Topik sebelum ini iaitu " Cara menangani stress ditempat kerja " dengan mengaplikasikan " reverse psychology " ....ada kaitan dengan topik kali ini iaitu bagaimanakah yang dikatakan kerja itu adalah suatu nikmat ....dan contoh contoh yang boleh saya kongsikan dari sudut agama , philosophy, wisdom , budaya dan pengalaman sendiri ....anda mungkin akan dapat mengubah persepsi tentang kerja sedikit sebanyak selepas ini .
Rasullullah s.a.w sendiri kita tahu amat menitik beratkan ummah nya bekerja ...bekerja itu ibadah dan juga jihad ..malah Islam sendiri menganjurkan kita bekerja mencari habuan dunia seolah olah kita tidak akan mati selama lamanya ...sudah tentu diimbangi pula dengan beramal dengan hebatnya seolah olah kita akan mati esok hari ..Jika setiap ummat Islam mengaplikasikan ajaran ini sudah tentu kita sudah pegang dunia ini seperti zaman kegemilangan dulu . Tentu kita tahu mengikut sejarah , tamadun Islam yang cukup hebat terbina daripada padang pasir yang kering kontang . Menurut ahli sejarah yang terkenal Prof Hamka dalam bukunya " Sejarah Umat Islam " ...orang arab Islam telah dapat menyuburkan padang pasir yang tandus dan apa saja yang kita lihat sekarang industri industri moden adalah tercetus daripada budaya Islam dahulu ...Mereka mencintai agama dengan tekun berkerja membina keperluan-keperluan ummah dari segi farhu kifayah yang makro .Secara mikronya, setiap orang Islam hendaklah bekerja ...untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga . Itu adalah ibadah dan juga fisabillillah. Jika kita niatkan ikhlas kerana Allah sudah tentu nikmat berlipatganda akan melimpah .
Dari sudut philosophy banyak pandangan pandangan dan kata kata hikmah tentang pentingnya bekerja..Namun saya masih ingat suatu pandangan yang cukup memberi ketenangan tentang kerja .iaitu sebuah sajak berbentuk falsafah oleh Kahlil Gibran dalam bukunya bertajuk " The Prophet". Kononnya orang orang sebuah kampung yang dahagakan ilmu bertanya seorang guru tentang bermacam macam . Salah satunya adalah tentang kerja...Maka si guru ini dengan mudah mendefinisikan apa itu kerja dalam bentuk sajak yg cukup indah . ....dalam beberapa perenggan kata si guru itu ..apabila anda sedang bekerja...anda sebenarnya sedang memainkan nyanyian hati yang sungguh merdu dimana bekerja itu adalah kehendak alam .....maka maksudnya bergembiralah semasa anda bekerja....Jika saya sedang stress dengan kerja yang banyak misalnya...saya akan baca balik sajak ini ( dialih ke bahasa Inggeris dari Arab) ...terus hati rasa tenang ...dan seolah olah merasakan yang saya sedang mennyanyikan sebuah lagu yang indah .....
Baru baru ini ..ada sebuah kenduri yang besar ..saya dan beberapa kawan dengan sukarela ditugaskan menjadi penanggah ..tukang basuh pinggan mangkuk dibelakang rumah . Ada yang kurang senang dengan tugas ini dan melakukan seperti rasa berat . Mungkin yang lain sedang seronok didepan dengan para jemputan dan makanan .Maka saya dengan berjenaka kata kepada semua ...sambil kita basuh , bilas dan lap untuk keringkan pinggan mangkuk . " Mari kita dengar betul betul bunyi air , bunyi sudu , bunyi pinggan , bunyi talam, bunyi periuk kuali segala sedang berlaga dan bunyi kercipan burung , ayam , kucing an lain lain ....sebenarnya seakan akan ada sebuah instrumental song kita dan alam sedang mainkan ...." Seterusnya semua ketawa ..dan ada yang kata " eh betullah" dan " kita tak sedar pun bunyi kercipan burung yang berlaian species sangat indah sebab kita "take nature for granted selama ini "" . Kami pun terus terhibur sambil fokus pada tugasan ..dan kerja yang "berat " ( leceh ...tak glamour lah kiranya ) menjadi seronok. Kalau anda tidak percaya anda boleh cuba....bukakan pancaindera anda ...Hal ini serupa pada kerja kerja kerja yang lain termasuk kerja dipejabat....anda anggaplah bunyi kipas, bunyi airconditioning, bunyi printing, bunyi talipon berdering seperti irama muzik ....malah jika boss anda yang garang sedang menjerit ..cuba dalam hati anggap " ah dia ni sedang menyanyi cuma suara nya sumbang !"
Jika anda peminat lagu blues ...tentu anda tahu bahawa genre lagu ini asalnya tercipta oleh orang kulit hitam di amerika yang hidup tersiksa bekerja diladang ladang orang kulit putih sebagai hamba abdi ...mereka menyanyi sambil bekerja tanpa muzik ..meluahkan perasaan tertekan dan penyiksaan ada juga perasaan rindukan kampung dan sanak saudara dibenua afrika dimana mereka di rampas oleh penyangak imperialis orang kulit putih ketika itu . Sedikit sebanyak nyanyian sambil bekerja ini dapat meringankan perasaan jiwa mereka . Lama kelamaan ...terciptalah muzik genre blues dan juga jazz hingga kehari ini .
Walaupun saya mencadangkan bahawa bekerja itu secara hakikatnya adalah suatu yang nikmat tidak bermakna kita kena buat kerja sampai tak balik rumah . Itu workhaloic namanya...itu dah jadi penyakit . Kita kena seronok bekerja tetapi kena juga kerja dengan bijak ( work hard an smart) .
Orang-orang Jepun mempunyai budaya bekerja yang positif sebagai sebuah bangsa. Bayangkan jika anda pulang rumah awal daripada jiran anda isteri anda akan rasa kecewa dan malu . Kenapa ? Sebab orang orang Jepun sudah terlatih bekerja dengan sungguh sungguh dan punyai komitmen yang cukup tinggi terhadap pekrjaan dan syarikat yang mereka bekerja . Sebab itulah Jepun adalah negara Asia yang terkaya didunia punyai ekonomi yang kedua terbesar didunia selepas United States . ( Kini negara China pula dikatakan mengatasi Jepun untuk berada di spot kedua ) . Tentu kita sebagai rakyat Malaysia rasa teruja untuk melihat negara kita suatu hari nanti berada di ranking top 10 dunia . Tidak mustahil ..jika kita semua punyai sikap positif terhadap kerja.
-majufikir -