Petua Mamak Berjaya Dlm Perniagaan
Saya memang ramai kenalan berbagai keturunan ...kira kira layak di gelar pengpraktis" 1 Malaysia" . Kawan kawan dari kalangan India Muslim yg lebih mesra di panggil mamak di negara kita pun ramai juga gara gara selalu minum teh tarik di gerai mamak dan bersolat jumaat di Masjid India .
Yang ingin saya kongsikan ialah petua mereka berjaya dlm perniagaan ..baik sebagai pengusaha restoran, pengurup wang ( money changer), pekedai runcit , yg punya wholesale market, kedai kain , dll . Yg jadi perhatian saya ialah kira-kira setahun dahulu didalam internet riuh pasal restoran mamak dikatakan menggunakan jin, toyol , mantra sebagai pelaris ..tak kurang juga ada yg mengatakan menggunakan najis , seluar dalam , ganja dan lain lain . Sebab itulah dakwa mereka restoran mamak sentiasa laku ..pelanggan jadi ketagih .Saya tidak mahu berpolemik pasal betul atau tidak mengenai dakwaan ini .
Namun menurut kenalan saya seorang pemuda mamak berumur lebih kurang 30'an...sudah berjaya dlm dunia perniagaan...pengurup wang dia juga, restoran pun ada, jual beli property pun dia buat ,kilang printing pun ada ..dia seorang yg warak ..sembahyg tidak pernah tinggal . masuk solat jumaat tutup kedai . versi petua nya adalah lain belaka. Kalau dilihat dari gayanya kita tidak akan percaya dia seorang jutawan ..pakaian nya simple , tidak berjenama. Tidak ada beza gayanya dgn pekerja yg membancuh teh tarik di restoran mamak. Tapi sepanjang perkenalan saya dia memang kerja keras dan rajin mencari pelanggan dan agresif menghidu peluang.
"Iqbal , kalau bukan dakwaan mamak menggunakan cara yg tidak etika yg aku sebut tadi aku nak tahu dari mulut seorang mamak yg berjaya seperti engkau apa petua petua nya ?" Pada mulanya , beliau keberatan utk menjawap setelah dicabar berkali kali akhirnya akur juga .
" Ok lah petua kebanyakan kami begini , terpulanglah kalau kau nak percaya " ....(.Dia beri 2 sahaja) :-
a) konsep besedekah dan berzakat kami lah yg jadi kami cepat maju ....kami percaya jika nak masuk syurga kenalah buat seberapa byk amalan dan kebajikan . Lagi byk kebajikan lagi byk peluang. Lantas jika kami byk bersedekah dan berzakat maka lebih byklah pahala yg diberi Tuhan. Jadi , untuk .byk sedekah dan zakat kami perlu lebih byk untung dlm perniagaan . Untuk lebih byk untung kami kena berkerja keras ..kena kembangkan perniagaan .....maka itulah hasilnya yg kamu tengok rata rata kami berjaya dan setidak tidaknya bertahan lama ..., yang kedua ....
b) setiap sebelum subuh kami amalkan membaca ayat suci Al- Quran ..bukanlah untuk untung berniaga ...ikhlas kerana Tuhan .kalau tidak dapat satu surah pun tak pa ...janji amalkan selalu .....fadhilatnya insyaallah segala rutin harian termasuk berniaga akan dipermudahkan Tuhan . Kami tidak mengamalkan membaca Quran pada bulan tertentu seperti bulan Ramadhan sahaja tetapi setiap hari ..ia seakan akan membuka pintu rezeki utk hari itu ...
Saya cuma kongsikan .apa yg kawan mamak saya ungkapkan ...terpulanglah kepada anda utnuk menilai ...namun saya rasa konsep (a) betul betul " makes a lot of sense" . cukup bagus jika semua peniaga Islam amalkan sebab ia mampu menjana kebaikan untuk semua ...baik peniaga itu sendiri dari segi perniagaan dan amalan nya utk akhirat dan juga masyarakat apabila lebih byk sedekah dan zakat terkumpul utk diagihkan kepada yg memerlukan. Ianya ibarat punyai 'push factor' yg kuat . Jika org kita mengamalkan secara 'collective' saya rasa secara tak langsung ia akan merangsangkan lagi perkembangan perniagaan dan syiar Islam di negara kita. "
Selain dari petua diatas saya pasti petua yg lain ialah " business ethics " mamak sendiri ..seperti servis mereka yg cepat , harga yg murah , pekrja 2 yg responsif , sanggup kerja masa yg panjang, kedai sentiasa buka , dan lain lain ..
Apa pendapat anda ?
p/s - saya akan sentuh perkara tentang servis kedai mamak secara terperinci utk dijadikan panduan di posting akan datang
- majufikir -
..
No comments:
Post a Comment