Pages

Sunday, July 11, 2010

Ahli Fikir dan Pendita Yang Dikagumi : Confucius

" Tuntutlah ilmu walaupun sampai kenegeri China " ..sabda  Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadith .Ianya kerap dilafazkan tetapi kurang di dalami atau dipraktiskan . Tentu saja maksudnya bukan kita kena pergi negara China ..itu analoginya ...tetapi kita kena sanggup mengalami cabaran demi  menuntut ilmu .

 Terseru dengan sabda junjungan kita agar kita ummat Islam menuntut ilmu saya  banyak dan masih  membaca tentang sejarah tamadun dunia  termasuklah ,  sejarah ketemadunan Islam , Melayu , Barat , Jepun , India , China dan lain-lain lagi . Salah satu yang pasti kita tidak lepas adalah sejarah dan kisah para pendita , ahli fikir , ulamak-ulamak muktabar , ahli kaji , ahli astronomi, ahli fizik , ketua negara, ahli falsafah , ahli seni , pendekar  dan pengkarya pengkarya yg agung . Mereka inilah mencipta laluan sejarah  yang mempengaruhi ketamadunan hingga kehari ini .

Salah seorang yg saya kagumi ialah Confucius . ahli fikir yg agung zaman tamadun China yg tercatit beribu tahun . Confucius di lahirkan 2500 tahun ( 27 ogos 551 sm - 11 feb 479 sm ) yang lampau zaman yg penuh dgn kekacauan dan peperangan . Namun kata kata dan ajarannya  sehingga kehari ini masih dipelajari dan digunapakai bukan saja di negara China malah di Barat juga.

Catitan kata-kata dan riwayat hidup Confucius terkandung dalam  the Analects - sebuah rekod yg terkenal yg dikompilasikan oleh  anak-anak murid nya setelah beliau meninggal dunia . Analek -analek ini memusatkan tentang konsep "perbuatan baik dan kemanusiaan" seperti berikut :-
  • ide politik - memerintah dgn adil . pemerintah harus bersikap adil dan memberi contoh teladan yg baik pada rakyat jelata 
  • ide pembelajaran - polisi memastikan semua org dapat peluang belajar .cara mengajar yg betul dan hormat sesama manusia
  • ide etika - filial piety  atau hormat dan tanggung jawap pada ibu bapa serta menganjurkan keikhlasan, hormat dan rasa terima kasih sesama insan .
  • ide kekayaan material - beliau tidak menentang mencari kekayaan tetapi harus diperolehi dgn cara yg sah bukan cara yg salah . Manusia yg baik dan bermoral tinggi tidak akan terganggu akal budi samada ianya miskin atau kaya .
Nah , cuba kita bayangkan pada zaman China yg sentiasa bergelora dgn peperangan dan kekacauan yg tidak pernah berhenti , timbul seorang pemikir yg mahukan keamanan ..beliau mengajak manusia sebagai individu berbuat baik dan sebagai pemerintah berlaku adil dan memberi contoh teladan . Beliau juga menganjurkan agar kita mencari ilmu dan merasakan nikmat keseronokan menimba ilmu .

Ilmu tidak terbatas pada sekolah dan diuniverisiti malah selagi kita hidup timbalah ilmu dimana jua hingga keakhir hayat ..Memang ini jugalah tuntutan ajaran Islam . Seharusnyalah ummah Islam kedepan dengan sikap suka belajar , mengkaji seluruh genre ilmu . Namun perpustakaan awam kita masih lagi lengang ...yang ramai berkunjung ialah penuntut penuntut  mengulangkaji utk peperiksaan , tidak seperti dinegara Barat dan Jepun . Mereka punyai kadar membaca yg cukup tinggi sesuai lah dengan tahap kemajuan negara mereka. Kalau mereka boleh kenapa kita tidak .

Saudara boleh membaca buku -buku mengenai Confucius  atau mengenai  analek -analek beliau di perpustakaan awam atau beli di gedung gedung buku .

Antara madah Confucius yg kerap kita jumpa tercatit dalam buku-buku , dinding , book-mark dll ialah " The longest journey starts with the step "  ada juga saya jumpa " Journey of a thousand miles start with the first step " . Yang mana satu pun maknanya serupa  yakni "perjalanan paling jauh bermula dgn langkah pertama " .

Dan sekiranya kita betul betul sambut seruan Rasullullah agar kita ummat Islam menuntut ilmu maka mulalah langkah pertama .

Soalan : Apa cadangan anda supaya lebih ramai lagi pemuda pemudi kita berkunjung ke perpustakaan awam sebagai salah satu cara untuk memertabatkan bangsa kita sebagai bangsa membaca . Saya lihat ada kempen membaca terpahat di bill board di Perpustakaan Negara tetapi masih lagi tidak nampak sambutan  yg menghangatkan .





- majufikir -

5 comments:

Anonymous said...

bagus juga orang yg jadi ahli pemikir orang yg denger idea jadi tukang nganggok boleh lah

- j hashim -

majufikir said...

hi j hashim ,

saya rasa kita tak perlu jadi ahli pemikir seperti Confucius , Kahlil Gibran atau Mohammad Iqbal ..ada org dikurniakan dgn kebolehan yg lain ..anda juga ada keistimewaan ..

- maju fikir -

Anonymous said...

SAYA KERAP KUNJUNGI PERPUSTAKAAN AWAM ..DAN DAPATI TAK RAMAI ORANG ORANG KITA YANG BETUL 2 MENCARI ILMU . DATANG SEKADAR CARI BAHAN UNTUK BUAT ASSIGNMENT . SAYA DAPATI JUGA TIDAK ADA LANGSUNG GOLONGAN YANG SUDAH BERUMUR ATAU BERSARA KUNJUNGI . JADI KEMPEN MEMBACA TIDAK BEGITU BERKESAN NAMPAKNYA ...APA CADANGAN SAUDARA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DIKALANGAN ORANG ORANG KITA ?..TERIMA KASIH .

ALONG

majufikir said...

along ,

saya setuju dgn anda..saya mmg kerap mengunjungi perpustakaan negara ..saya dapati kempen mmbaca sudah mula ada bibit2 positif ..setiap hujung minggu anak2 kecil berduyun 2 dtg ke perpustakan negara ditemani ibubapa yg perihatin .

cuma warga senior kita terlalu kurang ...agaknya mereka lebih gemar berkunjung kekedai kopi ...kalau begitu mungkin pihak PN harus memikirkan cara membawa mobile library ketmpat 2 awam ?

anda ada ide yg lebih baik ...pokoknya warga m'sia harus meningkatkan minat mmbaca jika mahu mnjadi bgsa dunia yg progresif .

Azizan said...

Majufikir,

Cuba ambil pendekatan yg digunakan dalam mengutip derma untuk sesuatu amal.

" Dulu nak derma kita kena cari tabung, tapi kini tabung mencari kita "