Pages

Friday, August 26, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang !

Hari ulangtahun  Kemerdekaan negara kita yang tercinta akan muncul tidak lama lagi ....Oleh kerana tanggal 31 hb Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri  tahun ini , kerajaan telah  menunda upacara sambutan nya ke bulan September  .Tepat dan bijak keputusan ini oleh kerana Hari Kemerdekaan adalah sangat penting untuk diraikan juga.

Masakan tidak sejak merdeka negara kita telah mencapai berbagai kejayaan dengan pembangunan yang pesat dan keharmoniam hidup rakyat berbilang kaum dan agama terjamin. Tidak banyak negara didunia ini bertuah seperti kita...Ini bukan slogan kosong . Jika tidak percaya pergilah merantau kenegara lain kita akan terpegun bila mengetahui negara kita sentiasa di sebut sebut sebagai negara Islam contoh yang maju dan harmoni .

Ia bukan datang bergolek malah digembeling secara langsung atau tidak langsung oleh semua "stakeholders" ( pemain -pemain yang mainkan peranan masing masing ) dari kerajaan , golongan ulamak , guru guru , golongan pelajar , polis , tentera , petani -petani , pekerja kilang , pembantu kebersihan jalan , pembantu angkat sampah , pemandu  teksi , pemandu lori , babu jual roti , pengilang, malah oleh ibu ibu yang tidak bekerja yang menjaga rumah tangga. Semuanya memainkan peranan yang besar . Jika tidak percaya , cuba kita bayangkan jika tidak ada golongan ini apa akan jadi pada negara.

Contohnya , jika tidak ada tukang angkat sampah apa akan jadi ...tentu sampah sarap akan bertebaran di merata tempat. Kita pun jijik dengan keadaan ini dan akan jadi masaalah kesihatan , seperti keadaan di slum areas ( kawasan terbiar ) di India malah di bandar bandar negara maju pun ada . Maka kita perlu hormat pada pekerja pekerja ini . Jangan anggap pekerjaan mereka hina . Malah jika mereka berniat dengan  ikhlas maka itu pun ibadah . Tiada satu pun pekerjaan yang halal dan yang tidak bercanggah dengan undang undang yang hina walaupun gajinya kecil . Yang hina adalah orang yang memandangnya hina.

Bayangkan lah ketika negara India menganjurkan Pesta Sukan Asia baru baru ini ....para atlit dari negara maju yang datang terkejut apabila mendapati najis najis manusia dan sampah sarap  bertebaran di kompleks sukan !!! Kata seorang kawan saya yang berkerja  di India selama 5 tahun hal ini memang benar  " Jamban terbuka" adalah jalan raya dan landasan keretapi mereka . Mereka membuang najis dimerata tempat .....satu sebab kemiskinan yang melarat kedua sebab kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan  awam dan rumah mampu milik untuk rakyat yang miskin . Padahal dinegara kita hampir setiap rakyat dapat menikmati kemudahan kemudahan ini . Ada penulis Barat mendabik dada mengatakan India adalah negara demokrasi yang terbesar didunia namun apa guna demokrasi ini jika najis manusia bebas di buang merata tempat dan sampah sarap adalah pandangan biasa dikota kota mereka.

( Baru baru ini saya melawat negeri Hang Tuah yakni Melaka ...terpegun dengan keindahan bandar  ....bersih sekali . Bukan satu dua tempat malah di sepanjang jalan ...Kampung kampung halaman pun cantik dan bersih yang amat hingga terpesona pemandangan dibuatnya . Ini adalah sebab selain dari peranan kerajaan Melaka yang telah berjaya mencatat peningkatan mendadak pelancung dari luar negara sekali gus meningkatkan kemasukan wang asing  , adalah kerana sikap penduduk 2 Melaka sendiri yang pentingkan kebersihan ...Syabas )

Bayangkan pula jika tiada petani yang menanam beras apa akan jadi pada kita. Bergantung harap semata mata pada beras impot . Apa akan terjadi jika negara negara pengekspot memulaukan negara kita atau menghadapi masaalah cuaca yang menghalangi tanaman mereka . Maka tabiklah pada golongan petani petani kita dan kerajaan mesti sasarkan "out put"  yang lebih tinggi dan berkualiti untuk masa depan.

Apa akan terjadi jika tidak ada polis yang menjaga keamanan . Sedangkan sekarang pun kadar jenayah masih tinggi disebabkan arus pembangunan apa akan jadi jika polis tidak menjalankan tugas ? Tentu penjenayah penjenayah akan bermaharajalela sepanjang waktu. Sebab itulah kita perlu memberi bantuan dan kerjasama pada badan kepolisian sebab adalah mustahil polis boleh menjaga semua tempat untuk mencegah jenayah. Contohnya , saya terdengar keluhan seorang penduduk taman yang asyik komplen tentang polis peronda yang jarang datang meronda diwaktu malam . Sedangkan beliau dan jiran jiran nya tidak memasang lampu depan rumah dan belakang gara gara mahu menjimatkan bil letrik padahal saya lihat unit penghawa dingin masing masing 3 - 4 biji sebuah rumah ! Ini adalah sikap mereka yang suka komplen dan selfish (pentingkan diri sendiri ) ...dan tidak melihat apa mereka boleh buat untuk membantu keadaan . Jauh sekali lakukan kawalan kejiranan seperti Rukun Tentangga

Jangan lupa pula golongan tentera kita . Seperti polis mereka walaupun bergaji kecil tidak pernah membuat demonstrasi tentang kenaikan gaji atau kepuasanhati . Mereka tetap fokus pada kerja mereka. Kita perlu memberi tabik hormat . Apa akan terjadi jika tentera kita masuk politik dan berpuak ? Tentu akan punah keamanan yang kita kecapi . Sebab itulah kita perlu sentiasa ingat akan golongan tentera , akan pengorbanan mereka yang lalu dan balu balu mereka ...walaupun pendapatan kecil namun taruhan nyawa mereka untuk memastikan negara kita aman tidak ada tandingannya . Cuma orang yang tidak berfikir dengan waras atau egoistik akan memperkecilkan atau  tidak mahu endahkan akan nasib pejuang pejuang dan keluarga mereka. Cuma orang orang yang pentingkan diri mereka akan suka mencerca orang lain dan negara sendiri jika mereka tidak dapat apa yang di mahukan nya .

Orang orang begini yang suka mencerca negara sendiri dan tidak peduli apa akan terjadi pada negara , bak kata Kahlil Gibran seorang penyair Lebanon yang tersohor adalah pada hakikatnya sudah lama mati walaupun mereka masih bernafas dan mengejar impian nafsu mereka. Dan bak kata pendita China Kon fu tze ( baca posting saya yang lalu) adalah umpama orang kerdil yang berhati kecil yang hidup mereka tiada makna mengejar awan ( kebendaan ) yang berlalu padahal mereka tidak peduli akan orang lain dan masyarakat ..mereka mengejar kekayaan untuk perut sendiri dan akan komplen bila kekayaan mereka terganggu . Malah orang begini akan berkira jika terpaksa beli bendera yang berharga rm5 . Padahal kekayaan yg mereka kecapi adalah disebabkan oleh negara ini dan peranan semua orang lain!!!!!!

Lantas warganegara  yang berhati mulia adalah yang tetap berterima kasih dan bersyukur . Mereka ingatkan pada diri sendiri akan kata kata hikmah oleh Presiden America John Kennedy : " Jangan tanya apa negara boleh berikan pada anda , tanyalah apa yang anda boleh sumbangkan pada negara "  ( mengikut kajian saya kata kata ini adalah origin nya terdapat dalam syair Kahlil Gibran ) .

Jom  , apa lagi mari kita tunjukkan rasa syukur dan taat setia pada negara . Kita kibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang !!!!




 .

3 comments:

Anonymous said...

Tuan MJ ,

Apa pandangan tuna tentang ada anasir2 yg mengiktiraf bahwa pengganas kominis adalah hero negara dan polis dan keluarga mereka yg mmepertahankan Bukit Kepong sehingga terkorban bukan hero ?

- syed anti-kominis -

Anonymous said...

Sdr Syed >> pada saya jika ini bukan kebodohan yang amat nyata maka tiada lagi yang lain yang boleh dianggap bodoh !

MAJUFIKIR2020

majufikir said...

...atau pun orang orang begini elok dilucutkan kerakyatan mereka atau kita hantar saja ke negara komunis yang mereka mahu agar mereka kekal disana ?

majufikir