Pages

Saturday, January 28, 2012

Siri Kejayaan 5 : Rakan sekolah ku kini punyai syarikat guaman sendiri

Baru-baru ini aku bertembung dengan seorang rakan sekolah setelah hampir dua dekad lebih tidak ketemui . Itu pun kira kebetulan ketika aku sedang asyik menghirup segelas teh tarik dan mengelamun seorang diri disebuah gerai mamak di wisma yakin , depan masjid india dikuala lumpur.

Aku tak sangka yang seorang dari ratusan pelanggan gerai mamak yang sedang menjamah roti canai disebelah aku ini Malik rupanya. mula -mula aku perasan ada iras-iras rupa kawan lama ..tapi tak ingat nama dan segan nak tegur...takut tersalah orang .namun aku terpandang yang jari tangan kanannya ada enam ...memang aku ingat ..dan pasti malik maliklah namanya ...terus aku menyapa dan beliau pun terkejut ...setelah bertukar-tukar cerita dan berita maklumlah dah lama tak jumpa , beliau mempelawaku ke pejabatnya di wisma yakin .oleh kerana aku tidak kesuntukan masa ketika itu aku pun setuju .

Setiba dipejabatnya tertera di pintu masuk " Malik and Co " ..ah ..dalam hatiku berbisik " Sejak bila malik ni jadi peguam dan dah ada syarikat guaman sendiri ? " Setahu aku beliau tidak lulus tingkatan 5 dan terus menghilang membawa nasib masing masing. Dan setahu aku malik ni pun bukan dari kalangan keluarga yang senang ..dia seorang pendiam dan tidak banyak cakap dalam kelas ....apa lagi beliau tidak fasih dalam bahasa inggeris.

Tapi Malik didepan aku kini amat berbeda sekali....tegap, segak ,yakin dan bercakap dalam bahasa inggeris menggunakan terma-terma undang dengan fasih sekali . Apakah yang telah berlaku pada nya ..lalu aku bertanya ..bagaimana beliau memilih lapangan ini dan berjaya kendalikan sebuah firma dengan menggajikan 6 orang peguam .

Cerita Malik ...setelah dia gagal dalam peperiksaan beliau tidak mahu belajar lagi amat kecewa katanya....dan untuk membantu keluarga beliau menjual buah-buahan dikaki lima...Setelah lama berniaga beliau ada terjumpa rakan lamanya Alphonse namanya , berketurnan india yang bekerja sebagai pembantu makmal disekolah kami dulu . Lama-lama mereka manjadi rapat dan mereka berkongsi berniaga buah-buahan . ( aku tak tahu banyak darihal Alphonse lagipun beliau berurusan dimahkamah ketika itu )

Malik bercerita lagi ..Alphonse memang bercita-cita menjadi seorang peguam namun tidak ada peluang dan wang ringgit untuk menyambung pelajaran . Lantas mereka bersetuju belajar kelas malam untuk menduduki balik peperiksaan ..dan mereka lulus .....setelah itu mereka ambil A level dan lulus lagi......setelah itu sama-sama ambil jurusan undang -undang kursus external london ..dan kedua-duanya lulus cemerlang dan kemudian bekerja sebagai peguam di firma guaman yang terkenal .

Setelah lama dalam bidang guaman dan tahu selok belok undang-undang dan mula dipercayai pelanggan -pelanggan ..kedua-dua malik dan alphonse mulai bercita-cita menubuhkan firma sendiri. dan akhirnya tercapailah cita-cita mereka.

Firma mereka makin membesar .mereka bertungkus lumus sama sama menjadikan Malik & Co maju dan akan jadi yang disegani suatu hari nanti.

Kata malik beliau dan alphonse bekerja sehingga 12 malam setiap hari dan kadang-kadang tidur depejabat untuk memastikan hal hal pelanggan berjalan lancar. Mereka tidak rasa tertekan malah keseronokan ...

Malangnya Malik dan Alphonse masih membujang ..oleh kerana fokus dan komitmen mereka untuk menaikkan perniagaan mereka .....tidak ada masa untuk berhibur atau main golf atau keluar negara walaupun wang lebih pada cukup .

Kini Malik and Co sudah maju , ada ramai pelanggan tetap ..dan dipercayai ...maka malik dengan senyuman lebar akui dia akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi akhirnya ..pilihan hati sudah ada .

Syukurlah moga moga malik teruskan perjuangan nya menjadikan Malik and Co sebuah firma guaman gergasi ...dan beliau tak perlu tidur dipejabat lagi

Bila aku tinggalkan pejabatnya dan berjanji aksn datang lagi ...aku geleng dalam hati sambil memujiNya ...akan kebesaran Tuhan bisa merubah nasib hambanya yang mahu berusaha untuk berubah ...

No comments: