Pages

Friday, July 9, 2010

Petua Kejayaan : Modal 2 ribu

Petua : Modal 2 ribu 

Sebagai mukadimah, saya  ingin berkongsi sebuah petua yg di rekodkan saya  dari mulut arwah bapa saya sendiri. Ianya sentiasa menjadi panduan  saya hingga ke saat ini .

Untuk dijadikan cerita , suatu petang Raya Eidil Fitri .. di sebuah kampung pencil Kg Matang Gelugor, Taiping ...kami adik beradik serta sedozen anak2 buah balik beraya dikampung ...meriah dan riuh pikuk tidak terkira ..berada disamping ibu bapa tersayang . Sambil menjamu selera di serambi rumah ...dan berbual hangat dari satu topik ke satu topik dari isu hangat politik semasa ke isu agama dan bermacam-macam lagi . Biasalah semua memberi pendapat seperti professor jaguhan layaknya .

Pabila tiba isu bagaimana bangsa kita nak bersaing dan  maju dalam dunia perniagaan ..dan jadi jutawan dan hartawan ....masing masing dengan teori sendiri  tak da yang mahu kalah ...ada yang berasaskan  teori ekonomi , ada yang dengan teori politik , ada yang teori agama ...ada yang kata kena ceburkan dlm dunia  jualan langsung , ada yang kata kena budayakan teknik perniagaan dulu , ada yang kata kerajaan kena buat itu , buat ini  dan bermacam macam lagi ...

Bapa saya ..seorang bekas nelayan dan bekas polis pencen yang cuma bersekolah atap saja...kali ini  dengan selamba mencelah  : " Hangpa ni  ni semua nama ja  mengaji pandai sampai universiti , tapi petua yg sebenarnya kalau  nak berjaya pun hangpa tak tahu" ..kami pun  bertanya : " petua macam mana Abah ? " . " Kalau nak berjaya , hang  nak jadi jutawan ke , hang nak jadi billionaire ke , hang nak jadi professor paling 'terror' ke ....semua kena pakai modal 2 ribu tak perlu pakai teori teori hangpa tu  " kata bapa saya...

" Mana boleh modal 2 ribu Bah ...2 ribu tu kecil sangat  ...nak buat stall burger pun kena pakai modal dlm 10 ribu , " saya  mem-protes.. yang lain pun setuju dengan saya ...namun bapa saya masih bertegas .." Itulah hangpa kurang cerdik ...buat apa modal lebih ..modal lebih pun ramai yang dah lingkup ...modal 2 ribu cukup tak payah lebih ! " ... Ternyata ketegasan intonasi  dari bapa saya  tersebut membuat kami terpinga-pinga .....dan kami pun  bertanya  " macam mana ni Bah ...2 ribu boleh cukup ...tak faham la kami ni "

Sambil tersenyum  bapa saya memberi 'fatwa'nya  : " Ha....hangpa dengar baik baik modal dia bunyi begini : "Kalau hendak 1 ribu daya , kalau tak nak 1 ribu dalih nah campur jadi  2 ribu " "...Tersentak dan mati kutu  kami dengan jawapan loyar buruk dari bapa ....dan kami pun ketawa terbahak bahak .. sampai nak pecah perut ....

Namun setelah di teliti memanglah tepat  " modal 2 ribu "  ini ....kalau kita nak berjaya dan kalau betul berazam dan betul betul buat kerja tidak setengah jalan tiada lagi alasan. Yang jadi penghalang ialah diri kita sendiri ..Ramai jutawan2 dan cerdik pandai didunia ini baik di negara kita mahupun diluar negara ramai yang bermula dengan tiada harta ...ramai yg berlatarbelakangkan dengan kemiskinan ...namun setelah berazam , kerja kuat tidak tahu  penat lelah , tidak tahu erti kekalahan , tidak gentar mencuba dan cuba ..akhirnya berjaya jua ..tentu anda boleh berikan contoh nama mereka yang ternama ini kan.

Petua ni saya turut semat didalam dada ..dalam menghadapi rutin harian .  Ya ,  " modal 2 ribu": ..tak da lagi alasan untuk malas , tak da alasan untuk tangguh tangguhkan  kerja  , tak da alasan untuk  malu  ,tak da alasan kalau modal tak cukup , takda alasan nak kata masa tak cukup  ,  tak ada alasan  jika kita nak kuasai ilmu , tak da alasan nak salahkan orang lain , tak da alasan nak belajar lagi , tak da alasan malu bertanya kalau tak tahu  , tak da alasan untuk membaiki kelemahan diri ..pendek kata semuanya dalam diri kita sendiri ..dan modal yang sebenar itulah diri kita sendiri ..yakni sikap dan sikap boleh diubah , boleh dibentuk dan boleh dilentur .Positifkan sikap kita dan bertindak terus . Jangan pandang belakang terus kedepan .

Majufikir 


 











.

4 comments:

Anonymous said...

Majufikir,

Sdra amat bertuah mepunyai seorang bapa yang begitu HEBAT. Jauh lebih hebat dari mereka yang dapat BBA atau MBA.

Kebanyakan orang Melayu, dan orang Malaysia, pernah mendengar ungkapan 'Kalau hendak SERIBU DAYA, kalau tak hendak SERIBU DALEH', tetapi belum pernah saya dengar sesiapa MENYIMPULKAN ungkapan tersebut dengan 'Modal 2 Ribu'.

Kita wajar mewar-warkan konsep 'Modal 2 Ribu' ini, sebagai pencetus semangat dan motivasi kepada semua.

majufikir said...

Tepat sekali ..Orang Melayu mempunyai kesenian bahasa yang cukup tinggi. Contoh nya peribahsa dan simpulan bahasa. Hal ini memang diakui oleh ahli-ahli kaji dari Barat seperti Windstet dll. tentang bahasaa melayu . Ada yang akui bahasa melayu adalah suatu keajaiban yg penuh dgn seni yg tersendiri.

Generasi kita terdahulu memang bijaksana . Mereka bukan saja mereka- reka peribahasa ini untuk suka suka atau kita nyanyi .Ia nya penuh dengan ajaran dan petua yg berlandaskan pengalaman mereka yg berkurun-kurun . Cuma kita tidak dapat melihatnya .

Saya setuju dgn saudara kita patut war -warkan "modal 2 ribu " ini sebagai pencetus semnagat baru .Kita mulakan dgn diri kita sendiri. Ada banyak lagi petua "loyar buruk " bapa saya yg saya " bukukan" sebelum beliau pulang keRahmatullah 2 tahun yg lalu . Kalau dengar memang loyar buruk tetapi kalau difikirkan dalam dalam penuh dgn kebijaksanaan .. Saya akan kongsikan beberapa petua ini . Utk pengetahuna saudara saya ada mengajar tusyen secara part time pd seorg lelaki yg berumur 42 tahun . Memang beliau secara tak sedar mengamalkan "modal 2 ribu". Umur tak jadi penghalang, tidak ada malu nak belajar , tak tahu bertnaya. Inilah contoh yg baik .....

majufikir -

Zaid, Bangi said...

MODAL 2 RIBU satu ungkapan yg nampak biasa jee.. tetapi mempunyai makna yg sangat besar. Terima kasih Majufikir. Selamat Maju Jaya.

majufikir said...

kembali zaid ....yep , nampak biasa je ...mari kita lakukan. put it into action sepanjang masa ..kalau pelajar just do it, kalau peniaga tak boleh henti usaha keras . kalau politikus nak menang pilihanraya tak da alasan kena turun padang dan berkhidmat ...pendekata tiada alsan ..salah satu cara ialah listkan action points kita nak buat setiap hari dan just lakukan saja.kalau tak capai action yg harus dilakukan pada hari jangan balik rumah ..ha ha ha ..ia berkesan .