi.......

Tidak cukup dengan kasut " Elvis" ..rambut pun mesti seperti Elvis....Ah... inilah yang jadi "irony" nya .. sebab rambut aku atas arahan bapa ku kepada tukang gunting ( seorang India ) hendaklah digunting pendek dan tegak seperti duri landak !!! Aku pun tak tahu kenapa arahan seperti itu.  Mungkin juga faktor kos. Lagi pendek rambut , frekuensi aktiviti gunting pun lagi jarang . Maka tidak perlu gunting acapkali. Jimat duit agaknya.

Berbalik pada pagi raya ....maka aku dengan seronoknya ...bersiap siap kena kan pakaian baru dan setelah bersalaman dengan ibu dan bapa ku ...aku terus mendapatkan kawan kawan sebaya. Alangkah hibanya hati ku apabila kawan kawan mentertawakan aku ....sebab aku memakai sepatu  "Elvis" yang berwarna pelik iaitu warna hijau tahi ayam candu !!! Sedangkan mereka memakai warna hitam .

Nasib baik aku walaupun kecil lagi tidak berkecil hati .....tapi memang ada timbul sesalan tersalah pilih kasut ..tapi itu yang ada dengan harga yang mampu . Ah ..akhirnya aku nekad memakai . Sebab hari yang mulia bukan pakaian saja malah seronok berjumpa sanak saudara dan kawan kawan ....

p/s- Seingat aku kasut "elvis" aku ni aku cuma pakai selama 3 hari raya ...selepas itu aku simpan sehingga reput .....ha ha ha..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ku ucapkan kepada semua peminat Majufikir2020

Friday, August 19, 2011

Nostalgia semasa kanak kanak riang dibulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ini aku tersenyum melihat kanak-kanak  berpuasa -  ada yang merengek nak buka puasa sebab terlalu letih , lapar dan dahaga dan tak kurang pula yang " steady " seperti orang dewasa - teringat aku kesah semasa kecil semasa mula-mula belajar berpuasa . Memori aku masih kuat lagi . Itulah nostalgia yang masih kekal diingatan.

Ahhhhh ..memang satu " big ordeal" .yang mencabar ..Ketika itu baru 6 tahun. Atas galakan ibu , abah dan kakak -kakak , aku sedia hendak merasai berpuasa dalam ragu -ragu boleh tahan ke atau tidak , agar aku diterima dalam kelompok orang berpuasa terutama sekali semasa berbuka . Lagipun " peer pressure " ( pengaruh rakan sebaya ) yang sudah mulai  berpuasa tentu aku akan ketinggalan nanti jika tidak turut serta.

Aku  berpuasa penuh tetapi tidak cukup sebulan lebih kurang 20 hari ....Kira Ok lah tu . Walaupun aku tahu ada yang sebaya aku lengkap sebulan . Memang "terror" lah . Itupun gara gara aku hendakkan duit raya . Ibu berjanji satu hari puasa dapat 20 sen ....Kira besar lah nilai nya pada ku lagipun keluarga bukan lah orang berada. Namun aku tetap gembira dan bersyukur dengan apa yang ada .

Minggu pertama bagai nak " give up " saja . Bangun saja pagi -pagi perut mula berkeroncong lapar. Maka aku akan kedapur dengan senyap bila orang tak nampak ..."tip toeing  " berjalan ibarat pijak semut pun tak mati seperti dalam cerita filem P Ramlee ...untuk mencari lebihan makanan sahur . Aku akan buka periuk manalah tahu ada lagi makanan untuk kujamah . Perut ku berbunyi bunyi  mahu di isi . Tidak biasa dengan secara tiba-tiba kosong . Tentu lah ia memberontak

Namun hasrat aku tak kesampaian . Kantoi bila ada jiran sebelah nampak ...dan terus menyanyikan pantun dua kerat yang masyhur ketika itu untuk menyindir ku  kuat pula tu agar orang lain pun perasan : " Hoi ..puasa yang yok pagi pagi bukak periuk " . Hah tak jadi nak jamah . Aku beri alasan .. " Tengok saja bukan nak makan " . Ahhh ..baik aku berlapar lah asalkan tak malu kena sindir ...ha ha ha

Aku lterpaksa lupakan operasi rahsia dan hasrat untuk membuka lebih awal terus  mencari kawan kawan untuk bermain . Tiba waktu tengahhari ...apabila sang suria tegak di atas kepala ...cuaca terik panas membakar . Tekak akan kehausan dan dahaga yang amat akan mula terasa .Sudahlah dalam rumah pun berbahang ..kipas angin pun tidak ada ...ventilasi udara pun tidak bagus . Kehausan tekak bertambah cepat lagi rasanya .

Kerap aku akan larikan diri bentangkan tikar mengkuang dibawah rumah diatas tanah  .Sejuk juga . Cuba lelapkan mata . Manalah tahu bila bangun nanti harap -harap dah dekat nak buka ."wishful thinking" tu namanya . Sebab jika aku tengok jam dinding seolah olah tidak bergerak atau memang sengaja jarum jam mahu melambatkan pergerakan untuk menguji keimanan aku . Memanglah baru tahu menanti itu ibarat satu penyiksaan seperti lirik sebuah lagu yang popular entah siapa penyanyi nya . Orang putih kata ibarat  "eternity " menunggu nya . Bila dah dewasa dan berpelajaran itu lah seperti kata saintis terkenal Albert Einstein dalam teori "relativity" nya . Kita akan rasa lama dalam keadaan yang kita tidak selesa sedangkan putaran waktu serupa.

Untuk " to kill the time " sementara menunggu buka jika hendak menonton TV ...kenalah pergi cari ehsan jiran yang ada TV ...sebab dirumah tiada ...radio transistor adalah ..

Ada lagi yang aku ingat . Lucu juga ceritanya . Selalunya bila kepanasan dan kehausan aku dan kawan -kawan akan mandi berulang-ulang kali dan jika orang tak nampak kami  akan berendam didalam kolam ( Kolam orang ramai mandi pakai gayong atau baldi  ).  "Irony" nya bila mandi aku cuba untuk "buat buat " tertelan air sedikit  mana lah tahu itukan tidak sengaja ...bukankah  hukum tidak sengaja tidak mengapa tidak batal puasa kata ustaz ustaz ?  Begitulah alasan loyar buruk ku ...tetapi  setelah difikirkan aku tak jadi lakukan sebab ada yang nampak walaupun orang tak nampak .

Ada ketikanya bila dahaga yang amat terasa bila aku tengok air diparit yang mengalir dibelakang rumah pun seakan akan aku mahu berkata : " wahai air parit yang mengalir  , jika aku tidak  teguh iman berpuasa engkau pun aku minum juga "

Namun ada saat yang aku paling suka . Selalu nya dalam pukul 5 petang . Mak dan kakak -kakak akan mula lakukan aktiviti memasak . Jiran jiran pun juga. Masa inilah aku menyibuk didapur . Nak tengok apa masakan utk dibuat buka. Mak dan kakak memang handal memasak . Tak pernah yang tidak sedap walaupun menu ayam tidak ada ( dulu orang Melayu tak mampu makan ayam , mahal kena nak tunggu kenduri kahwin atau hari raya baru boleh dapat rasa ayam tidak seperti sekarang kita bertuah bila bila boleh !! Kalau malas masak dial saja nombor talipon ayam sampai ( yang dah masak lah .) . Aku akan mencuri aroma masakan ....memang lazat . Batal ke atau makruh ? Tak pa lah kanak kanak masa tu .

Lagi satu saat yang ditunggu tunggu ialah loceng basikal berbunyi dan teriakan " kuih kuih " " kuih kuih " . Itu menandakan waktu kian hampir nak berbuka lagi 2 jam apabila kedengaran loceng basikal ini . Tapi teriakan "kuih kuih " ini ringkas dan pendek saja (  tidak seperti  panggilan suara shahdu Siti  Nurhaliza penyanyi No 1 negara yang pernah menjual kuih semasa kecil kini jutawan dan penghibur terkenal ) Tapi oleh Pak Lah ...ooops bukan mantan PM kita yang dikasihi ...Kami panggil pak cik ni Pak Lah penjual  kuih kuih Melayu ...penuh dalam bakul nya berbagai jenis kuih - kuih kaswi , kuih ketayap , dan yang paling hot adalah cucur udangnya . Memang sedap .

Tapi oleh kerana mak dan kakak kakak pun masak kuih sendiri - untuk jimat kos adik beradik kan ramai - maka cuma beli apa yang yang mampu saja .

Ingat lagi tugas yang paling penting - pada aku lah - adalah tugas iberikan pada ku - kena beli air batu / ais .Mana bisa berbuka tanpa air batu buat menghilangkan sehari suntuk dahaga ibarat musafir dipadang pasir yang kering kontang .  Tentu tiak lengkap . Jauh juga kena berjalan untuk membeli ais . Masa tu rata rata jiran jiran pun tidak ada peti ais ..jadi  terpaksa lah beli . Apek tua yang setia akan datang dengan lori mini nya yang penuh sarat dengan ketulan air batu yang ditutupi habuk papan ( untuk mengelak dari cair ) . Bergantung kepada apa saiz yang kita mahu apek ni akan gergaji mengikut harga .

Hah ...cabaran yang paling berisiko tinggi ialah aku kena pasti kan bila tiba rumah ais masih ada . Jika tidak sia sia saja. Pernah apabila tiba rumah tinggal bungkusan suratkhabar dan habuk papan saja. Apa nak buat. Ais dan jadi air .

Masa yang ditunggu tunggu akhirnya tiba . 10 minit sebelum berbuka aku akan buat "ritual' sendiri ...kena buat explorasi lauk mana, kuih mana, , air apa , akan aku bedal . Ketika kelaparan semua nya yang terhidang nampak lazat dan akan ku santap habis-habisan nanti ...Tapi sebaik azan bergema disurau tanda waktu berbuka , bukan makanan yang aku sambar malah air sirap ais dengan biji selasih ( atau air sirap bandung ) buatan sendiri lah yang jadi sasaran utama . Bukan segelas dua malah bergelas gelas hingga aku tersandar terpaksa KIV makanan lain untuk disantap kemudian

Begitulah gara gara mulai berpuasa.....memang melucukan tapi penuh hikmah tersendiri .

Sekian







Thursday, August 4, 2011

Kesah aku melampaui batas terimalah akibatnya!

Seperti dijanjikan ( sila rujuk posting saya bertajuk " Kenapa tidak boleh melampaui batas" baru baru ini) saya kongsikan kesah benar yang sehingga kini jadi peringatan atau pedoman  pada saya sampai bila bila insyallah


Kesahnya begini :

Beberapa tahun dahulu pada suatu petang lebih kurang pukul 3 , aku  tergesa gesa keluar dari pejabat untuk berjumpa pelanggan .Oleh kerana kesuntukan masa aku terus berlari menuju ke tempat letak kereta yang cuma 30 langkah sahaja dari pejabat.

Alangkah terkejutnya apabila aku sampai  , sebuah kereta tak salah  model  Nissan 120Y ( memang buruk dan teruk sangat keadaan kereta itu) sedang hendak di "reverse " kan kebelakang namun gagal berkali kali . Aku  dapati sebuah tayar hadapan kereta itu melekat dengan "mudguard"  kereta ku  ( untuk pengetahuan , itulah kereta pertama saya , "second hand" sebenarnya kereta murah tetapi diberi cat baru nampak lah berkilat ) disebelah depan . Dengan serta merta aku  menampar bonet kereta Nissan tersebut ...dan menjerit sekuat hati menyuruh pemandu kereta itu berhenti .( jika tidak sudah tentu mudguard kereta saya akan terkoyak rabak  dan "side skirting "  nya akan turut tertanggal ...dan bercalar teruk .

Aku  terus ke pintu pemandu kereta  tersebut  ...Rupa - rupanya pemandu itu ialah seoarng pemandu wanita muda keturunan Tionghua. Dia terkejut dan panik . Tapi aku  terus memarahinya ...sebab tidak dapat menerima kebodohannya ..satu :sebab dia tidak melihat kenapa keretanya tersangkut bila hendak di "reverse" kebelakang tetapi mencuba berkali kali menekan pedal minyak ..dua : sebab terdapat banyak parking lot yang kosong ketika itu ..kenapa pemandu itu " park " disebelah kereta ku . Aku terus mengarahkan  dia kelaur serta merta dan tengok posisi  tayar kereta nya . Dia lalu menggigil ..dan cemas...Aku suruh dia matikan enjin kereta nya dan tunggu  Terus aku   alihkan kereta ku  sendiri agar kedua2 kereta tidak lagi bertaut .

Apabila aku keluar  dari kereta , wanita tersebut meminta maaf berkali kali ... namun ketika itu aku masih "hot"  . aku katakan kepadanya " awak punya lesen kopi O ka?!!  "  ; " awak betul betul ada lesen ka ini macam punya senang pun tak boleh bawak kereta betul-betul ! " mata ada nampak ke!! " . Aku  periksa kerosakan yang ada dan tunjukkan sebuah kesan kemek  sebesar duit syiling 20 sen di tepi "mudguard " ...

Wanita muda itu  keluarkan 3 keping nota rm 10  sebagai ganti rugi ....apalagi ini membuat aku lagi bengang ..."rm30 ? !!! lu gila ka ? " ...."awak ingat ini kereta macam  kereta awak ke ? " dengan nada marah aku mendesak dia ...mungkin kerana gadis itu cemas tidak tahu apa nak buat lagi  dia mengalirkan air mata ...

Timbul penyesalan dalam diriku ...dan jatuh kesihan pulak ... Dalam hati ku : "kenapa aku bengang sangat dan kasar bahasa pada seorang gadis yang kelihatan ikhlas meminta maaf ...lagipun kesan kemek kecil saja " " ....Hati ku jadi reda ....dan memujuk nya pula...." Ok tak pa ...saya sudah  lambat  mahu pergi outstation sekarang ...you bagi no handphone ...jika saya nak repair nanti saya akan call awak ...dan awak kena bayar berapa yang saya kena bayar ..setuju ? "  ( sebenarnya aku tidak mahu hantar untuk diketok ...cuma sebesar Rm20 sen saja dan terdapat kesan calar yang kecil ..namun untuk membuatnya belajar agar lain kali kena berhati hati aku  cuma ingin menggertak saja ....Lagipun dia seorang wanita ...jika lelaki mungkin lain pula cara aku ...cuma aku tak dapat terima ...kecuaiaannya....mana tahu jika aku tidak keluar pejabat dah tentu dah koyak rabak mudguard kereta aku ...hah ..ketika itu memang masih bengang ....ah takkan aku nak gembira pula dalam keadaan begitu ...dahlah aku dah lambat mengejar masa.. timbul pula masaalah begini ...

Gadis  itu pun  setuju ....dan aku  pun terus meluncur berjumpa dengan  pelanggan ....namun dalam kereta hati rasa menyesal juga sebab telah menyebabkan gadis itu menangis dan panik.......dengan berkali kali menghina kebodohan dan kecuiannya ...dan juga kereta nya yang buruk dan gerobek ......" Patut tadi aku minta maaf pada nya akan keterlanjuran kata-kata  ku yang melampaui batas ..dan akan kesombongan aku padahal kesan kemek  cuma sebesar duit 20 sen saja lagipun kereta aku pun secondhand juga ...cuma diberi cat baru ....tapi sebab aku marah tadi sebab tidak dapat menerima kebodohannya " . Dan suara dalam hati berkata lagi : " mungkin ada hikmahnya .....Tuhan saja yang Maha Tahu segala sesuatu ....aku patut talipon dia untuk meminta maaf....takpa lah lain kali "

Setelah aku berjumpa pelanggan ...dan harus kembali pulang pada malam hari....Sebaik  aku hidupkan enjin tiba tiba lampu headlight mati .....aku terus pandu keluar kereta perlahan lahan dari padang letak kereta untuk kejalan raya ..keadaan ketika itu gelap gelita tidak ada kenderaan lain atau lampu jalan  ..Sekonyong-konyong tanpa disangka kereta ku bagai menjunam masuk longkang ...dan melonjak naik keatas jalan raya .......terus lampu headlight ternyala .

Pelik ..tetapi  terdengar  bunyi dentuman besi yang kuat  tadi ..aku tahu "chassis " kereta ku memang rosak teruk  ......aku keluar dari kereta dan dapati ..habis bengkok chassis kereta dan kemek ...berpeluh aku ketika itu ....

Dalam perjalanan pulang , aku memandu dalam keadaan senget ...akibat steering pun sudah jadi " mis-aligned" .....sesampai dirumah ...aku periksa lagi kerosakan keseluruhan dan memang teruk .......keesokannya aku hantar kebengkel seorang kawan ......untuk di ketok dan cat semula.....nasib ku baik ..kawan ku mengambil masa seminggu dan kos cuma rm500 ....kawan punya pasal ...jika tidak melebihi Rm1000 sudah tentu ditempat lain ....Jadi seminggu aku  pergi kerja  naik bas .

Apabila aku termenung memikirkan sungguh pelik kejadian tersebut ...tidak pernah headlight tidak menyala ...dan tempat tersebut berpagar ....masakan kereta ku boleh menjunam masuk "monsoon drain " ....

Lama -lama baru aku dapat cetusan ilham...bahawa siangnya aku telah memarahi wanita tersebut sehingga ia menangis ....dan aku tidak minta maaf darinya ....dan mungkin aku bercakap seperti orang yang sombong menghina kereta lamanya.( padahal kereta aku pun serupa cuma nampak elok sebab di cat baru ) ....jadi ...jadi Tuhan mahu  menunjuk pada ku ..agar jangan melampaui batas .....mungkin aku boleh marah tetapi  jangan sampai melampau dan jangan menghina orang lain ..dan terima kemaafan orang lain bila dipinta .....dan memang padanlah muka  aku ...sepatutnya aku terima rm30 yang mahu diberi wanita itu sebagai ganti rugi ......kini aku kerugian lebih besar !

Insiden diatas banyak mengajar aku ..setidak-tidaknya berhati hati bila berbicara agar jangan menyinggung perasaan orang lain .berlebihan .....dan aku akan cuba untuk tidak melampaui batasan atau akibatnya tanggunglah sendiri ..

sekian ....