Sila rujuk kpd posting 2 saya terdahulu ( a) Melayu wajib kuasai perniagaan 'essential' dan (b) Melayu : Bangsa paling hebat didunia abad ini ..
Jom kita pandu kereta dibandar bandar di negara kita ini dan kali ini cuba lihat kiri dan kanan dan kalau boleh bawa kertas dan pen .....kita tulis ...SIAPA yg punya : kilang 2 , rumah2 kedai, wokshop kereta, kedai spare part , kedai tayar, jual beli kereta, firma akitek, guaman, kedai potong kereta, kedai jual mesin industri , kedai gambar, kedai alatulis, kedai alat sukan , kedai kasut, kedai hardware, kilang kayu , kilang kain , kilang besi , kilang batu bata , kilang minuman, kilang mee , kilang tepung ..dan beratus ratus yg lain.
Dan kita lawati pula kawasan industri berat ....pengimpot , pengekspot , kilang mesin berat , dan beratus ratus lagi ..
Kita masuk pula pasar2 raya , dah lihat kedai komputer, kedai bunga , kedai jam , kedai jual alat fon mobil ( mobile phones) ..dan beratus ratus lagi ....
Dan kita pandu pula ke kediaman 2 mewah ..bangalow , apartmen mewah dan kita lihat kereta-kereta mewah .......kemudian kita masuk pejabat pejabat swasta sperti perbankan dan lihat pekerja pekerja yg berpangkat tinggi dan golongan professional .......
Dan kita masuk pula ke penempatan orang kita lalu kita catitkan juga ....bidang bisnes yang kita kuasai kecik dan besar jika ada ....kita tuliskan dalam nota kita .
Pendekata ...kita tulis kan secara terperinci .....setiap bidang perniagaan ini ...SIAPA kah empunya ...adakah orang kita atau keturunan lain ...Tentu jawapan kita dah tahu ....sebab itulah penguasaan ekonomi mereka bertambah sekian hari dan penguasaan kita semakin mengecil meskipun dari segi jumlah penduduk kita bertambah ..
Hal ini lah yang jadi igauan pemimpin 2 kita ....kita sudah berbagai skim untuk melonjakkan ekonomi bangsa kita seperti skim prosper , pinjaman , dan lain lain ...pertumbuhan dan kemajuan ada tetapi tidak menyeluruh dan kecil saja ...Kerajaan terpaksa melakukan sesuatu utk menstrukturkan masyarakat agar keharmonian kaum tetap terjalin dan faktor ekonomi lah yg paling kritikal ..Jika tidak ada keseimbangan penguasaan ekonomi maka akan terjadi suatu hari nanti jurang pendapatan antara kaum yg berbeza ...seperti di India , China dan Indonesia ....golongan kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin .
Lantas untuk merapatkan jurang kritikal ini , kerajaan harus memfokus kpd bidang 2 perniagaan "essential" ( penting ). Skim skim yang ada sekarang memang byk membantu tetapi bidang perniagaan tidak menyeluruh ...byk tertumpu kepada bidang yg kurang 'essential" ...Ini ada lah kerana peniaga peniaga kita yg membuat pilihan perniagaan yg mereka ceburi . Ini lah yg boleh menjadikan disetengah tempat perniagaan kita tertumpu pada sejenis atau perniagaan yg sama . Lantas untung tidak akan jadi seberapa .
Setelah penulis dan rakan rakan 'brainstorming' saya ( yang berjiwa besar hendak melihat bangsa Melayu maju kedepan dan kedepan* ) mencari kaedah kaedah yg berkesan untuk kami cadangkan ..maka timbul beberapa ide yg kami rasa kerajaan harus meniliti atau pun parti terbesar Melayu harus membuat kajian dan seterusnya mencari jalan melakukannya . Salah satu ide yg kami rumuskan ialah menubuhkan satu KONSORTIUM Melayu besar2 an !!! Ia nya berbunyi 'ambitious' ( bercita 2 besar ) ....sebab kita terpaksa berfikir secara besar ( think big ) dan melakukan yg terbesar .....untuk memercepatkan pertumbuhan ekonomi kita....sebab kita kesuntukan masa ...tidak boleh lagi membiarkan masa beredar mengikut acuan kehendak peniaga 2 kita .
Hal ini dilakukan di Korea Selatan dan Jepun selepas perang dunia kedua dan Korea selepas Perang Korea ..dimana kerajaan masing masing bertungkus lumus mahu membawa bangsa masing masing kepersada dunia agar tidak dibuli bangsa Barat lagi . Misalnya Kerajaan Korea Selatan membantu rakyatnya membuat kereta secara besar2an , dan perkapalan ..( Korea kini mempunyai industri perkap
alan di antara yg terbesar dlm dunia dlam sekelip mata ) dan Jepun apa lagi sudah menguasai kuasa ekonomi dunia yg kedua terbesar ( kemungkinan di atasi oleh negara China sekarang ) ...Hal ini memang datang dari bantuan terus dari kerajaan mereka untuk melonjak cepat (sebagai satu ' catalyst' ) ....Jadi dasar DEB bukan di negara kita saja ....cuma fokus mereka lebih kepada penguasaan bidang bidang industri besar2an dan berat berat.
Hal ini sama dilakukan oleh kerajaan kita dulu dimana terlalu ramai pelajar Melayu memilih bidang sastera dan agama dan tidak bidang sains dan bidang professional yg lain ..Lantas kerajaan mengimplementasikan syarat 2 baru ..org melayu harus ceburi bidang kedokteran , engineering , archicture, accountancy , sains , IT dan beratus ratus jurusan ....dan diberi biasiswa dan subsidi belajar dan di bina berpuluh 2 institut dan universiti utk mengeluarkan tenaga kerja berbagai bidang ...hingga keluar negara pun dihantarnya kita ..maka hari ini lihatlah suda beratus ribu anak anak Melayu yg punyai kemahiran pelbagai ....Sekarang fokus kena beralih kpd bidang perniagaan yg penting ...sempena dgn tuntuan fardhu kifayah ....
Jadi kami rasa ...model kami ialah begini :-
a) Objektif :
Orang Melayu mesti ceburkan dalam semua bidang perniagaan "essential" yg kita senaraikan
di pendekata dari pengimpotan hingga ke kepenggunaan ( consumption) kita mesti kusai .
b) Mengapa :
:i) Boleh melonjak bangsa kita kepersada antarabangsa dgn lebih cepat dan tersusun
ii) Sistem dan polisi sekarang tidak menyeluruh dari segi penglibatan org Melayu dlm bidang
essential
iii) Demi kelangsungan bangsa dan masa depan anak cucu cicit kita
iv) Menjaga kerharmonian kaum
v) Boleh mempertingkatkan pendapatan
vi Mampu menjana beribu ribu pekerjaan
vii) Sesuai tuntutan fardhu kifayah ( kalau tidak ada orang Islam maka seluruh ummah akan
berdosa)
c) Bagaimana :
Melalui Penubuhan Konsortium Melayu
i) di terajui oleh pakar ekonomi dan perniagaan Melayu
ii) Konsortium merangkumi networking dari research impot / expot, ware housing,
ransportation, wholesale , retail , financing , quality control , inspection , audit dan lain lain
d) Siapa :
i) cadangan kami UMNO sebagai peneraju menaikkan ekonomi bangsa boleh menubuhkan
Konsortium ini ...Lantik pakar pakar yg betul betul dan bukan ahli politik
ii) Kena buat framework dan cari financing ...munkin boleh libatkan Brunei dan Negara Islam yg
lain ..untuk membeli tanah , buat rumah kedai , pengambilalihan sykt 2 asing , ..dll
iii ) Konsortium akan menentukan bidang perniagaan 'essential ' tadi mengikut tempat dan lokasi
dan fikirkan di setiap tempat itu mesti ada perniagaan org Melayu yg berbagai2 ..agar saling
perlu memerlukan spt pernigaan Cina dgn 'bamboo network' mereka yg sgt berkesan.
iii) Peniaga2 Melayu yg layak boleh terdiri dari penuntut2 , pekerja 2 , peniaga 2 berpengalaman
dan sesiapa yg layak. Pelajar 2 dari kolej kemahiran sgt di galakkan .
iv) semua mesti menghadiri kursus perniagaan yg robust ..1- .2 tahun ..kita nak betul betul punya
peniaga yg handal ....Kursus mesti yg praktikal saja...
v) Cuma bidang yg 'essential ' saja ..yg tak penting sperti restoran kecuali yg besar besar saja
e) Cara nya i) mereka yg layak akan jadi pengurus diberi gaji dan insentif untung
ii) mesti patuhi rukun perniagaan yg disyaratkan
iii)yg berjaya boleh membeli saham dan ambil alih sykt
iv) boleh menubuhkan cawangan jika berjaya
v) yg tidak bijak mengurus akan di beri training
vi) yg tidak jujur akan digantikan ..
viii) dan lain lain yg boleh difikirkan nanti ...
Cuba kita pejamkan mata dan bayangkan ....di pelusuk kampung dan pekan orang 2 Melayu semua bidang kita ada ....baik kecil mahu pun besar ....maka aktiviti ekonomi kita akan berjalan laju dan akan ada 'economic spiral ' yg makin meningkatkan .....dari industri upstream ke downstream kita pun ada ....dan Konsortium tadi akan mensyaratkan peniaga2 Melayu saja yg diberi keutamaan ...contohnya nak buat rumah kedai mesti melayu , dan ambik barang hardware kena ambik dari melayu , transport org melayu , wholesale org melayu , engineer dan akitek melayu ....dsbnya ...lantas bila org melayu sudah ada byk job ( kerja 2 ) mereka menimba pengalaman ...dan diwajibkan disetiap penempatan Melayu mesti ada bank utk memudahkan transaksi dan penabungan .Namun peniaga 2 melayu kena cari pelanggan 2 dari kaum lain juga ..beri perkhidmatan yg lebih baik , harga yg murah sedikit dan berkualiti dan jujur ..maka mereka akan menyokong kita ..sebab ini dunia perniagaan ....
Ini cuma idea kami secara framework .....masaalah mesti ada.....kita kena cari jalan ..Jika kerajaan dan pertubuhan2 Melayu yg lain rasa boleh bawa ketengah dipersilakan demi bangsa , agama dan negara ...
- majufikir-
4 comments:
Majufikir,
Satu idea bernas yang besar yg mampu dijanakan
Secara realitinya Minda Melayu masih tidak berubah.Kita sanggup boikot barangan keluaran Israel atau yg berkaitan dgn Israel atas alasan ugama tapi kita masih tak mampu "boikot" membeli produk dari kedai China atas dasar membantu Melayu.
Walaupun pada amnya perniagaan Melayu mendapat bekalan dari Pembekal China, tetapi jika kita mampu meramaikan dan membesarkan rankaian perniagaan Melayu, satu konsortium dapat diwujudkan sekiranya pembekal china ini tidak lagi berminat menjadi pembekal kp peniaga melayu.
Kita terlalu berlembut ,ingin menjaga sensitiviti kaum lain konon, kutbah jumaat / ceramah lebih banyak berkisar tentang politik yg banyak memecah belahkan perpaduan melayu.
Pemimpin NGO Melayu jauh sekali membicarakan isu ini atas alasan ianya bersifat perkauman sedangkan selama ini kedai melayu jarang kaum cina membelinya secara terus menerus / berkala dan tak de siapa membangkitkannya sebagai perkauman.
Org Melayu pantang, kalau ada yg menjual pantun, dia akan ghairah dan berkobar kobar untuk "membeli " pantun tanpa memilih siapa yg menjual
..benar kata Hang Tuah "tak kan Melayu hilang di dunia , tapi hanya sebagai pembeli utk kaum lain
sdra mat ,
saya tabik semangat dan kesedaran .
Saya sendiri sudah mulai dgn membeli dikedai2 melayu ..kalu tak da melayu da baru kedai yg lain ..begitu juga servis kereta , insurance ,klinik dan lain2...ini bukan perkauman ini adalah fardhu kifayah ..wajib mesti ada peniaga org islam ( melayu )ditempat penduduk melayu ..kalau tidak kita berdosa..lagipun apabila mereka mndapat bisnes mereka akan mampu berkembang.
saya akan cuba ketengahkan idea ini kpd pemimpin2 kita supaya mereka berfikir lebih meluas dan dlm jangka panjang.
ulamak dan cerdik pandai kita harus menggunakan khutbah jumaat utk mengajar ttg fardhu kifayah ini...tak guna asyik berpolemik ttg politik tak habis 2 memecahbelahkan ummah sedangkan kita ni dlm berdosa sebab menginkari ajaran Islam ttg fardhu kifayah . Imam Al Ghazali dlm kitab nya Ihya Ulumudin mengesahkan ttg fardhu kifayah ini dimana jika tidak ada doktor islam disesuatu tempat penduduk islam maka semua menanggung dosa.kalau doktor kafir zimmi ditempat itu tidak dikira . Nah lihat keliling dlm keadaan apa kita ini ..
..serupa juga bisnes dan servis 2 lain...ini lah yg patut org agama dan politik kita beri tumpuan . dan berhenti bercakaran ..duduk semeja cari penyelesaian dan cari jln utk meningkatkan ekonomi org islam ..dan terus syiar islam..saya harap sdra mat akan kongsikan pendapat sdra mat kpd kawan 2 lain ...mudah2an kita smeua akan terbuka utk menyokong perniagaan melayu dan yg mahu ceburi bidang bisnes cuba bidang perniagaan essential pula....
- majufikir-
Majufikir,
Tahniah di atas kejayaan sessi 'brainstorming' sdra dan rakan-rakan yang telah berjaya merumuskan penubuhan konsortium perniagaan Melayu.
Cadangan-cadangan sdra bolehlah dianggap satu LONJAKAN ke satu level yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapai oleh bangsa Melayu melalui DEB.
DEB telah berjaya melahirkan MODAL INSAN Melayu di dalam berbagai bidang, termasuk MALAY BUSINESS COMMUNITY. Apa yang sdra dan rakan-rakan cadangkan merupakan suatu idea yang besar, iaitu suatu perancangan tersususn, sebagaimana DEB, bagi mempastikan MALAY BUSINESS COMMUNITY ini menceburi SEMUA BIDANG-BIDANG KRITIKAL.
Ini memerlukan PENGGEMBELINGAN PEMIKIRAN DAN KOMITMEN dari parti-parti politik, NGO dan pemikir-pemikir Melayu, ke arah pencapaian cita-cita besar seprti yang telah dirumuskan oleh sdra dan rakan-rakan.
t/kasih warisan ....saya pun terbaca blog saudara mmg bagus karya2 anda ...satu wadah perjuangan melayu yg tulin ...kita harus gembelingkan idea2 utk melonjakkan bgsa kita kehadapan malah perlu menjadi bgsa contoh ...kuat ekonomi dan kuat beragama ...bijak dan cekap ....spt apa yg diungkapkan oleh laksamana hang tuah ...dlm posting yg lalu ....salam
Post a Comment