Sila rujuk kpd posting 2 saya terdahulu ( a) Melayu wajib kuasai perniagaan 'essential' dan (b) Melayu : Bangsa paling hebat didunia abad ini ..
Jom kita pandu kereta dibandar bandar di negara kita ini dan kali ini cuba lihat kiri dan kanan dan kalau boleh bawa kertas dan pen .....kita tulis ...SIAPA yg punya : kilang 2 , rumah2 kedai, wokshop kereta, kedai spare part , kedai tayar, jual beli kereta, firma akitek, guaman, kedai potong kereta, kedai jual mesin industri , kedai gambar, kedai alatulis, kedai alat sukan , kedai kasut, kedai hardware, kilang kayu , kilang kain , kilang besi , kilang batu bata , kilang minuman, kilang mee , kilang tepung ..dan beratus ratus yg lain.
Dan kita lawati pula kawasan industri berat ....pengimpot , pengekspot , kilang mesin berat , dan beratus ratus lagi ..
Kita masuk pula pasar2 raya , dah lihat kedai komputer, kedai bunga , kedai jam , kedai jual alat fon mobil ( mobile phones) ..dan beratus ratus lagi ....
Dan kita pandu pula ke kediaman 2 mewah ..bangalow , apartmen mewah dan kita lihat kereta-kereta mewah .......kemudian kita masuk pejabat pejabat swasta sperti perbankan dan lihat pekerja pekerja yg berpangkat tinggi dan golongan professional .......
Dan kita masuk pula ke penempatan orang kita lalu kita catitkan juga ....bidang bisnes yang kita kuasai kecik dan besar jika ada ....kita tuliskan dalam nota kita .
Pendekata ...kita tulis kan secara terperinci .....setiap bidang perniagaan ini ...SIAPA kah empunya ...adakah orang kita atau keturunan lain ...Tentu jawapan kita dah tahu ....sebab itulah penguasaan ekonomi mereka bertambah sekian hari dan penguasaan kita semakin mengecil meskipun dari segi jumlah penduduk kita bertambah ..
Hal ini lah yang jadi igauan pemimpin 2 kita ....kita sudah berbagai skim untuk melonjakkan ekonomi bangsa kita seperti skim prosper , pinjaman , dan lain lain ...pertumbuhan dan kemajuan ada tetapi tidak menyeluruh dan kecil saja ...Kerajaan terpaksa melakukan sesuatu utk menstrukturkan masyarakat agar keharmonian kaum tetap terjalin dan faktor ekonomi lah yg paling kritikal ..Jika tidak ada keseimbangan penguasaan ekonomi maka akan terjadi suatu hari nanti jurang pendapatan antara kaum yg berbeza ...seperti di India , China dan Indonesia ....golongan kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin .
Lantas untuk merapatkan jurang kritikal ini , kerajaan harus memfokus kpd bidang 2 perniagaan "essential" ( penting ). Skim skim yang ada sekarang memang byk membantu tetapi bidang perniagaan tidak menyeluruh ...byk tertumpu kepada bidang yg kurang 'essential" ...Ini ada lah kerana peniaga peniaga kita yg membuat pilihan perniagaan yg mereka ceburi . Ini lah yg boleh menjadikan disetengah tempat perniagaan kita tertumpu pada sejenis atau perniagaan yg sama . Lantas untung tidak akan jadi seberapa .
Setelah penulis dan rakan rakan 'brainstorming' saya ( yang berjiwa besar hendak melihat bangsa Melayu maju kedepan dan kedepan* ) mencari kaedah kaedah yg berkesan untuk kami cadangkan ..maka timbul beberapa ide yg kami rasa kerajaan harus meniliti atau pun parti terbesar Melayu harus membuat kajian dan seterusnya mencari jalan melakukannya . Salah satu ide yg kami rumuskan ialah menubuhkan satu KONSORTIUM Melayu besar2 an !!! Ia nya berbunyi 'ambitious' ( bercita 2 besar ) ....sebab kita terpaksa berfikir secara besar ( think big ) dan melakukan yg terbesar .....untuk memercepatkan pertumbuhan ekonomi kita....sebab kita kesuntukan masa ...tidak boleh lagi membiarkan masa beredar mengikut acuan kehendak peniaga 2 kita .
Hal ini dilakukan di Korea Selatan dan Jepun selepas perang dunia kedua dan Korea selepas Perang Korea ..dimana kerajaan masing masing bertungkus lumus mahu membawa bangsa masing masing kepersada dunia agar tidak dibuli bangsa Barat lagi . Misalnya Kerajaan Korea Selatan membantu rakyatnya membuat kereta secara besar2an , dan perkapalan ..( Korea kini mempunyai industri perkap
alan di antara yg terbesar dlm dunia dlam sekelip mata ) dan Jepun apa lagi sudah menguasai kuasa ekonomi dunia yg kedua terbesar ( kemungkinan di atasi oleh negara China sekarang ) ...Hal ini memang datang dari bantuan terus dari kerajaan mereka untuk melonjak cepat (sebagai satu ' catalyst' ) ....Jadi dasar DEB bukan di negara kita saja ....cuma fokus mereka lebih kepada penguasaan bidang bidang industri besar2an dan berat berat.
Hal ini sama dilakukan oleh kerajaan kita dulu dimana terlalu ramai pelajar Melayu memilih bidang sastera dan agama dan tidak bidang sains dan bidang professional yg lain ..Lantas kerajaan mengimplementasikan syarat 2 baru ..org melayu harus ceburi bidang kedokteran , engineering , archicture, accountancy , sains , IT dan beratus ratus jurusan ....dan diberi biasiswa dan subsidi belajar dan di bina berpuluh 2 institut dan universiti utk mengeluarkan tenaga kerja berbagai bidang ...hingga keluar negara pun dihantarnya kita ..maka hari ini lihatlah suda beratus ribu anak anak Melayu yg punyai kemahiran pelbagai ....Sekarang fokus kena beralih kpd bidang perniagaan yg penting ...sempena dgn tuntuan fardhu kifayah ....
Jadi kami rasa ...model kami ialah begini :-
a) Objektif :
Orang Melayu mesti ceburkan dalam semua bidang perniagaan "essential" yg kita senaraikan
di pendekata dari pengimpotan hingga ke kepenggunaan ( consumption) kita mesti kusai .
b) Mengapa :
:i) Boleh melonjak bangsa kita kepersada antarabangsa dgn lebih cepat dan tersusun
ii) Sistem dan polisi sekarang tidak menyeluruh dari segi penglibatan org Melayu dlm bidang
essential
iii) Demi kelangsungan bangsa dan masa depan anak cucu cicit kita
iv) Menjaga kerharmonian kaum
v) Boleh mempertingkatkan pendapatan
vi Mampu menjana beribu ribu pekerjaan
vii) Sesuai tuntutan fardhu kifayah ( kalau tidak ada orang Islam maka seluruh ummah akan
berdosa)
c) Bagaimana :
Melalui Penubuhan Konsortium Melayu
i) di terajui oleh pakar ekonomi dan perniagaan Melayu
ii) Konsortium merangkumi networking dari research impot / expot, ware housing,
ransportation, wholesale , retail , financing , quality control , inspection , audit dan lain lain
d) Siapa :
i) cadangan kami UMNO sebagai peneraju menaikkan ekonomi bangsa boleh menubuhkan
Konsortium ini ...Lantik pakar pakar yg betul betul dan bukan ahli politik
ii) Kena buat framework dan cari financing ...munkin boleh libatkan Brunei dan Negara Islam yg
lain ..untuk membeli tanah , buat rumah kedai , pengambilalihan sykt 2 asing , ..dll
iii ) Konsortium akan menentukan bidang perniagaan 'essential ' tadi mengikut tempat dan lokasi
dan fikirkan di setiap tempat itu mesti ada perniagaan org Melayu yg berbagai2 ..agar saling
perlu memerlukan spt pernigaan Cina dgn 'bamboo network' mereka yg sgt berkesan.
iii) Peniaga2 Melayu yg layak boleh terdiri dari penuntut2 , pekerja 2 , peniaga 2 berpengalaman
dan sesiapa yg layak. Pelajar 2 dari kolej kemahiran sgt di galakkan .
iv) semua mesti menghadiri kursus perniagaan yg robust ..1- .2 tahun ..kita nak betul betul punya
peniaga yg handal ....Kursus mesti yg praktikal saja...
v) Cuma bidang yg 'essential ' saja ..yg tak penting sperti restoran kecuali yg besar besar saja
e) Cara nya i) mereka yg layak akan jadi pengurus diberi gaji dan insentif untung
ii) mesti patuhi rukun perniagaan yg disyaratkan
iii)yg berjaya boleh membeli saham dan ambil alih sykt
iv) boleh menubuhkan cawangan jika berjaya
v) yg tidak bijak mengurus akan di beri training
vi) yg tidak jujur akan digantikan ..
viii) dan lain lain yg boleh difikirkan nanti ...
Cuba kita pejamkan mata dan bayangkan ....di pelusuk kampung dan pekan orang 2 Melayu semua bidang kita ada ....baik kecil mahu pun besar ....maka aktiviti ekonomi kita akan berjalan laju dan akan ada 'economic spiral ' yg makin meningkatkan .....dari industri upstream ke downstream kita pun ada ....dan Konsortium tadi akan mensyaratkan peniaga2 Melayu saja yg diberi keutamaan ...contohnya nak buat rumah kedai mesti melayu , dan ambik barang hardware kena ambik dari melayu , transport org melayu , wholesale org melayu , engineer dan akitek melayu ....dsbnya ...lantas bila org melayu sudah ada byk job ( kerja 2 ) mereka menimba pengalaman ...dan diwajibkan disetiap penempatan Melayu mesti ada bank utk memudahkan transaksi dan penabungan .Namun peniaga 2 melayu kena cari pelanggan 2 dari kaum lain juga ..beri perkhidmatan yg lebih baik , harga yg murah sedikit dan berkualiti dan jujur ..maka mereka akan menyokong kita ..sebab ini dunia perniagaan ....
Ini cuma idea kami secara framework .....masaalah mesti ada.....kita kena cari jalan ..Jika kerajaan dan pertubuhan2 Melayu yg lain rasa boleh bawa ketengah dipersilakan demi bangsa , agama dan negara ...
- majufikir-