Pages

Tuesday, January 24, 2012

Siri Kesah Kejayaan 4 : Tapak kaki ayah berjasa pada Dato Rahim

Kenalan ku yang bergelar dato rahim ..kini seorang ahli niaga yang berjaya hasil titik peluh dan penat lelah beliau mamahat nama dalam bidang binaan. Asalnya seorang nelayan di sebuah pulau terpencil dinegeri johor .

Ceritanya lagi mengenangkan zaman kecil dan remaja beliau sering mengikuti ayahnya kelaut menangkap ikan ...kadang kadang 3 - 4 hari ditengah lautan demi mencari rezeki buat keluarga yg serba serbi dalam kemiskinan.

Namun hatinya tabah ..setabah ayahnya ...tidak tahu erti takut atau erti kalah atau erti buang masa ...tangkapan bukannya lumayan namun ketika itu sudah cukup untuk kais pagi makan pagi kais petang makan petang maklumlah zaman pra- Dasar Ekonomi Baru - orang orang Melayu belum lagi terjun dalam arena pembangunan dan pendidikan pesat.

Beliau masih ingat bagaimana ayahnya sering tidak berbaju , kulitnya dibakar mentari dan tidak pernah memakai sepatu semasa berada diatas perahu . Ayahnya pakar menyelam untuk mendengar bunyi ikan sekali gus dapat membaca jenis ikan apa dan dapat memastikan samaada banyak kedapatan ikan di sesuatu kawasan sebelum melabuhkan pukat dan jala.

Dalam membantu ayahnya dilautan beliau ditugaskan memasak nasi dan lauk ...sebab itulah rahim sehingga kini walaupun punyai anak yang ramai suka memasak buat keluarganya.Beliau tidak segan silu sering ke pasar membeli ikan ..katanya sebab beliau lebih mahir mengenali jenis2 ikan daripada isterinya.

Menurut dato rahim lagi ..ayahnya dalam diam mengumpul wang untuk membantunya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ..agar anak anaknya tidak mengikut jejak nya sebagai nelayan miskin .

Hasilnya rahim berjaya sebagai seorang jurutera. setelah puas bekerja dengan gaji yang lumayan beliau menceburi bidang perniangaan sebagai kontraktor binaan. Jatuh bangun untung rugi sudah di alaminya..berkat kesabaran dan kecekalan yang terbit daripada pengalaman diatas perahu dan tunjuk ajar ayahnya beliau akhrnya berjaya .

Namun beliau tidak mudah lupa jasa ayah dan ibu ..beliau membantu menyara adik adik sehingga semuanya berjaya dalam bidang masing masing . Tidak ada sombong dan bongkak dalam hati dato rahim. malah sepanjang perkenalan beliau tidak pernah mahu di sanjung sanjung..katanya samaada dato atau tan sri ..semuanya sama...di sisi Tuhan...Jika dilihat pada zahirnya beliau seperti orang biasa ..tidak nampak kaya dan tidak riak bila berkata kata. Kereta dan rumah nya pun sederhana ..katanya apa perlu tunjukkan kemewahan ..demi pujian orang ?

Ayahnya pulang kerahmatullah 3 tahun yang lalu akibat sakit tua ...dalam nada sedu ..rahim menceritakan lagi disaat detik akhir ayahnya ada memanggil nya memintanya mengurut kakinya ...

Kata rahim pabila beliau mengurut kaki ayahnya ..pertama kali beliau melihat tapak kaki ayahnya..dan alangkah terperanjat dan hiba hatinya apabila beliau pegang tapak kaki ayah yang sungguh tebal dan keras . Sambil beliau menangis didepan adik adik dan keluarga beliau ungkapkan " inilah tapak kaki yang berjasa pada kita semua selama ini !!!"

Pendek kata ...tapak kaki ayahnya kini menjadi pedoman buatnya dalam hidupnya dimana kadang kadang kita tidak pernah mahu ambil tahu tentang kesengsaraan ibu dan bapa membesarkan kita ..berkorban untuk kejayaan kita ....namun mereka tidak mengeluh atau tidak mahukan apa-apa daripada kita baik harta mahupun wang ringgit . ..cukup sekadar kita datang menziarahi mereka dan berikan pelukan dan urutan kasih sayang ..itu lebih bermakna.