Pages

Thursday, July 21, 2011

Kak Ani - umur tiada halangan belajar belajar bahasa inggeris!

Di syarikat saya bekerja ada seorang pengawal wanita berumur lingkungan 50'an nama ringkasnya "kak ani" berasal dari sebuah kampung pedalaman di sabah, miskin tiada berpelajaran jauh sekali boleh berbahasa inggeris walau sepatahpun ,merupakan seorang ibu tunggal ..merantau jauh kesemenanjung mencari nafkah buat anak-anak . beliau adalah seorang "armed guard" ( jika yang tiada lesen digelar di syarikat kami sebagai "static guard" ) , punya lesen memikul senjata dalam pekerjaan nya menjaga keselamatan kami . Tidak banyak yang saya tahu pasal kak ani sebab dianya sangat pendiam dan malu malu .

Namun segalanya berubah apabila suatu hari beliau menegur saya . " encik , bolehkah encik membantu saya ajarkan saya bagaimana bertutur bahasa inggeris ? " terkejut lalu saya bertanya : " kenapa mahu belajar ..sedangkan sudah umur sebegini kak ani ? " saya ingat tentu dia main main saja ....terus katanya : " saya malulah encik bila pelanggan pelanggan dari luar negara terutamanya bertanya arah dalam bahasa inggeris dan saya tergamam tak tahu nak jawap ....ada yang menggelengkan kepala dan ada yang menepuk dahi ....tolong lah encik "

Walaupun saya bukan lah guru ..namun kira boleh lah dan pernah mengajar dulu dulu tusyen buat kanak kanak dari kelaurga miskin ditempat saya secara sukarela ...amat susah untuk menolak ..lagi pun kak ani pun sudah berumur ..tentu kurang motivasi untuk saya mengajar . namun teringat saya akan sedekah jariah yakni ilmu yang di ajar akan sampai juga pahala pada kita nanti pada " waktu yang kritikal " ( alam barzakh lah) ...dan apa lagi kak ani ini nampak beriya iya .jadi saya katakan " okay ..kak ani tapi dengan bersyarat jika setuju baru saya ajar ..."

" Syarat nya begini . Sanggupkah kak ani anggap saya sebagai mahaguru ..? bila saya ajar jgn melawan dan buat saja ...sebab saya sibuk ...saya boleh ajar kak ani  5 minit ..4 kali dalam sehari ..dan kak ani mesti lakukan dan pasang telinga ....tiada bayaran dikenakan ...? " kak ani mendengar terus menajwap gembira " sanggup encik bila kita nak mulakan ? "

" sekarang !!! dengan mahaguru tiada tangguh tangguh !!! " ( saya cuma gertak kak ani ...namun inilah cara saya dulu ..(jika kita suka bertangguh selalunya takkan terjadi pengalaman mengajar kita ) ..tersentak ..kak ani kata " sekarang ? " ..." betul jangan melawan cakap mahaguru seperti syarat nya "

" sekarang kak ani keluarkan rm15 ..." ( ini adalah ujian pertama mahu melihat kesanggupan nya ) ...terketar ketar kak ani menggaru kepala ...( tentu saya faham seorang pengawal bergaji rendah rm15 adalah besar pada mereka) " Ok lah begini kak ani ..adakah kak ani sanggup tak makan nasi bungkus untuk tengah hari selama 3 hari ? " " sanggup .." " ok itulah nilai rm15  saya pinta kak ani keluarkan ..."  kak ani pun keluarlah dalam kocek uniform nya rm15 ....." bagus ..sekarang pergi beli senjata kamu " ...terpinga pinga kak ani ..." bukan senjata senapang patah kamu ...tapi senjata utama nak belajar bahasa inggeris - kamus poket itulah senjata kamu " ..terus saya tuliskan nama edisi kamus poket BM-BI - dwi bahasa ..." pergi beli pada masa rehat makan nanti dikedai buku diseberang jalan " ......setakat ini saya pun tidak yakin kak ani akan membeli ....saya rasa munkin dia ni pun serupa dengan orang lain yang beriya beriya nak belajar tapi langkah pertama tidak diambil ....bertangguh tangguh lama lama tidak belajar. ..

Rupa rupa sangkaan saya melesit...dosa kering saya tadi ...setelah saya kembali selepas makan tengahari kak ani sudah berada ditempatnya dan terus menunjukkan kamus poket yg baru dibeli nya dengan bangga . Apa lagi ..saya pun tabik kepada nya ...." kak ani ..saya tabik kak ani ...inilah dikatakan " perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama " "  ( sila rujuk topik saya yang lalu .kata kata ini dihamburkan oleh penita china confucius ) ...." kak ani telah lakukan langkah pertama ...dan hari ni juga !!!"

dan seterusnya saya mengajar dia selama 5 minit ..4 kali sehari ( waktu kelaur makan , solat ,balik makan nak balik rumah setiap 5 minit )  .oleh kerana kesibukan dan tidak mahu gangguan pada kerja saya dan kak ani ....dengan menggunkan kaedah mengajar yang tidak konvensional bersesuaian dengan tahap pemahaman kak ani ....setelah sebulan ...saya dipindahkan kerja ke department lain dan tidak dapat mengajarnya hingga kehari ini ...namun kesannya adalah begini : kak ani sudah mula bertutur dengan staff staff lain dalam bahsa inggeris , dan pelanggan yang bertanya arah ....dan yang paling mengejutkan saya adalah saya lihat dia sudah membeli beberapa buah buku seperti  mari berbual dalam bahasa inggeris tanpa arahan "mahaguru' lagi....dan dia merekodkan perkataan 2 baharu yang setiap hari dlam buku rekod yang saya paksa dia lakukan ....apa lagi dari feedback rakan sekerja kak ani tidak lagi seorang pemalu dan pendiam ...dia kerap bertanya staff lain tentang makna , sebuatan dan lain lain dalam bahasa inggeris ..dan membaca suratkhabar bahasa inggeris.....ada lagi yang saya diberitahu ...ada pengawal pengawal yang jauh lebih muda yang tiak fasih ditunjuk ajar kak ani pula !!! semoga kak ani terus melonjakkan mutu bahasa inggerisnya lagi  ...pendekata tidak ada yang mustahil....jika kita mahu ..umur tiada halangan ..yang jadi halangan adalah diri kita sendiri ...jika kak ani yang daif dan miskin ini boleh mengapa yang lain tidak boleh ?

sekian....


footnote:

( untuk pengetahuan ...oleh kerana tiada masa dan tahap kak ani yang rendah ..saya telah menerapkan cuma 3 kaedah daripada 22 kaedah yang ajaib tak perlu kan kos apa apa ...semua orang boleh melonjakkan kemahiran secepat kilat berbahasa inggeris dari tahap zero ke tahap yang tinggi ...nantikan keluaran buku saya nanti mengenai kaedah kaedah ini ...mak cik pakcik boleh , penjual sayur boleh , pengurus bank boleh, pemidato boleh ...semua boleh belaka ) .

3 comments:

guard46.wordpress said...

Kemahuan Kak Ani untuk menguasai bahasa inggeris agar bisa membantu warga asing telah menyebabkan beliau meminta-minta pertolongan dari saudara.

Petunjuk tentang ilmu pembelajaran bahasa telah saudara berikan.

Pengorbanan dengan berlapar selama 3 hari bagi mendalami ilmu telah di laksanakan.

Tunjuk ajar kepada rakan sekerja yang lain membuktikan tahap kefahaman si murid.

Sememangnya saudara layak di gelar mahaguru kerana ilmu yang di beri telah berjaya disebarkan.

majufikir said...

tkasih guar46 >> segala pujian bagi Allah...yg menggerakkan kak ani bertanya dan saya cuma sekadar mencurah ilmu yg diberiNya..walaupun sedikit dan cuma sebulan tempuh belajarnya...namun apa yg buat kak ani luar biasa ialah cetusan hatinya tergerak utk belajar dan minatnya dan usahanya sendirilah yg memotivasikan nya agar lebih cepat ..ia ibarat spark plug kereta apabila yg terbakar lalu mmbakar bahan api an terus menggerakakn sebuah enjin beterusan...namun jika spark plug itu tidak tercetus/terbakar...enjin tidak akan bergerak selamanya...dalam lain perkataan spark plug itu "minat" .jika kta tahu mencari cara membakar minat ini ...apa kita buat pun menjadi mudah atau enteng...

majufikir said...

Guard 46>> ha ha ha title "mahaguru silat" itu saja saya gunakan utk mengejutkan kak ani agar buat apa yg disuruh guru dan berlatih jgn soal byk atau tangguh2 ...kalau nak jadi pendekar handalan mesti serious ..bukan hangat2 tahi ayam dan juga utk melucukan hatinya jadi dia tidak takut utk belajar dari saya ...