Petua : Modal 2 ribu
Sebagai mukadimah, saya ingin berkongsi sebuah petua yg di rekodkan saya dari mulut arwah bapa saya sendiri. Ianya sentiasa menjadi panduan saya hingga ke saat ini .
Untuk dijadikan cerita , suatu petang Raya Eidil Fitri .. di sebuah kampung pencil Kg Matang Gelugor, Taiping ...kami adik beradik serta sedozen anak2 buah balik beraya dikampung ...meriah dan riuh pikuk tidak terkira ..berada disamping ibu bapa tersayang . Sambil menjamu selera di serambi rumah ...dan berbual hangat dari satu topik ke satu topik dari isu hangat politik semasa ke isu agama dan bermacam-macam lagi . Biasalah semua memberi pendapat seperti professor jaguhan layaknya .
Pabila tiba isu bagaimana bangsa kita nak bersaing dan maju dalam dunia perniagaan ..dan jadi jutawan dan hartawan ....masing masing dengan teori sendiri tak da yang mahu kalah ...ada yang berasaskan teori ekonomi , ada yang dengan teori politik , ada yang teori agama ...ada yang kata kena ceburkan dlm dunia jualan langsung , ada yang kata kena budayakan teknik perniagaan dulu , ada yang kata kerajaan kena buat itu , buat ini dan bermacam macam lagi ...
Bapa saya ..seorang bekas nelayan dan bekas polis pencen yang cuma bersekolah atap saja...kali ini dengan selamba mencelah : " Hangpa ni ni semua nama ja mengaji pandai sampai universiti , tapi petua yg sebenarnya kalau nak berjaya pun hangpa tak tahu" ..kami pun bertanya : " petua macam mana Abah ? " . " Kalau nak berjaya , hang nak jadi jutawan ke , hang nak jadi billionaire ke , hang nak jadi professor paling 'terror' ke ....semua kena pakai modal 2 ribu tak perlu pakai teori teori hangpa tu " kata bapa saya...
" Mana boleh modal 2 ribu Bah ...2 ribu tu kecil sangat ...nak buat stall burger pun kena pakai modal dlm 10 ribu , " saya mem-protes.. yang lain pun setuju dengan saya ...namun bapa saya masih bertegas .." Itulah hangpa kurang cerdik ...buat apa modal lebih ..modal lebih pun ramai yang dah lingkup ...modal 2 ribu cukup tak payah lebih ! " ... Ternyata ketegasan intonasi dari bapa saya tersebut membuat kami terpinga-pinga .....dan kami pun bertanya " macam mana ni Bah ...2 ribu boleh cukup ...tak faham la kami ni "
Sambil tersenyum bapa saya memberi 'fatwa'nya : " Ha....hangpa dengar baik baik modal dia bunyi begini : "Kalau hendak 1 ribu daya , kalau tak nak 1 ribu dalih nah campur jadi 2 ribu " "...Tersentak dan mati kutu kami dengan jawapan loyar buruk dari bapa ....dan kami pun ketawa terbahak bahak .. sampai nak pecah perut ....
Namun setelah di teliti memanglah tepat " modal 2 ribu " ini ....kalau kita nak berjaya dan kalau betul berazam dan betul betul buat kerja tidak setengah jalan tiada lagi alasan. Yang jadi penghalang ialah diri kita sendiri ..Ramai jutawan2 dan cerdik pandai didunia ini baik di negara kita mahupun diluar negara ramai yang bermula dengan tiada harta ...ramai yg berlatarbelakangkan dengan kemiskinan ...namun setelah berazam , kerja kuat tidak tahu penat lelah , tidak tahu erti kekalahan , tidak gentar mencuba dan cuba ..akhirnya berjaya jua ..tentu anda boleh berikan contoh nama mereka yang ternama ini kan.
Petua ni saya turut semat didalam dada ..dalam menghadapi rutin harian . Ya , " modal 2 ribu": ..tak da lagi alasan untuk malas , tak da alasan untuk tangguh tangguhkan kerja , tak da alasan untuk malu ,tak da alasan kalau modal tak cukup , takda alasan nak kata masa tak cukup , tak ada alasan jika kita nak kuasai ilmu , tak da alasan nak salahkan orang lain , tak da alasan nak belajar lagi , tak da alasan malu bertanya kalau tak tahu , tak da alasan untuk membaiki kelemahan diri ..pendek kata semuanya dalam diri kita sendiri ..dan modal yang sebenar itulah diri kita sendiri ..yakni sikap dan sikap boleh diubah , boleh dibentuk dan boleh dilentur .Positifkan sikap kita dan bertindak terus . Jangan pandang belakang terus kedepan .
Majufikir
.