Pages

Monday, June 28, 2010

Majufikir2020

Salam semua,



Majufikir2020  adalah sebuah blog  berkonsepkan mencari penyelesaian ( solutions) sesuatu isu melalui perkongsian dan percambahan ide ( brainstorming) yang mendasari  ilmu yang mantap.

Lantas penulis bervisi utk menjadikan laman ini sebagai pencetus atau penjana ide-ide yang bernas dari anda semua.

Cara nya mudah : Saya akan lontarkan sesuatu isu atau ide melalui sesebuah topik . Anda kemudian lanjutkan dengan memberi pendapat berserta  cadangan anda  . Pendapat anda pula akan dicambah lagi oleh ide ide dari orang lain . Dgn ini kita akan lihat cetusan percambahan ide-ide yg boleh berkembang secara tersusun .

Dari pengalaman penulis dalam teknik "brainstorming" di tempat kerja dan organisasi kesukarelaan, selalunya saya  dapati akan ada ide-ide yg bernas yg akan timbul yg tidak pernah terlintas dibenak fikiran kita selama ini . Ini lah salah satu faedah atau keistimewaan menjana  fikiran yang lebih fokus .


Moderator
Penulis akan memainkan peranan sebagai moderator  agar sumbangan pendapat-pendapat cuma terurus kpd penyelesaian dan bukan terkeluar landasan seperti menghina atau  mencaci orang lain .



Rumusan

Lantaran itu setiap pendapat yg kritis terhadap sesuatu isu mestilah di dokong dengan apa cadangan anda dan bagaimana ia nya dapat menyelesaikan sesuatu isu atau masaalah yg di ketengahkan .Dengan cara begini ..kita akan dapat elakkan budaya polemik yang tidak ada penghujung yakni penyelesaiannya.


Ide-ide yg terkumpul kemudian akan di analisa dan dibuat rumusan . Dan penulis akan ketengahkan rumusan ini kepada pihak sasar seperti kerajaan dan lain-lain untuk dipertimbangkan dan lebih bagus boleh digunapakai 



Rujukan ilmu

Bukan ini saja malah penulis juga akan cuba menenengahkan berbagai genre ilmu yg bermunafaat baik dari tulisan sendiri atau sumbangan anda atau petikan  dari sumber2 yg  terbaik  .Antara bidang-bidang ilmu yang dicadangkan ialah ekonomi, sosial, sejarah , perniagaan, politik ,agama , falsafah , ketamadunan ,kebudayaan dan lain-lain.


Terima Kasih

Maju fikir 

16 comments:

Anonymous said...

Hai Majufikir,

Tahniah kerana berjaya mengASASkan suatu blog yang begitu menarik, yang sudah pasti akan menjadi platform yang sesuai untuk bertukar-tukar pendapat, sebagaimana sdra hasratkan.

Cuma, saya masih tertanya-tanya apa maksud TERSIRAT 'cawan kopi KOPITIAM' yang menghiasi muka depan blog sdra....

majufikir said...

terima kasih saudara .....

hahaha ..soalan saudara mencuitkan hati....tiada yg tersirat dgn 'secawan kopi diatas meja' ..namun saya akui ia mampu mengimbaskan nostalgia saya sejak berbelas tahun yg lalu dimana memang sudah menjadi tabiat saya selalu menghirup kopi atau teh tarik sambil membaca surat khabar , buku , majalah ,menulis, berkarya serta berfikir tentang kehidupan dan alam semesta utk dijadikan iktibar dan untuk merenungi keagungan Tuhan.

p/s - lain kali saya akan abadikan gambar kuih muih tradisional melayu kegemaran saya ..yg saya panggil kuih nostalgia .

Anonymous said...

HAI MAJU FIKIR ,

NAK TANYA KENAPA PERKATAAN MAJUFIKIR ITU ? DAN BOLEH KAH SAYA MEMBERI KOMEN DALAM BAHASA INGGERIS ?

CT

majufikir said...

hi ct ,

>>itu soalan yg baik .
maju = progresif . kedepan . berpandangan jauh manakala
fikir = akal yg waras . fokus. objektif . bukan emosi .berasaskan ilmu fakta

>>yes , of course you may comment in english . in fact i shall pen down my thoughts in english for certain topics in future

p/s -plse read my posting on Hang Tuah ..if the laksamana could master 12 languages with ease ..why can't we ?

majufikir said...

hi ct ,

>>itu soalan yg baik .
maju = progresif . kedepan . berpandangan jauh manakala
fikir = akal yg waras . fokus. objektif . bukan emosi .berasaskan ilmu fakta

>>yes , of course you may comment in english . in fact i shall pen down my thoughts in english for certain topics in future

p/s -plse read my posting on Hang Tuah ..if the laksamana could master 12 languages with ease ..why can't we ?

Anonymous said...

hai majufikir.

Syabas...

Sorry lambat sikit komen. Anyway classss gitu.

majufikir said...

terima kasih ..sila ikuti seterusnya celoteh2 saya dan saya amat menggalakkan agar saudara/saudari kongsikan idea , pandapat , cadangan anda utk kita kongsi bersama....ilmu yg Allah berikan tidak akan habis...apa yg kita tahu cuma ibarat sebutir pasir dilautan....betapa gah nya ciptaan Illahi ...

guard46.wordpress said...

majufikir

blog yg menarik sebab cerita memang tak pernah dengar. Saya harap majufikir akan terus berblog dan kongsikan pengalaman untuk menafaat semua.

Sekian.

Anonymous said...

Hi Guard46 >> terima kasih ...ini bisa membikin saya menulis utk berkongsi pandangan dgn lebih jitu ....sdr pun boleh ketengahkan cadangan ttg apa2 topik utk dibuat perbincangan ...demi manafaat bersama..

- majufikir2020-

de taqwa said...

Setelah bercerita tentang masaalah yang sedang dihadapi kepada seorang kawan. Saya merasa sungguh lega (release) walaupun dia tidak menyelesaikan masaalah saya. Namun dengan hanya menjadi pendengar yang baik sudah cukup untuk menghilangkan risau dihati ini. Wahai pendengar yang setia, terima kasih atas bantuan anda.

Anonymous said...

salam de taqwa,

saya setuju dgn sdr kadang 2 kita bisa dpt kurangkan kerisauan atau kebimbangan yg mmbelengu perasaan dgn meluahkan pada kawan atau teman yg bersedia mendengar ....namun harus juga berhati2 agar tidak semua yg kita perlu luahkan ...bak kata org 2 lama yg berpengalaman sesuatu rahsia itu tidak lagi menjadi rahsia bilamana kita ceritakan pada org lain ....lantas harus juga kita beringat apa yg perlu dirahsiakan dan apa yg boleh dikongsikan...

- de selangor mansion -

majufikir said...

Sdr De Taqwa dan De Selangor mansion ....kedua2 nama pelik tapi seakan 2 ada kena mengena dgn restoran mamak !! ha ha ha... apa pun pendapat tuan2 bagus belaka ...elok juga tuan2 baca tulisan saya dlm blog ini mengenai "cerita loyar buruk arwah bapa saya ..errr ttg ..jika seseorg itu tiada masaalah itulah masaalahnya yakni tidak ada masaalah ...!! " hal ini pelik sekali imbas namun jika diteliti dlm maksudnya ...saya rasa kita boleh kaitkan dgn pandangan sdr de taqwa diatas ....as salam ..

guard46 said...

Setiap pagi bila bangkit dari tidur saya mengharapkan hari yang lebih baik dari semalam, walaupun hari itu belum tentu baik pada pandangan saya. namun bila difikirkan setiap hari yang dilalui adalah lebih baik dari semalam sebab saya belajar sesuatu yang baru setiap hari.

majufikir said...

Sdr ,

itu suatu sikap yg positif ..yakni berazam agar bisa melalui hari yg lebih baik dari sebelumnya....pd pndapt saja sudah tentu seseorg misalnya peniaga dpt merancang utk mencapai sesuatu target jualan yg lebih baik dpd semalam....ini akan menjadikan matlamat hariannya lebih fokus dan tidak menyerahkn pada Tuhan semata2.....lantas mercancana esok hari lebig bagus dpd tidak merancana langsung....saya cadangkan agar kita gunakan diari kecil dan tuliskan apa yg akan perlu dibuat keesokan hari...kita akan biasa melihat langkah2 akan diambil mengikut urutan priority dan amalkan lah selagi " action list" kita tidak tertunai hari tu juga maka anggaplah kita gagal ...ini akan memotivasikan kita agar bisa buat rancangan dgn teratur ...sekian

bambang witarso said...

Niat baik yang dipamirkan melalui tinta bisa dihidu oleh pancaindera.

majufikir said...

Terima kasih saudara Bambang ..jika ada kesempatan sila baca posting2 sayayg lain ..dan jgn lupa kongsikan pandangan, ide sdr buat semua.